Assalamualaikum warahmatullah,
Baru-baru ini ada perbincangan tentang bagaimana hendak khusyuk semasa mendirikan sembahyang di grup SIM, dimulakan oleh cik NoorAzlin.Untong. Saya kurang mengikuti perbincangan kerana agak sibuk dengan tugasan bulanan. Hari ini saya terjumpa draft entry yang mengandungi tips berkaitan untuk khusyuk semasa sembahyang. Saya kurang pasti daripada mana sumber tips-tips ini, wagaimanapun saya harap tips-tips yang disenaraikan dapat memberi walau sedikit manafaat kepada pembaca. Jazakallahu khairan kepada penulis asal.
Alahai... memang betul, perbincangan tidak mendapat sambutan sebagaimana perbincangan tentang politik. Sembahyang tiang agama.... Tiada sambutan mungkin bermakna ahli-ahli SIM solatnya berkualiti tinggi atau mungkin saja tidak solat, jadi tiada yang mahu berkongsi? Jangan marah... ini memang provokasi sebab solat itu WAJIB! Atau mungkin saja ramai yang sibuk membaca surah al-kahfi pada pagi Jumaat, jadi tak berkesempatan membalas email. Apa-apapun kita cuba bersangka baik sesama saudara seagama, ya. Maafkan saya, jika ada yang terasa...
Khusyuk itu subjektif. Solat kena praktis, bila dah praktis hari-hari, baru kita boleh perasan tang mana tidak boleh khusyuk. Tak khusyuk itu pasti berlaku pada setiap orang... kadang-kadang sudah jaga pun masih ada satu persen terleka. Sedar-sedar saja sudah bagi salam... Kita yang imannya tahap biasa-biasa ini, tak mungkin boleh mengatasi khusyuknya Rasulullah dan para sahabat....
Ini kisah sahabat yang mewakafkan kebun tamarnya kerana tidak dapat khusyuk dalam sembahyang. Diriwayatkan seorang sahabat Rasulullah SAW, Abu Talhah, seorang Ansar yang berpengaruh dan punya banyak kebun tamar. Pada suatu hari, beliau telah melawat kebun tamarnya. Abu Talhah tersenyum lebar melihat pokok-pokok tamarnya mula berbunga dan berputik dan deretan tandan tamar yang mulai ranum ditangkainya. Burung-burung pipit berterbangan riuh-rendah berkicauan menambahkan lagi suasana harmoni di kebun kesayangannya. Kicauan burung yang hinggap di tandan tamarnya sambil mematuk-matuk merasai nikmat tamar yang masak ranum amat mengasyikkan Abu Talhah.
Seketika kemudian, Abu Talhah melangkah ke kolam yang terletak di tengah-tengah kebunnya dan mengambil wuduk. Selesai wuduk, beliau memandang sekeliling kebunnya yang pandangannya memang mengasyikkan. Tidak berapa lama kemudian, Abu Talhah mula bertakbir dan mendirikan sembahyang, sedangkan matanya mula mengekori beberapa ekor burung yang hinggap di sebatang pohon tamar di hadapannya. Kicauan burung-burung itu benar-benar mengasyikkan Abu Talhah sambil matanya memantau pergerakan burung-burung yang berterbangan dari satu pohon ke pohon yang lain. Asyiknya si Abu Talhah sehingga beliau terleka dan lupa bilangan rakaat dalam sembahyangnya. Sebaik selesai mengerjakan sembahyang, Abu Talhah mengeluh, “Aku terlalu asyik menikmati kicauan burung-burung itu sehingga tidak dapat menumpukan perhatian dalam sembahyang. Bilangan rakaat pun aku terlupa...”
Beliau segera bangun lalu meninggalkan kebunnya dan segera menemui Rasulullah SAW. Di hadapan Rasulullah SAW, Abu Talhah menceritakan, “Aku menunaikan sembahyang semasa di kebun kesayanganku. Pada masa yang sama beberapa ekor burung berterbangan di hadapan ku daripada sebatang pohon ke pohon yang lain. Mataku melirik memerhatikan dengan asyik burung-burung yang berkicauan sehingga aku terlupa sudah berapa rakaat aku sembahyang.”
Abu Talhah menyambung lagi, “Aku wakafkan kebunku dan segala isinya kepada fakir miskin dan terserahlah kepada tuan sama ada memanafaatkannya bagi apa-apa keperluan.” Demikianlah kisah Abu Talhah menafkahkan kebun yang paling dicintainya, Birha.
Firman Allah SWT yang bermaksud, “Kamu sekali-kali tidak sampai kepada darjah kebaktian/kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan (mengingakkan) sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.” (Surah Ali-Imraan [3], ayat 92)
Rasa-rasa saya, perkara paling penting kita kena ambil tahu makna bacaan dalam bahasa Arab, baru boleh khusyuk. Kadang-kadang kita main baca saja, sebab dah hafal. Tanpa pemahaman, macamana nak khusyuk? Banyak lagi tips untuk mendapatkan khusyuk, boleh rujuk senarai di bawah. (Updated 26/05 - tips asal dari iLUViSLAM)
Tips-tipsnya seperti berikut :
- Memakai pakaian yang bersih dan suci lagi kemas serta bau-bauan yang diharuskan dan sentiasa sembahyang di awal waktu kecuali jika ada sesuatu majlis atau keuzuran
- Tidak memandang ke kiri atau ke kanan sebaliknya terus memandang ke tempat sujud
- Menyemaikan di dalam hati perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang Maha Melihat setiap gerak-geri kita
- Menumpukkan pandangan ke tempat sujud dan tidak banyak menggerakkan anggota badan dalam sembahyang
- Membanyakkan sedekah terutamanya kepada golongan fakir miskin
- Mempastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan atau persekitaran sembahyang
- Cuba memahami segala isi bacaan dalam sembahyang termasuk ayat Al Quran, zikir dan tasbih
- Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air merata pada semua bahagian anggota yang wajib dan membaca doa apabila air melalui di tiap-tiap anggota tersebut
- Membaca surah An-Nas, selawat ke atas Rasulullah SAW, istighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan sebelum takbir
- Tidak menahan diri dari membuang air kecil atau air besar sebelum sembahyang sebaliknya hendaklah ditunaikan hajat itu
- Menjaga makan dan minum dan memastikan sumbernya dari yang bersih lagi halal serta menjauhi makanan yang haram dan syubahat
- Memastikan di bahagian hadapan tempat sujud tidak ada gambar yang boleh menarik pandangan yang menyebabkan fikiran dan hati terganggu
- Banyak mengingati mati dan menganggap sembahyang yang dilakukan itu adalah sembahyang yang terakhir dalam hidupnya
- Menyedari hakikat yang ianya sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui akan segala rahsia hambanya
- Memusatkan seluruh ingatan dan tumpuan pada sembahyang serta melambatkan bacaan tasbih
Updated : 26/05/2009
Salam..
BalasPadamBertahjud di malam hari dan menagislah dengan penyesalan keiklasan demi memohon keampunan
allah s.w.t. bergaulah dengan orang 2 soleh..
insyaallahh...
salam,
BalasPadamBiasanya kalau tips2 ditulis macam formula atau resipi buat kueh , jarang lah orang respons dan respeks..:)
kalau tanya ustaz google lagi banyak tips dapat. Saya ada VCD prof Harun tak silap ada 6 keping semuanya.. rahsia khusyu' dalam solat. Saya dah dengar tapi tak teringatlah semuanya.. solat ni kena praktislah. Dah praktis hari2, masih tak kusyuk kenalah bagi tau tang mana yg hangpa 'hanyut' baru boleh kasi tips yg spesifik. Kalau tanya umum dapatlah tips umum. Orang pun tak berapa nak layanlah sebab tak kusyuk tu pasti berlaku pad setiap orang.. kadang2 dah jaga pun masih ada satu persen terleka. tak kan kita boleh mengatasi kusyuknya Rasulullah dan para sahabat..
allahuaklam.
Assalamualaikum.buat jemaah semua...
BalasPadamBuat pertama kali nya,hanya nak bagi pendapat tentang khusyuk dalam solat...
Pernah sekali diberitahu oleh ustaz...Khusyuk dlm solat itu subjektif...
setiap orang berlainan sekali merasakan nya,apabila ia diulit keindahan beribadah kepada Allah dan daripada Allah..
Saya tak mahu sentuh,cuma syukur kehadratNya kpd sesiapa yg merasai.. alangkah takjub apabila kita melihat kebesaranNya, dan merenung kelemahan kita, lalu airmata berlinang tanpa disedari
Tapi pernah diberitahu oleh ustaz Ismail Kamus secara umum, jika ingin mengetahui samada amal ibadat kita diterima amat mudah, cuma perhati perangai kita sehari2,semakin bagus atau sebaliknya... contohnya sifat buruk sangka, mengumpat atau kata lain yg sifat yg tak best ni, semakin lama, semakin kita jauhi secara automatik bkn dipaksa2.... maknanya amal perbuatan kita ini diterima, insyaAllah... kalu sebaliknya, maka cuba check balik diri kita ini... renungkanlah ayat ini "sesaat kamu terlupa,
disitu kamu berdosa..."
Sesuatu yang baik itu dari Allah... semoga semuanya baik2 belaka...
Sekian, Wassalam(Jazakallahu khairan khasirro)