Salam,
Beban pasangan suami-isteri bekerja terutama yang memiliki anak kecil pasti bertukar ringan dengan adanya pembantu rumah untuk menyelesaikan rutin harian di dalam kediaman. Pembantu rumah bukan sahaja melakukan tugasan mengemas, membasuh, menyapu dan memasak. Mereka juga ada kalanya menjaga dan mengasuh anak-anak sepanjang kedua ibu bapa anak-anak ini berada di pejabat.
Tanggungjawab yang cukup besar ini perlu disudahkan dalam masa sehari selagi mereka bekerja di rumah anda. Jadi majikan harus sedar, bebanan kerja yang dipikul oleh pembantu rumahnya. Justeru, memberi arahan terus-terusan boleh membuatkan pembantu rumah bosan dan melakukan tindakan di luar dugaan. Semoga beberapa panduan memelihara hubungan dan mnghindari konflik antara majikan dan pembantu rumah dapat memberi manafaat kepada pembaca.
Tips # 1 - Tegur dengan bijak
Rata-rata pembantu rumah yang diupah oleh majikan di Malaysia tidak memaparkan usia mereka yang sebenar. Kemungkinan pembantu yang diupah itu berada dalam lingkungan usia remaja. Ada pula daripada kalangan pembantu rumahnya yang lebih berusia. Maka, majikan perlu bijak mengatur tutur kata dalam menyampaikan nasihat kepada pembantu rumah mereka. Cara menegur pembantu rumah remaja dan yang lebih berusia juga berbeza. Biasanya remaja tidak suka ditegur. Teguran yang melampau menyebabkan meraka memberontak.
Tips # 2 - Elak beri arahan berterusan
Maka itu, teguran yang berhemah dan bijaksana amat dititikberatkan dalam hal ini. Majikan juga tidak boleh terlalu memberi arahan kepada pembantu rumah mereka. Mereka juga manusia yang ada perasaan, penat, lapar dan dahaga. Mungkin mereka tidak memberi respons di hadapan anda, sebaliknya bertindak sewaktu anda tiada di rumah. Hal inilah yang perlu dielakkan. Jika majikan menggunakan kelebihan akal dan kebijaksanaan berkomunikasi, maka tidak timbul soal berkecil hati di kemudian hari.
Tips # 3 - Pilih waktu sesuai
Selain cara menegur, waktu yang sesuai untuk menegur perlu diutamakan. Pastikan pembantu rumah dan anda berada dalam keadaan yang santai dan bukan sedang menghadapi konflik atau tekanan. Elakkan menegur ketika waktu makan atau sedang sibuk bekerja. Menegur yang tidak kena pada waktunya itu bukan sahaja mengundang kemarahan di pihaknya, malah membuatkan mereka hilang perasaan hormat kepada anda.
Tips # 4 - Jangan marah depan anak
Tidak salah jika hendak memberi nasihat kepada pembantu rumah, lebih-lebih lagi pembantu rumah yang baru sahaja anda ambil daripada agensi. Namun, anda perlu melihat-lihat dahulu tempat yang sesuai untuk menegur mereka. Jangan pula memarahi mereka ketika berada di tempat awam atau ketika berada di rmah teman-teman anda. Apatah lagi menceritakan keburukan mereka secara terang-terangan kepada jiran mahupun teman-teman anda. Mereka juga punya maruah dan harga diri. Majikan juga perlu lebih perihatin dan menanamkan sifat kesabaran yang tinggi.
Paling penting, jangan sesekali menegur pembantu rumah di hadapan anak-anak. Sebaiknya, tegurlah ketika anda berdua sahaja dengan dia dalam satu keadaan yang penuh santai. Perasaan hormat anak-anak kepada pembantu rumah hilang sedikit demi sedikit jika anda sendiri kurang menghormati perasaan pembantu rumah anda. Bukan itu sahaja, bagi pembantu yang menyimpan perasaan dendam, mereka mampu untuk bertindak lebih jauh dengan melepaskannya kepada anak-anak anda, sewaktu ketiadaan anda di rumah.
Capaian entry berkaitan : Ancaman krisis pembantu rumah
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Selasa, Mei 12, 2009
Hindari konflik dengan pembantu rumah
Susunan :
Bawang Goreng
pada
5/12/2009 02:28:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 KOMEN:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...