“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Ahad, Mei 24, 2009

Bila seks itu menyakitkan

Sungguhpun mengasyikkan namun sayangnya tidak semua wanita mampu menikmati kebahagiaan seks. Bagi sesetengah wanita aktiviti seksual bersama pasangan hanya mengundang derita lantaran rasa sakit dan pedih pada organ intim tatkala melakukan hubungan.

Meskipun merasai kesakitan namun wanita malang ini lebih banyak menutup mulut daripada berterus terang dengan pasangan tentang masalah yang mereka alami. Mengapa ya keadaan ini dialami oleh wanita? Penjelasan berikut mungkin memberi jawapan pada anda yang mungkin sedang berhadapan dengan masalah yang sama.

1. Berlakunya Jangkitan Vagina

Jangkitan vagina memang mengganggu hubungan intim suami isteri. Antara jangkitan yang memberi kesan pada hubungan seks ialah akibat jangkitan parasit trichomonas dan juga kulat. Jangkitan parasit trichomonas biasanya berlaku akibat melakukan hubungan seks dengan banyak pasangan atau tidak mementingkan kebersihan alat kelamin. Jangkitan ini menyebabkan keputihan yang dalam keadaan serius dilihat seperti buih dan berbau busuk. Ia juga mungkin menimbulkan rasa gatal dan kemerahan sekitar vagina.

Jangkitan vagina akibat kulat pula akan menimbulkan keputihan yang agak tebal seperti susu putih yang sudah basi dan akan menjadi sedikit kehijauan. Ia berpunca daripada ketidakseimbangan jumlah flora di vagina. Dalam keadaan normal, vagina mempunyai kulat dan bakteria dalam jumlah yang tertentu. Namun akibat keadaan tertentu, jumlah kulat makin meningkat yang mungkin akibat daripada kehamilan, pengambilan pil pencegah kehamilan, terlalu kerap menggunakan cairan pembersih vagina, dan juga stres.

Akibatnya vagina terasa gatal, berwarna kemerahan dan bengkak. Kulit pada bahagian tersebut jadi sensitif untuk disentuh dan ketika melakukan hubungan intim bahagian tersebut berasa sakit dan pedih.

2. IritaSi Vagina

Banyak perkara yang menyebabkan berlaku iritasi pada vagina. Antaranya;
• Pemakaian kontrasepsi berupa krim atau jeli.
• Reaksi alergi akibat penggunaan kondom
• Alahan terhadap penggunaan sabun pencuci pakaian dalam
• Pengunaan cecair pelincir yang berasaskan minyak

3.Vagina kering

Pada keadaan normal biasanya vagina akan basah atau mengeluarkan cecair ketika seseorang wanita terangsang. Tapi tidak semua wanita mudah untuk mengeluarkan cairan ini. Meskipun ghairah namun bahagian vagina tetap kering hingga menyebabkan penetrasi menjadi sakit.

Berikut adalah penyebab vagina menjadi kering:
  • Suami terlalu cepat melakukan penetrasi sebelum vagina sempat basah.
  • Merasa stres ketika melakukan hubungan intim terutama buat pasangan pengantin baru.
  • Hormon tidak seimbang akibat menopaus, hampir menopaus ataupun selepas bersalin.
  • Ketidakseimbangan hormone ini mengurangkan pelepasan hormon estrogen hingga dinding vagina menjadi kering.

4. Vaginismus

Bagi wanita yang mengalami vaginismus, setiap sentuhan akan menyebabkan kekejangan kuat pada otot vagina bahagian luar dan sekitarnya kerana anda dicengkam ketakutan luar biasa. Vaginismus ini timbul akibat masalah fizikal dan juga psikologi. Masalah fizikal adalah seperti berlaku radang selaput dara atau jangkitan yang menimbulkan luka sekitar vagina. Vaginismus akibat faktor psikologi timbul kesan dari pengalaman seksual pertama yang traumatis, memandang negatif terhadap hubungan intim dan juga berhadapan dengan ketakutan lain.

5. Klitoris berasa sakit

Klitoris merupakan bahagian luar genital wanita yang paling sensitif. Bagi sebahagian wanita, sentuhan atau rabaan lembut pada bahagian tersebut boleh memberi orgasma tapi ada juga yang merasa sakit ketika klitorisnya disentuh. Penyebabnya adalah kerana kurang prihatin dalam penjagaan kebersihan bahagian ini hingga menyebabkan bakteria berkumpul di klitoris. Rasa sakit juga boleh timbul akibat rangsangan tangan yang berlebihan pada bahagian ini. Misalnya jari jemari suami yang menekan terlalu keras atau dalam keadaan kurang bersih.

6. Sakit pinggul

Rasa sakit terasa pada bahagian pingul ketika suami melakukan penetrasi. Rasa sakit ini akan dirasai di bahagian bawah perut seolah-olah tertarik.

Penyebab rasa sakit ini adalah;
• Endometriosis
• Mioma uteri iaitu sejenis tumor yang tumbuh pada rahim.
• Jangkitan pada rahim dan sekitarnya

Sumber : MW

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails