“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Jumaat, Ogos 15, 2008

Masalah: Isteri tanggung selalu, suami sekali sekala tanggung

Soalan:

2008/6/8 tasniim dingin <zhusmah@hotmail.com>:

assalamualaikum.. baru2 ni saya diajukan dgn satu masalah. jadi nak minta pandangan sahabat2 sekelian. seorang adik ni mengadu pada saya yg dia rasa tak layak jadi isteri kpd suaminya. adik ni bekerja suaminya juga bekerja. tapi suaminya tiada pendapatan tetap sbb kerja freelance. maka pada kebanyakan masanya dialah yg menyara keluarga yg termasuk 2 anak yg baru nak bersekolah dan seorang pembantu rumah. bila suami dapat duit ada juga dibelanja utk rumah, tp yelah bila sekali dapat duit banyak sikit, belanjanya pun banyak juga, so tak de yg simpan. adik ni bernasib baik sbb pandai belanja dan pandai juga simpan. dalam setahun 1-2 kali suami dapat duit, masa lainnya adik ni lah yg kena menyara. dia selalu tension dgn sikap suami yg bagi banyak alasan utk tidak improve keadaan dirinya. katanya suaminya hanya memikirkan diri sendiri dalam banyak hal. dari segi perbelanjaan mahu pun kekeluargaan. suaminya baik dr segi suka masak dan bantu jaga anak. tapi tang nak bimbing keluarga kurang sikit. ada masa solat jemaah, tp kerana dikatakan tak de sunnah yg suruh doa sama2 lepas sembahyang maka setiap kali lepas sembahyg suaminya akan angkat kaki, doa lah masing2. tang nak cari atau tambah ilmu agama, carilah sendiri2. suami tu rajin gi kuliah yg berkaitan sunnah2 tentang ilmu ibadat. adik ni kata kalau dah kahwin tapi cari sendir2 baik dok sorang2. suami juga kurang bg penghargaan terhadap adik ni. katanya lagi lebih baik dia sorg2 dari jadi isteri yang buat dosa je. adik ni pun berilmu juga, tp kerana tekanan perasaan dia tak dapat kawal respon dia kepada suami. bermasam muka, marah, sedih, gaduh dah jadi kebiasaan dalam rumahtangganya. kadang2 anak2 jadi mangsa tempat lepas marahnya. dia tahu dia tak ada ciri2 isteri solehah yg dia sendiri idamkan. maka dia rasa lebih baik dia berhenti jadi isteri (bercerai) dari terus buat dosa. camana ye? peringatan, kalau takat nak kutuk adik ni tak yah la sbb dia sendiri kata dirinya yang teruk. harap dapat bg pandangan membina.


Jawapan:

Salam,


Ini yang boleh saya simpulkan untuk adik ni, pendapat 5 sen je. Tugas mencari nafkah diberatkan kepada kaum lelaki kerana kelebihan dalam penciptaannya yang berupa kekuatan fizikal dan akal fikirannya. Oleh itu lelaki mampu untuk bekerja keras untuk mencari nafkah, memberi perlindungan dan pertahanan maruah kehidupannya terutama kepada keluarga, agama, bangsa dan agamanya. Inilah sebabnya lelaki diangkat menjadi pemimpin bagi kaum wanita. Oleh itu, seorang lelaki muslim, lelaki dan suami yang soleh, tidak akan melalaikan tugas ini. Ia wajib bekerja menurut apa sahaja kemampuannya. Dalam melaksanakan tugas ini, dia haruslah MEMBETULKAN NIATnya iaitu ikhlas untuk mencari keredhaan Allah SWT. Dia tidak akan merasa MALU untuk melakukannya sebaliknya gembira dan berbangga terhadap pekerjaannya lebih lebih lagi perkara yang halal.

Lelaki soleh tidak akan lupa untuk mengingati hari akhirat tetapi menjadikannya sebagai tujuan yang utama. Dia bekerja di dunia untuk mencari keuntungan di akhirat, bukannya mengejar keduniaan semata-mata.
Dengan cara ini, usahanya akan sentiasa berhasil dan berjaya didunia dan akhirat. Seperti kata ulama Salaf yang bermaksud; Wahai anak Adam! Juallah duniamu dengan akhirat, maka engkau akan UNTUNG semuanya, tetapi jangan engkau jual akhirat dengan dunia, maka engkau akan RUGI semuanya.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang memberi nafkah kepada isterinya, anaknya dan ahli keluarganya, maka ia (iaitu nafkah) yang diberikan adalah sedekah." (Hadis Riwayat Ibnu Majah). Pemberian nafkah oleh suami terhadap keluarga merupakan satu amanah yang mesti ditunaikan di mana nafkah tersebut merangkumi perbelanjaan makan minum, tempat tinggal, keselamatan dan perlindungan.

"Bagi orang-orang yang telah mengerjakan kewajipan agamanya dengan baik, kemudian terasa penat dan letih pada malamnya, sehingga tidak dapat mengerjakan amalan-amalan sunnah, maka Allah dan RasulNya memberikan jaminan dengan ampunan sepanjang malam yang dilaluinya dengan tidur yang nyenyak."

Inilah antara ganjaran yang akan dikurniakan kepada lelaki soleh yang mencari nafkah dengan bersungguh-sungguh. Terdapat dua cara orang berusaha mencari nafkah seperti yang dianjurkan oleh ISLAM.

Dalam kes adik ni, jika adik sudah tak sanggup mempertahankan perkahwinan yang ada, adik boleh menuntut hak adik di mahkamah. Jelas, suami adik NUSYUZ, sila baca artikel penuh tentang ini di
Suami juga boleh nusyuz

Sila semak balik surat nikah adik. Saya percaya di dalamnya ada tertulis takliq yg dipersetujui semasa upacara akad nikah. Seorang isteri boleh menuntut cerai dengan 3 cara, walaupun kuasa talaq di tangan suami, iaitu :-

1 - Tuntutan cerai fasakh

2 - Tuntutan cerai Ta'liq

3 - Tuntutan cerai Khulu' / Tebus Talaq

Dalam cerai fasakh, si isteri boleh memohon untuk membubarkan perkahwinan berdasarkan 12 sebab-sebab tertentu seperti :-

1. Tempat suami berada tidak diketahui selama lebih daripada satu tahun;

2. Suami tidak mengadakan peruntukan bagi nafkah selama tiga bulan;

3. Suami dihukum penjara selama tiga tahun atau lebih;

4. Suami tidak menunaikan kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) tanpa sebab yang munasabah selama tempoh satu tahun.

5. Suami mati pucuk masa berkahwin hingga sekarang dan ini tidak diketahui isteri;

6. Suami telah gila selama dua tahun

7. Suami sedang mengidap penyakit kusta, vitiligo atau penyakit kelamin yang boleh berjangkit;

8. Jika isteri dikahwinkan oleh wali mujbir isteri sebelum isteri baligh, masih belum disetubuhi suami dan masih belum mencapai umur 18 tahun, isteri boleh menolak perkahwinan itu.

9. Suami menganiayai, menyakiti atau menjadikan kehidupan isteri menderita; atau suami berkawan dengan perempuan jahat atau berperangai keji; atau memaksa isteri hidup secara lucah;

10. Melupuskan harta isteri atau melarang isteri dari menggunakan hak terhadap harta itu;

11. Menghalang isteri dari menjalankan kewajipan agama; atau jika suami berpoligami, dia tidak melayani isteri secara adil.

12. Suami sengaja belum menyetubuhi isteri selepas empat bulan berlalu; isteri tidak memberi izin sebelum berkahwin atau izin itu tidak sah; pada masa berkahwin itu isteri adalah seorang yang sakit otak dari jenis yang menjadikannya tidak layak untuk berkahwin; dan apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi fasakh di bawah Hukum Syara'.

Di zaman yang saya kira zaman moden serba canggih ini, sikap dan amalan jahiliah kembali berulang. Sudah terlalu banyak kisah yang kita dengar tentang para suami yang tidak bertanggungjawap, menyalahgunakan wang milik isteri, melakukan penderaan rumah tangga, tidak menunaikan kewajipan, enggan memberi nafkah zahir dan batin (this is BASIC, selalunya yang batin tu memang tak ada masalah, cuma yang ZAHIR itu selalu-selalu diabaikan. Jika yang asas tidak dapat ditunaikan, maka akan hancurlah institusi keluarga itu sendiri), belum lagi masalah penjagaan anak-anak yang semuanya diserahkan kepada isteri dengan bulat-bulat. Kemanisan rumahtangga yang dibina terlalu cepat berubah dan menjadi racun yang menyeksa isteri-isteri yang malang ini.

Bagaimanakah sikap anda sebagai isteri yang merasa diperlakukan tidak adil oleh suami?

1. Fahami hak anda jika diperlakukan tidak adil oleh suami

· Fahamilah hak anda! Namun jangan lupakan kewajipan sebagai isteri. Nafkah untuk isteri dan anak-anak adalah tanggunjawap suami. Walau bagaimanapun, bagi wanita yang bekerja, mereka dinasihatkan memberi sedekah atau hadiah kepada suami dan anak-anak. Seperti pernah dilakukan oleh Zainab isteri Abdullah bin Mas'ud r.a. yang mengikuti Rauslullah s.a.w. yang bermaksud: "Suami dan anakmu adalah orang yang paling berhak menerima sedekahmu." (Hadis riwayat al-Bukhari)

· Isteri juga mesti berhati-hati mengenai urusan kewangan rumahtangga. Jangan sama sekali memberi peluang suami menggunakan duit untuk perkara yang tiada faedah, apatah lagi untu berbelanja bagi urusan maksiat, nauzubillah. Pada kebiasaannya, apabila suami melihat isterinya sanggup mengeluarkan duit untuk kepentingan keluarga, dia pula akan menyalahguna sikap baik isterinya itu. Duit pendapatan suami digunakan untuk rnjoy dan berfoya-foya, sedangkan isterinya terpaksa membayar semua tuntutan hutang dan tanggungan setiap bulan rumahtangga mereka. Isteri mesti bertegas pada awal perkahwinan lagi, jangan terlalu bermurah hati sehingga memberi peluang suami menyalahguna keadaan. Bukan hanya duit sahaja yang menjadi isu, hal penjagaan dan didikan anak-anak juga adalah tanggungjawap bersama. Kedua-duanya mesti bersatu hati dan jujur dalam menlayari susah payah alam berkeluarga.

2. Dapatkan bantuan undang-undang jika ada ketegangan antara suami isteri:

· Jika ketegangan antara suami isteri semakin meruncing, segera dapatkan bantuan undang-undang. Bahtera rumahtangga itu tidak selamanya tenang. Sesekali ada juga gelombang datang menghentam. Kita dituntut untuk bersikap dewasa dan matang dalam menangani dan menghadapi ujian rumahtangga. Jika salah seorang tersilap langkah, tidak salah bagi pasangannya menegur. Jika kedua-duanya keras hati tidak mahu mengalah, bolehlah mendapatkan Bantuan nasihat pakar kaunseling. Berilah peluang untuk anda berdua berfikiran waras, tenang dan mahukan kebahagiaan seperti dulu. Adakalanya penceraian itu baik untuk pasangan yang tidak dapat dipulihkan keserasian hubungan mereka. Ia adalah jalan halal. Untuk membuka lembaran baru yang lebih baik, ada yang perlu dikorbankan. Tetapi penglibatan hati dan perasaan anak-anak mesti diambil kira. Kehancuran identiti remaja banyak berpunca daripada kehancuran institusi keluarga yang kucar kacir. Seorang isteri yang mahu bercerai mestilah mempersiapkan diri menghadapi segala akibat yang akan ditanggungnya. Bagaimana dengan nafkah selepas bercerai? Jika isteri sibuk mencari duit untuk anak-anak, siapa pula yang akan menjaga dan mendidik mereka? Isteri terpaksa menanggung banyak beban untuk mempastikan peranannya sebagai ibu tunggal berjaya. Jangan disebabkan sakit hati dan dendam kepada suami, akhirnya penceraian itu membuat keadaan lebih teruk daripada sebelumnya.

Adik ni boleh dapatkan nasihat guaman syarie, Pn Suzana Ghazali di # 013-2545965 (pembantunya, Aiza akan menjawap panggilan). Sila layari http://bersamasuzana.blogspot.com/ untuk keterangan lebih terperinci.




0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails