Saya dapat respond dari posting Suami asyik menyebelahi ibunya saja? Berikut disenaraikan:
Respon 1 - bunga biru_76
Salam,
Cik BawangGoreng, nak minta pendapatlah..... Artikel dibawah utk suami yang ada ibu lagi. Tapi bagaimana pula halnya dengan suami yang dah ketiadaan ke2 orang tua. Tapi sering mengutamakan adik-beradik dan anak saudara sebelah beliau.
Cth : Jika anak/isteri sakit dan minta dihantar ke klinik tapi si suami nie dengan selambanya cakap kat isteri dia... awak pergilah sendiri, teksi atau bas kan ada. Tak pon awak mintalah ayah atau adik awak tolong hantarkan. Dengan alasan dia sibuk atau tiada masa. Tetapi jika adik/kakak atau anak saudara sebelah dia minta tolong, sesibuk mana pon akan cuba dipenuhi.
Tapi bila si isteri nie melebihkan ke2 ibu bapa sendiri, si suami menyindir, awak tahu tak bila awak dah kawen awak dah tak ada kene mengena dengan mak ayah awak... Cam ner lak nie. Ada saper2 boleh tolong explain tak? Tolong yer. Kesian kat kawan saya nie.
Respon 2 - Ratuhati dot com
Salam, nak nyampuk..
Tanyalah lelaki tu, mana dia belajar dalam Islam yang kalau dah kawen isteri tak de kene mengena dengan ibu dan bapa nya sendiri?
Bagaimana rasanya kalau anak perempuannya tidak menjenguk atau memperdulikannya selepas anak perempuannya dah bersuami?
Respon 3 - Edika Othman
askum...nak mencelah juga lah yer....
Bila dah kawin....ibubapa mertua pun setaraf dengan mak sendiri....so kena fahami disini....jd kalu derhaka kat mak mertua..setaraf lah derhaka kat mak sendiri...sebagai seorang suami..kena fahami lah...dalam islam ibubapa mertua setaraf ngan ibu bapa sendiri..kena bertolak ansurlah....so...sebagai ketua kuarga...tannggungjawab sebagai suami tu kena faham....perkahwinan adalah mengikat talian silaturrahim dua kuarga...jangan sampai memutuskan hubungan anak dan ibubapa...sekian terima kasih..komen ikhlas dr saya.....
Amat jarang saya baca posting dari kaum bapa. Takpe, mencelah kerana nak berkongsi ilmu tak salah. Kami pun nak juga dengar pendapat kaum suami/bapa. Barulah perbincangan tidak jadi berat sebelah dan memihak kepada kaum ibu saja... :)
Nasib baik RatuHati & Edika dah highlight... sayapun berpendapat yang sama juga. Nabi mana yang membenarkan kenyataan itu, ya? Itulah masalah isteri yang dapat suami yang "tidak berfikir" (pinjam kata SitiSifir). Saya hairan, kaum lelaki (bukan semua, ya) kurang nak ambil tahu fasal apa itu perkahwinan dan kekeluargaan. Dapat pula yang bersikap malas nak ambil tahu dan 'segan' (liat) nak belajar. Kalau tak ada masa nak pergi kursus, boleh baca macam2 buku fasal kekeluargaan. Kalau tak mahu beli buku, belajarlah dari mereka yang berpengalaman. Belajar, belajar, belajar, jangan berhenti belajar. Esok, nak matipun kita belajar juga... Belajar apa ya? Belajar mengucap!
Saya tak nafikan, bukan senang suami nak memimpin keluarga jika ilmunya cetek dan malas pula belajar. Kadang-kala isteri pula terlalu mengharapkan bahtera perkahwinan yang dibina terus belayar tanpa gangguan ombak yang bergelombang… Mungkin silap isteri juga kerana terlalu mengharapkan 'kesempurnaan' dalam kehidupan berumahtangga. Ada baiknya kita teliti tentang konsep MEMBERI dalam hidup daripada mengharapkan MENERIMA daripada suami. Jika dulu kita banyak mengharapkan suami untuk menerajui semua hal (atas dalil suami itu pemimpin keluarga), mari kita tukar konsep MEMBERI pula. Tapi ingat, kut iya pun kita nak MEMBERI, biarlah berpada-pada, jangan terlebih beri, nanti suami 'manja' dan lepaskan kewajipannya pula! Dan, yang penting, tunaikanlah tangungjawab kita sebagai isteri. Dan jika ada hak-hak kita yang tidak dapat ditunaikan suami, redhalah dan belajarlah berlapang dada. Boleh jadi terlalu banyak juga hak-hak suami yang tidak kita tunaikan. Apatah lagi setelah menjadi ibu, isteri lebih banyak memainkan peranan sebagai ibu daripada isteri. Mana tahu, jika suami lihat kita lebih 'independent', dia akan malu sendiri. Kadang-kadang, kita kena bijak guna psikologi, sebab suami ini pantang si isteri nampak lebih bijak dari dia. Tak perlu membebel, sebab selalunya kata-kata isteri akan 'masuk telinga kanan, keluar telinga kiri'. Cukup dengan perbuatan, tak perlu berkata-kata.
Rasanya, jawapan untuk kawan ibu bunga_biru76 ada dlm artikel di bawah. Sebelum saya dikatakan berdegar-degar menegakkan 'hak' isteri, ada baiknya saya kongsikan artikel ini dari Pn Suzana, Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie.
Tanggungjawap Lelaki; mana lebih utama?
Yang mana satu... melaksanakan tanggungjawap antara ibu bapa atau isteri dan anak-anak? Ada pepatah yang berbunyi, "Syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu, bermula daripada kelahiran kita hinggalah ketika menghembuskan nafas yang terakhir." Dalam erti kata yang mudah, ibu adalah segala-galanya. Seorang anak lelaki perlu mengutamakan kehendak seorang ibu berbanding kehendak seorang isteri dan anak-anak. Sebagai contoh, jika ibu menginginkan anak lelakinya pulang ke kampung berhari-raya bersama-sama dan pada masa yang sama, isteri kepada anak lelakinya juga menginginkan perkara yang sama, berhari raya bersama ibu dan bapanya di kampung, lelaki yang berada di dalam situasi seperti ini perlu mengutamakan kehendak si ibu. Kenapa? Kerana permintaan si ibu tidak menyalahi kehendak syarak dan syariat. Persoalannya, apakah kehendak si ibu yang menyalahi kehendak syariat? Banyak kes di mana suami gagal menjalankah kewajipan dan tanggungjawap sebagai seorang suami dan juga seorang ayah kerana mengikut kehendak ibu, bapa dan adik-beradik sendiri. Ada sesetengah kes, isteri terpaksa mengeluarkan duit hasil pendapatan sendiri semata-mata terpaksa membantu suami melunaskan kehendak dan keinginan keluarga mentua. Secara logiknya, kes-kes seperti ini tidak wajar berlaku jika setiap anak lelaki dan setiap ibu bapa serta sanak-saudara lainnya mengetahui had dan batasan kewajipan dan hak-hak mereka. Mungkin ada di kalangan kita yang kurang pasti, apakah perbezaan antara kewajipan dan hak. Kewajipan adalah tanggungjawap yang merupakan perkara-perkara yang perlu dilakukan bagi memenuhi hak seseorang. Sementara hak pula adalah perkara yang hanya boleh diperolehi apabila seseorang menjalankan kewajipan. Sebagai contoh, hak seorang isteri adalah kewajipan yang perlu dilakukan oleh seorang suami. Hak seorang ibu juga adalah kewajipan yang perlu dilakukan oleh seorang suami. Hak seorang ibu juga adalah kewajipan yang perlu dilakukan oleh seorang anak. Namun, bukan semua hak ibu adalah kewajipan anak-anak. Tampahan pula bagi anak lelaki yang sudah berumah-tangga. Kewajipan seorang anak lelaki adalah untuk menunaikan hak-hak isteri dan anak-anaknya terlebih dahulu, barulah kewajipan menunaikan hak seorang ibu. Kenapa? Kerana hak seorang ibu itu sewajarnya dipenuhi oleh suami si ibu iaitu bapa si anak. Jika suami si ibu tiada lagi atau tidak mampu, maka anak-anak lain yang tidak mempunyai kewajipan terhadap isteri dan anak-anaknya sendiri berkewajipan menunaikan hak ibu mereka. Bererti, walaupun seseorang itu adalah anak lelaki sulung atau tunggal dan telah berumahtangga serta mempunyai anak-anak sendiri, lelaki ini mempunyai keutamaan untuk menunaikan hak-hak isteri dan anak-anaknya terlebih dahulu berbanding hak ibu bapanya atau adik-beradiknya yang lain. Perlu diingatkan juga, hak yang dimaksudkan adalah apa-apa perkara yang merupakan keperluan sahaja, bukan kemewahan atau kehendak yang melampau. Seorang suami berkewajipan menunaikan hak-hak yang patut dan wajar bagi seorang isteri dan anak-anak iaitu:- menyediakan makan minum yang berpatutan dan sederhana
- menyediakan tempat tinggal yang sempurna, memadai dapat berlindung daripada panas matahari dan kebasahan hujan
- menyediakan pakaian yang mampu menutup aurat
- memberikan pendidikan yang dituntut oleh syariat yang merangkumi ilmu-ilmu fardu ain dan fardu kifayah
- menyediakan kemudahan untuk isteri dan anak-anak mendapatkan rawatan jika mempunyai masalah kesihatan
P/S: Pernah saya diajukan soalan, mengapa saya selalu bercakap fasal hak? Pada saya, ada kalanya tuntutan perlu di buat untuk kebaikan bersama agar haknya dapat dipenuhi dan pihak yang dituntut sedar dari kealpaan. Sementelah pula kebanyakkan hak-hak seorang isteri yang dituntut itu sebenarnya kewajipan bagi suaminya. Dalam sesetengah hal, redha lebih afdal, tetapi jika kita lihat untuk jangka waktu yang lebih panjang, adalah lebih baik sesuatu perkara itu diselesaikan saja ketika masih di dunia.
Wallahu'alam.
0 KOMEN:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...