“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Ahad, April 26, 2009

WANiTA


Selain menjaga penglihatan mata dan memelihara kemaluan, dan ditambah lagi iaitu janganlah dipertontonkan perhiasan kamu kecuali yang nyata saja, cincin di jari, muka dan tangan, itulah perhiasan yang nyata.

Memelihara peribadi mulia, menjaga aurah, memang payah apatah lagi bagi yang tenggelam kepada kepada pergaulan moden, pergaulan yang amat bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram inilah penyakit yang sukar disembuhkan hingga hancur peribadi dan hilang kendali atau harga diri, maka jadilah orang yang kotor dipenuhi dengan daki-daki dunia.

Pintu-pintu buat mengganggu syahwat dibuka selebar-lebarnya. Pakaian terlepas dari kendali agama, lalu masuk ke dalam kekuasaan dictator dari barat. Kaum wanita di bawah cengkaman budaya barat yang merosakkan akhlak.

Berhias tidak dilarang bagi wanita, wanita juga punyai instinct atau naluri, ingin kelihatan cantik, cuma ada batasanya. Seperti berhias cantik hanya untuk suami jangan menjalar kepada orang lain. Keindahan dan kesenian yang timbul dari kehalusan perikemanusiaan bukan dari kehendak kehewanan yang ada dalam diri manusia itu.

Keindahan bukan untuk mempertontonkan diri dan bertelanjang atau menggiurkan seakan-akan sikap dan isyarat “touch me”. Juga jangan dihentakkan kaki ke tanah agar jangan diketahui oleh orang perhiasan yang disembunyinya, sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan taubatlah kamu sekaliannya kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, agar kamu beroleh kejayaan.” (Surah An-nur, ayat 31 yang akhir)

Disuruh bertaubat, kerana selama lelaki masih lelaki dan perempuan masih perempuan, selama burung dan binatang di hutan masih berkelamin jantan/betina, selama itu pulalah manusia tidak akan terlepas dari rayuannya. Jaranglah hati lelaki yang tidak tergetar melihat perempuan cantik dan jaranglah perempuan yang tidak terpesona melihat lelaki gagah, tampan, perkasa itu tidak dapat dimatikan serta tidak dapat dipisahkan dari hidup. Tetapi Islam menyuruh menjaganya baik-baik dan mengaturkan supaya dituntun oleh iman, membatasi diri, menjaga mata, menahan hati dan kehormatan diri.

Wanita ibarat epal, epal yang tak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah, tapi epal yang tak mampu dibeli berada di puncak. Susah dipetik susah digapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik? Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya sehingga tak ada siapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu. Mungkin bukan di dunia tapi di akhirat? Biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta Ilahi mengiringi.

Daripada Zaid Bin Arqam r.a., bahawa Rasulullah SAW berdoa yang maksudnya, "Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyu', dari nafsu yang tidak pernah kenyang dan dari doa yang tidak diperkenankan." (Hadis Riwayat Muslim)

Seorang isteri melihat kebahagiaan sebagai matlamat unggul dalam kehidupan berkeluarga. Ia tidak boleh diukur tetapi dapat dirasai. Rasulullah SAW meletakkan isteri yang baik itu sebagai faktor kebahagiaan seseorang suami. Dengan perkataan lain isteri yang solehah akan menjadikan sesebuah rumah itu ibarat syurga yang menenangkan hati sesiapa sahaja yang bernaung padanya.

Allah berfirman dalam al-Quran mengenai sifat-sifat seorang isteri yang solehah yang bermaksud, "Maka perempuan-perempuan yang baik (solehah) itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipeliharanya) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongan-Nya." (Surah an-Nisaa', ayat 34)

Jika dilihat pada zaman sekarang, ramai isteri-isteri yang tidak lagi menghormati suami mereka bahkan cuba untuk berdiri sama tinggi dengan si suami. Akibatnya kerukunan rumah tangga terancam. Kes isteri yang meminta cerai daripada si suami bukan lagi perkara luar biasa. Pendek kata keharmonian rumah tangga semakin lama semakin goyah. Kasih sayang antara satu sama lain semakin tipis.

Seharusnya seorang isteri mahupun suami harus sedar kedudukan dan tugas sebenar masing-masing dalam rumah tangga. Kenapa isteri ataupun suami gagal menjadikan pasangan mereka sangat mencintai diri mereka adalah persoalan yang mesti dijawab oleh empunya diri masing-masing.

Mudah-mudahan jalan penyelesaian pada masalah yang mengancam keamanan rumah tangga pada hari ini dapat dijawab.

3 ulasan:

  1. menarik.
    mungkin perempuan lebih pendidikannya sebab tu kurang menghormati suami?

    BalasPadam
  2. Salam,

    Terima kasih atas kunjungan saudara.

    Tidak dapat dinafikan, hak suami ke atas isteri, isteri kena taat padanya. Si suami kenalah usaha agar ia ditaati, EARN IT, NOT ASK FOR IT. Jika isteri tidak taat, suami kenalah muhasabah diri, apakah aku telah taat pada Allah SWT dan Rasul-Nya?

    Pada suami, redhakanlah isteri kamu, setakat tak taat atau lawan sikit-sikit, maafkanlah, agar tidaklah sia-sia segala amal ibadatnya. Kita sendiri kena akui, bahawa kita ini tidaklah baik mana pun dan tidaklah sempurna mana pun, yang mewajibkan isteri mentaati kita sungguh-sungguh.

    Suami pun usahlah asyik salahkan isteri saja, salah kita macam mana?

    Lagi satu sikap yang patut ada pada suami iaitu 'ehsan' - tidak ramai suami yang mempunyai ehsan dalam hati masing-masing, sebab itulah ramai isteri mengeluh dan bangkit memperjuangkan hak masing-masing (dilihat seolah-olah tidak taat atau melawan suami).

    Sedangkan Rasulullah SAW telahpun memberi amaran kepada kita, “Takutlah kamu kepada Allah dalam urusan wanita, kerana sesungguhnya kamu telah mengambil mereka dengan amanah Allah.” (Hadis Riwayat Muslim)

    Bilangan kaum wanita lebih ramai di neraka. Kita bukanlah hendak sangat melihat jantina yang manakah paling ramai di neraka, tetapi kita patut fokus apakah yang menyebabkan kaum wanita paling ramai di neraka. Mengapa wanita kufur? Apakah punca mereka kufur? Siapakah pemimpin wanita-wanita ini? Jika bukan disebabkan kegagalan pemimpin mereka sendiri, sudah tentulah mereka akan terselamat daripada azab neraka jahanam. Tidak gitu?

    Satu sifat yang kena kita usahakan, tunaikan hak, bukan tuntut hak.

    Setakat ini, itu saja yang terfikir...

    Wassalam.

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails