“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Ahad, April 12, 2009

6 kesalahan besar dilakukan semasa berpacaran

MUNGKIN keadaan ini pernah menimpa diri anda. Keluar temu janji dengan seorang lelaki dan kembali ke rumah dengan perasaan gembira kerana merasakan diri telah bertemu jejaka idaman yang sempurna untuk dijadikan kekasih hati.

Malangnya, selepas malam itu, tiada langsung panggilan daripada si dia. Lelaki yang dikatakan sempurna dan sesuai buat anda itu seolah-olah cuba menyepikan diri. Kenapa?

Sebabnya, anda mungkin berpandangan temu janji itu sempurna tetapi hakikatnya ia tidak seperti yang diharapkan. Ada kalanya, wanita kurang menyedari bahawa mereka telah melakukan beberapa kesalahan besar sehingga merosakkan temu janji tersebut.

1. Terlalu kerap bertemu janji tidak produktif.

Anda perlu tahu memilih temu janji. Jika bertemu dengan lelaki-lelaki yang tidak berguna, elakkan diri untuk terus bersama dengan mereka. Carilah alasan supaya mereka tidak lagi mengajak anda keluar.

Masalahnya, wanita selalunya tidak sabar. Mereka mahu apa yang diingini diperoleh pada saat itu juga. Inginkan ganjaran serta-merta. Tetapi, perlu juga diingat kadang-kala berbaloi untuk kita menunggu hadirnya seorang lelaki yang baik dalam hidup.

Mungkin, anda hanya berpeluang keluar temu janji sekali dalam setahun. Tetapi, ia berkemungkinan adalah yang terbaik berbanding terlalu kerap bertemu janji tetapi semuanya mengecewakan.

2. Keluar bersama teman-teman dengan harapan bertemu lelaki pujaan.

Apabila bersama teman-teman khususnya wanita, anda sebenarnya tidak akan didekati oleh lelaki. Sebabnya, lelaki bujang sebenarnya amat penakut. Ada teori menyatakan bahawa wanita yang keluar secara berkumpulan tidak akan menarik perhatian kaum lelaki.

Lelaki yang mempunyai kualiti tidak akan menghampiri kumpulan wanita tersebut dan kemudian mengajak anda keluar dengannya di hadapan teman-teman anda. Lelaki seperti itu tidak akan berani melakukannya. Jadi idea paling baik, keluarlah bersendirian.

Pilihlah meja terbaik untuk menikmati makanan atau minuman sambil membaca buku kegemaran anda. Berpura-pura anda sedang sibuk. Keadaan itu sebenarnya membuatkan anda lebih mudah didekati apatah lagi anda sedang bersendirian.

3. Wanita selalu beranggapan seorang lelaki akan menyukai mereka setelah si dia mula mengenali diri mereka.

Sebenarnya, pada saat bertemu, seseorang lelaki itu sudah tahu sama ada dirinya berminat dengan anda ataupun tidak. Dalam hidup seorang lelaki, tiada istilah 'memanaskan badan'.

Lelaki umpama mikrowave dan wanita pula seperti belanga. Wanita lambat merasai 'kehangatan', mereka selalunya akan mengumpul semua maklumat mengenai si dia kemudian mentafsirkan ia sebelum mengambil kata putus. Sedangkan lelaki mengetahui jawapannya dalam satu saat, ya atau tidak.

4. Terlalu bercerita dan berkongsi mengenai temu janji.

Wanita bujang terlalu menaruh kepercayaan kepada pasangan temu janjinya sehingga membuatkan dia menceritakan terlalu banyak kisah tentang dirinya.

Mereka sebenarnya sedang memberi dan melonggokkan maklumat kepada lelaki terbabit - terlalu banyak. Apa yang selalunya diluah wanita: "Saya kini berasa tenang sebab dia adalah rakan baik saya. Saya boleh bercerita dengannya tentang apa sahaja."

Hakikatnya, wanita sedang berada dalam keadaan gelisah dan bimbang sehinggakan mereka menceritakan segala kisah hidup mereka. Cuma, kadang kala kisah hidup mereka itu bukanlah satu kisah yang menarik untuk dikongsi bersama.

5. Tidak membenarkan lelaki bercakap.

Cara anda bercakap atau berbual kala keluar berpacaran sepatutnya seperti perlawanan tenis iaitu ada komunikasi dua hala. Tetapi, sepatutnya lelaki diberikan kuasa untuk bercakap lebih banyak daripada wanita. Tiga kali lebih banyak daripada wanita seperti nisbah 3:1.

Lelaki bercakap, bercakap dan bercakap kemudian barulah tiba giliran anda pula untuk meluahkan kata-kata. Namun, anda boleh menjawab pertanyaannya setiap kali si dia selesai berkata-kata.

Dan, kemudian anda juga boleh memulakan perbualan dengan bertanyakan soalan tetapi pastikan ia tidak lari daripada topik yang sedang diperbualkan.

Jangan pula terus bertanya: "Adakah awak ingin berkahwin? Apa perkara yang disukai oleh bekas teman wanita awak?" Ingat, jangan sesekali lakukan perkara itu. Sebaiknya, mulakan perbualan daripada topik atau cerita yang sedang dibualkan.

6. Lupa menjaga tingkah laku dan adab sopan.

Kunci utama pada satu temu janji yang berjaya adalah senyuman. Tawan hatinya dengan pandangan mata. Biarkan dia 'memimpin' pentas pertemuan itu dan anda hanya menyuntik perkara-perkara kecil yang dapat membantu menghangatkan suasana.

Contohnya, andai si dia memesan pencuci kulit dan anda berkongsi menikmatinya, katanya: "Inilah kek coklat paling enak dan saya gembira awak memilihnya."

Tingkah laku dan adab sopan, itulah kuncinya. Kebanyakan orang tidak menitikberatkan tentang perkara itu atau sengaja buat-buat lupa setiap kali keluar temu janji dengan si dia.

Sumber : Utusan

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails