“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Rabu, April 15, 2009

Penyelewengan kalimah Allah

Firman Allah [02:75] yang bermaksud, "(Sesudah kamu - wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu - mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)?" (Surah al-Baqarah, ayat 75)

Huraian

Golongan yang dimaksudkan di dalam ayat ini ialah golongan ahli agama Yahudi yang amat arif dengan kitab-kitab suci mereka iaitu golongan yang mendengar kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s. di dalam kitab Taurat tetapi kemudiannya mereka mengubah maksud dan membuat penafsiran yang menyeleweng daripada ruang lingkupnya.

Mereka melakukan pemesongan ini bukan kerana tidak mengetahui maksudnya yang sebenar tetapi mereka benar-benar tahu tentang pemesongan itu dan sengaja melakukannya. Mereka melakukan perbuatan ini semata-mata kerana dorongan hawa nafsu dan kepentingan peribadi mereka sendiri.

Golongan yang seumpama inilah sudah pasti menyeleweng lebih jauh lagi daripada kebenaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW kerana mereka mempunyai hati yang tidak bertanggung jawab dan berpegang teguh dengan kepalsuan yang mereka sendiri mengetahui kepalsuannya.

Sesungguhnya tiada harapan lagi bagi golongan seperti ini akan beriman kerana orang yang beriman itu bersifat mudah, senang dan lembut dan hatinya sentiasa terbuka kepada cahaya iman.

Tabiat orang yang beriman bersifat lurus, malu dan segan melakukan pemesongan dan penyelewengan sedangkan golongan tersebut lebih berkesanggupan menentang dakwah Islam dan mengadakan fitnah ke atasnya.

Kesimpulan

Orang-orang yang beriman hendaklah berhati-hati apabila berdepan dengan golongan Yahudi atau segolongan orang-orang yang mendengar Kalam Allah lalu membenarkan dan beriman kepada ayat-ayat Allah.

Golongan seperti ini tetap ada sebagaimana segolongan manusia yang mendengar Kalam Allah dalam Taurat dan mereka pasti akan membenarkan kebenarannya tetapi tetap menyelewengkannya hanya kerana hawa nafsu dan kepentingan diri sendiri.

-Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Sumber : Utusan

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails