“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Selasa, April 21, 2009

Arab Saudi kaji had umur perkahwinan

~ BUDAYA PELiK MASYARAKAT ARAB ~

Gusar amalan biasa kanak-kanak perempuan dikahwinkan dengan lelaki setengah abad

RIYADH: Kerajaan Arab Saudi mempertimbangkan untuk memperkenalkan had umur untuk berkahwin berikutan beberapa perkahwinan membabitkan budak perempuan dengan lelaki sebaya bapa mereka, lapor akhbar Al-Madina.

"Kementerian Kehakiman mula melihat kepada perkenalan had umur yang boleh berkahwin," kata pengarah unit perkahwinan, Mohamed Abdel-Rahman, tanpa mengulas lanjut.

Arab Saudi tidak mempunyai had umur untuk berkahwin. Pegawai Kementerian Kehakiman tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

ERK.... 8 tahun vs 58 tahun?!

Langkah itu dibuat selepas mahkamah bandar Unaiza, minggu lalu, mengekalkan keputusan buat kali kedua perkahwinan seorang budak perempuan berusia 8 tahun dengan lelaki yang 50 tahun lebih tua daripadanya.

Hakim berkata, beliau cuba memujuk suami budak itu supaya bercerai tetapi dia enggan. Budak berkenaan masih berada dengan ibu bapanya dan tidak akan bersama suaminya sehingga mencapai usia lebih dewasa. Hakim berkata, sebaik didatangi haid, budak itu boleh memohon cerai.

Memberi komen mengenai perkara itu, sarjana Islam terkenal Arab Saudi, Mohsen al-Obaikan, berkata perempuan di bawah usia 18 tahun tidak sepatutnya dibenarkan berkahwin.

"Sebahagian ibu bapa mengahwinkan anak perempuan mereka demi kepentingan peribadi atau material atau pelbagai godaan yang tidak kena mengena dengan kepentingan gadis itu," katanya.

Obaikan yang juga penasihat kepada Raja Abdullah, turut menggesa larangan mengahwinkan gadis di bawah usia 18 tahun.

"Perkahwinan perlu mematuhi peraturan itu," katanya.

Isu perkahwinan kanak-kanak mencetuskan perbahasan hangat di Arab Saudi.

Statistik menunjukkan, dalam kebanyakan kes, perkahwinan dilangsungkan tanpa pengetahuan atau persetujuan gadis berkenaan.

~ Agensi melaporkan.

NB: Sesuai sangatlah dikatakan Lelaki abai tugas pelindung, tanda akhir zaman.

Sumber : BHarian 2009/04/20

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails