“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Khamis, April 23, 2009

Berbaik dengan bekas isteri


Sekalipun banyak kes penceraian berpunca daripada lelaki (sila rujuk Ketepi garis agama antara punca cerai), tetapi biasanya dalam kes penjagaan akan-anak, isteri yang lebih diberi peluang oleh pihak mahkamah dalam kes hadanah. Ini kerana majoriti ibu memiliki sifat keibuan yang amat tinggi di mana mereka sanggup melakukan apa saja pekerjaan demi anak-anak mendapat makan dan tempat tinggal yang sempurna.

Pun begitu, ada kalanya desakan memaksa bekas isteri isteri mengheret lelaki ke mahkamah semata-mata mahu menuntut nafkah akibat kegagalan bekas suami memberinya dengan sempurna setiap bulan.

Namun benarkah ramai lelaki yang tidak bertanggungjawab? Benarkah pendapat dari mereka yang brgelar bapa tunggal ini hanya mencari keseronokan semata-mata dan mengabaikan zuriat sendiri?

Sememangnya ada segelintir lelaki yang seperti sengaja mengabaikan tanggungjawab yang sememangnya terpikul di bahu mereka. Namun, naluri sebagai manusia, tidak memungkinkan semua lelaki berfikiran sama, ada yang amat bertanggungjawab malah lebih cemerlang daripada bekas isteri.

Kalau anda seorang bapa tunggal, cuba praktikkan tip di bawah ini. Mana tahu, kalau sebelum ini anda asyik bergaduh perkara yang sama dengan bekas isteri, kali ini hatinya terbuka menerima anda.

Duduk berbincang

Ramai wanita beranggapan lelaki tidak boleh memberikan pendapat yang bernas tentang masalah rumahtangga. Betul atau salah pendapat ini? Secara logiknya, apabila penceraian berlaku, dendam pasti wujud di dalam hati setiap pasangan. Mereka akan saling menyalahi dan membuat tuduhan bahawa cara pemikiran pasangan adalah salah. Sebenarnya, setiap amsalah boleh diselesaikan dengan baik, asalkan kita duduk berbincang. Kalau sebelum ini anda asyik menyalahkan pasangan sehingga bercerai-berai, apa kata pandang kepada kebaikan yang telah dilakukannya. Lelaki juga mestilah menunjukkan sikap yan gbaik, buktikan serta ketepikan semua tuduhan bahawa anda juga sangat layak untuk menjaga anak-anak dan meminta agar diberikan peluang tersebut.

Tunjuk keperibadian yang baik

Setiap individu adalah betul, termasuklah anda sebagai bapa tunggal. Apabila sifat dendam sudah menguasai diri, ada kalanya kita memang terlupa langsung kepada sebuah kebaikan yang dibuat. Begitu juga bagi anda yang bergelar bapa tunggal, kalau sebelum ini anda telah melakukan kesilapan yang sangat besar dlam perkahwinan, tentu saja anda akan diingati sebagai lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Hanya keburukan anda yang akan dijaja dan dikenang oleh bekas isteri. Perkara sebegini tentu saja akan merosakkan reputasi anda (lainlah kalau anda memang seorang yang tidak bertanggungjawab, baik kepada diri anda sendiri dan keluarga).

Namun apabila anda menunjukkan keperibadian yang baik, sikap yang berhemah dan bersopan santun, tentu saja anda akan dikenang. Jadi, buktikan bahawa anda lelaki yang hebat.

Rebut peluang yang ada

Sebenarnya bukan mudah bergelar bapa tunggal. Banyak tanggungjawab yang terpaksa dipikul jika anda benar-benar seorang yang bertanggungjawab. Melarikan diri daripada masalah adalah sifat seorang pengecut kerana hanya mereka yang tidak berpendirian sahaja yang sanggup melakukannya.

Apabila terjadinya perceraian, seharusnya anda meminta kepada bekas isteri untuk memberi anda ruang dan masa untuk bermesra dan bermanja dengan anak. Rebutlah peluang-peluang yang ada. Buktikan bahawa anda seorang ayah yang hebat. Walaupun anda tidak lagi menjaga mereka atau tinggal sebumbung, tetapi anda masih boleh membuktikan bahawa anda seorang ayah yang disayangi.

Tunjukkan sikap perihatin

Memenagi kembali hati bekas isteri sebenarnya bukan tugas yang mudah. Lebih teruk lagi jika anda meninggalkan trauma dalam diri mereka, sebelum anda melangkah keluar dari rumah.

Bersikap perihatin meskipun bukan lagi sebumbung adalah satu sikap yang sangat baik. Buktikan bahawa anda masih layak bergelar ayah kepada anak-anak anda. Kalau pun bukan sebagai suami yang baik kepada bekas isteri tetapi jadilah ayah yang baik kepada anak-anak. Sekurang-kurangnya, anda akan disanjung kerana masih memiliki sikap jati diri.

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails