Salam...
Jika sebelum ini saya berkongsikan tentang masalah kandungan "Bayi songsang?", hari ini saya ingin berkongsi pula info mengenai masalah tekanan darah tinggi yang sering dialami oleh ibu-ibu yang sedang hamil.
Tekanan darah tinggi sememangnya sering berlaku sewaktu mengandung. Biasanya apabila kandungan tiba di tahap usia lima bulan ke atas. Tekanan ini berlaku kerana biasanya si ibu tidak dapat mengadaptasi dengan perubahan fisiologi tubuh semasa hamil.
Ia lebih mudah menyerang kepada ibu yang hamil pada usia yang lebih dewasa (lebih 35 tahun) ataupun ibu yang masih terlalu muda (usia 17 tahun kebawah).
Menurut pakar perubatan, "Jika ada salah seorang ahli keluarga si ibu yang mengidap penyakit ini, kemungkinan menghadapi tekanan darah tinggi semasa hamil adalah lebih tinggi" . Ibu yang menghidap penyakit ini, biasanya akan di beri perhatian dan pengawasan yang rapi semasa mengandung untuk memastikan si ibu dan janin selamat.
Tekanan darah tinggi yang serius boleh menyebabkan 'eclampsia' atau lebih dikenali sebagai sawan. Serangan sawan semasa hamil sangat merbahaya kerana ia boleh menyebabkan kedua bayi dan ibu meninggal jika tidak dirawat dengan sempurna.
Tekanan darah tinggi semasa hamil ini sukar di elakkan kerana ia bermula dari dalam tubuh. Namun dengan pemeriksaan awal, tekanan darah tinggi ini dapat di kesan dan diatasi.
Untuk mengatasi masalah tekanan darah tinggi ini, ibu yang hamil akan diberi rawatan 'anti-hypertension'. Melalui rawatan ini, si ibu akan diberi ubat untuk mengurangkan dan menstabilkan tekanan darah, dan pada kebiasaannya, tekanan darah kembali normal setelah siibu melahirkan.
Jadi, usah risau jika anda menghidapi masalah tekanan darah tinggi sewaktu hamil, ia adalah perkara normal. Yang penting, dapatkan rawatan serta nasihat yang sebaiknya daripada doktor anda.
Semoga berjumpa lagi di lain kali. Wassalam.
Sumber : Team SetBersalin
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Sabtu, April 18, 2009
Kena darah tinggi?
Susunan :
Bawang Goreng
pada
4/18/2009 06:48:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 KOMEN:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...