“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Sabtu, Februari 06, 2010

Mesin wuduk automatik di pasaran enam bulan lagi

Assalamualaikum warahmatullah,
This is totally cooool. Takdelah tempat wuduk kita 'bronyeh' lagi.. Saya sering berhati-hati ketika mengambil wuduk, kerana takut tergelincir. Bayangkan ibu-ibu mengandung, warga tua atau OKU, tempat 'bronyeh' boleh mengundang risiko tergelincir... Penciptanya Anthony Gomez, tidak pasti sama ada dia Muslim atau tidak. Apa-apa pun, jika dia bukan Muslim, saya sangat salute sikap keperihatinannya dalam permasalahan umat Islam. Semoga dia diberi taufik dan hidayah oleh Allah SWT.

KETUA Imam Masjid Jamek, Mohd. Adam Sarpan mengambil wuduk menggunakan Auto Wudu Washer di Hotel Impiana di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR - Peristiwa kesukaran kira-kira 40 umat Islam mengambil wuduk daripada sebuah besen di atas sebuah feri akhirnya mencetuskan idea inovasi kepada seorang juruterbang.

Anthony Gomez

Melihat kepada apa yang berlaku, Anthony Gomez (gambar kecil) yang kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif AACE Technologies Sdn. Bhd., (AACE Technologies) lantas terfikir sesuatu teknologi perlu dibangunkan bagi mengatasi masalah tersebut.

Beliau yang pernah menjadi juruterbang peribadi kepada Sir Julius Chan, bekas Perdana Menteri Papua New Guinea, memberitahu, pengalaman itu dilaluinya ketika menaiki feri dalam perjalanan dari Jordan ke Mesir pada tahun 2006.

Mesin Auto Wudu Washer yang dicipta oleh Anthony sendiri itu merupakan mesin wuduk pertama di dunia oleh syarikat tempatan Malaysia dan produk itu mengambil masa kira-kira dua tahun untuk dibangunkan.



Sumber : Kosmo!

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails