“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Jumaat, Februari 12, 2010

Wanita balas dendam guna kari beracun

Gara-gara cemburu kekasih dapat pengganti lebih muda

LONDON: Seorang wanita Britain didapati bersalah membunuh kekasihnya dengan mencampurkan racun dalam kari kerana tidak dapat menerima lelaki berkenaan mengahwini orang lebih muda.

Lakhvinder Cheema, 39, mati beberapa jam selepas makan kari dalam peti sejuk rumahnya di barat London manakala tunangnya, Gurjeet Choongh, 21, sakit teruk. Lakhvir Singh, 45, mencampurkan makanan berkenaan dengan racun 'akonit' India.

'Akonit' digelar 'Ibu Racun' adalah antara racun paling bahaya.

Lakhvir didapati bersalah di Old Bailey kerana membunuh Lakhvinder pada Januari tahun lalu dan menyebabkan kecederaan teruk yang dilakukan dengan niat terhadap Gurjeet. Beliau didapati tidak bersalah atas dakwaan cuba membunuh Gurjeet.

Selepas ditahan, Lakhvir, ibu kepada tiga anak cuba menyalahkan adik iparnya kerana kematian itu. Tetapi, seorang penyewa di rumah berkenaan melihat beliau mengambil sebuah bekas berisi kari dari peti sejuk itu.

"Mungkin cemburu, marah dan balas dendam menyebabkan Lakhvir memutuskan untuk membunuh mereka menggunakan racun paling berbahaya dan bertoksik," kata pendakwa, Edward Brown.

Lakhvir yang sudah bersuami menjalin hubungan sulit dengan Lakhvinder selama 16 tahun sebelum teman lelakinya itu memutuskan untuk berkahwin dengan wanita lain.

Lakhvinder yang dikenali di kalangan temannya sebagai 'Lucky' dan Gurjeet dilaporkan berasa sakit ketika mereka membincangkan rancangan perkahwinan sempena Hari Kekasih.

"Lucky memberitahu saya beliau rasa tidak sihat. Muka saya merasa kebas dan bila menyentuhnya saya tidak rasa apa-apa," kata Gurjeet kepada mahkamah.

Apabila mengesyaki Lakhvir meracuni mereka, Lakhvinder menghubungi ambulans dan memberitahu: "Ada orang masukkan racun dalam makanan kami. Orang itu adalah bekas teman wanita saya."

Lakhvinder mati dalam masa sejam selepas tiba di hospital manakala Gurjeet koma dua hari membolehkan doktor mengesan racun dan memberikan penawar kepadanya. Polis menemui racun terbabit dalam poket kot Lakhvir dan beg tangannya. Lakhvir dihukum penjara seumur hidup. - AP




Sumber : BHarian 2010/02/12

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails