Oleh Nurhayati Abllah [bhnews@bharian.com.my]
IPOH: Seorang bomoh warga emas bertindak kejam apabila merogol anak tirinya dengan alasan mahu memperturunkan ilmu perbomohan kepada warisnya.
Lebih mengejutkan, bomoh berumur 70 tahun itu melakukan perbuatan terkutuk itu di hadapan ibu mangsa yang juga isterinya di rumah di Tanjung Tualang, dekat sini, kira-kira jam 1 pagi 2 Februari lalu. Semalam, bomoh itu didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, kerana perbuatannya itu. Tertuduh yang ditahan pada 13 Februari lalu, didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang enam tahun atau tidak lebih 20 tahun dan sebatan.
Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Noor Hayati Haji Mat. Pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Izalina Rajaai manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Nurul Izalina memohon supaya mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana bimbang dengan keselamatan mangsa atau kemungkinan perbuatan itu berulang.
Tertuduh memohon maaf kepada hakim dan meminta wang jaminan sebanyak RM15,000 dikurangkan dengan alasan tidak bekerja, sudah berusia dan mempunyai ramai tanggungan. Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dan memerintahkan tertuduh menjauhi dan tidak boleh tinggal bersama mangsa. Jika gagal mematuhi perintah itu, mahkamah menetapkan jaminan ditarik balik.
Sumber : BHarian 2010/02/20
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Sabtu, Februari 20, 2010
Rogol anak tiri perturun ilmu bomoh
Susunan :
Bawang Goreng
pada
2/20/2010 10:14:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 KOMEN:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...