“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Ahad, Februari 28, 2010

Azab Syafia

JENAZAH Syafia Humairah dibawa untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 17 Kuang, Kuala Kubu Bharu, semalam.

Pendarahan otak; Cedera parah di perut, ginjal; Luka, lebam seluruh badan

KUALA LUMPUR: Bedah siasat ke atas mayat kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang mati dipercayai didera teman lelaki ibunya kelmarin, mendapati berlaku pendarahan otak, kecederaan parah di perut dan sekeliling buah pinggang akibat hentakan kuat di kepala dan abdomen mangsa.

Selain itu, bedah siasat terhadap Syafia Humairah Sahari di Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB), Hulu Selangor yang mengambil masa kira-kira tiga jam mulai 10.30 pagi, juga menemui kesan luka dan lebam seluruh badan, selain kesan penderaan lampau. Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Bakhtiar Rashid, berkata polis akan memanggil beberapa individu yang rapat dengan suspek, termasuk ibu mangsa bagi membantu siasatan.

"Polis percaya mereka mempunyai hubung kait atau tahu mengenai penderaan berulang yang dipercayai dilakukan suspek, seorang pemandu teksi berusia 28 tahun itu. Kita juga akan memanggil beberapa saksi yang mendakwa melihat suspek menendang kanak-kanak itu di padang berdekatan rumahnya pada hari berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Bakhtiar berkata, bedah siasat yang mendapati kesan kecederaan lama akibat penderaan lampau, termasuk yang dikesan beberapa hari sebelum kematiannya menunjukkan mangsa didera secara berterusan.

"Kecederaan luaran yang baru dan lama itu dipercayai disebabkan pukulan dengan benda keras dan kesan hentakan kuat. Bahagian belakang tubuh mangsa juga ada kesan lebam selain leher, pipi dan bahunya," katanya.

Semalam, akhbar melaporkan, Syafia Humairah mati dengan kesan luka pada muka dan perut, dipercayai didera teman lelaki ibunya di kediaman suspek di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, dekat Batang Kali, malam Khamis lalu. Mangsa dipercayai ditampar dan disepak di perutnya beberapa kali sehingga mengalami kecederaan parah pada tubuh selain luka di muka, dagu, telinga serta lebam kaki dan tangan.

Syafia Humairah dipercayai meninggal dunia dalam perjalanan ke HKKB ketika dibawa suspek dan ditinggalkan di wad kecemasan selepas mendakwa kanak-kanak itu mati akibat kemalangan jalan raya. Bagaimanapun, pihak hospital mengesyaki berlaku penderaan terhadap mangsa selepas menemui banyak kesan luka dan lebam pada tubuh kanak-kanak itu dan polis menahan lelaki terbabit kira-kira jam 3 pagi kelmarin yang mengaku mencederakan Syafia Humairah.

Bakhtiar berkata, ujian air kencing terhadap suspek mendapati lelaki itu positif dadah jenis ganja.

"Suspek kini ditahan reman tujuh hari mulai semalam (kelmarin) dan kita akan memohon untuk melanjutkan tempoh tahanan reman sehingga 14 hari. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Jenazah kanak-kanak malang itu dituntut oleh keluarga ibunya di HKKB sebaik selesai bedah siasat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuang, kira-kira jam 4 petang. Terdahulu, suasana di pekarangan bilik mayat HKKB kecoh seketika apabila keluarga teman lelaki ibu mangsa turut datang menziarah jenazah kanak-kanak itu dan dikatakan mahu menuntut jenazah mangsa sebelum keadaan kembali reda beberapa minit selepas itu.

Sumber : Wan Faizal Ismayatim [wfaizal@bharian.com.my] di BHarian 2010/02/28



Polis percaya lebih seorang terbabit dalam kematian Syafia Humairah

KUALA LUMPUR: Polis percaya lebih daripada seorang individu terbabit dalam kes penderaan hingga mengakibatkan kematian seorang kanak-kanak perempuan, Syafia Humairah Sahari, 3, dalam kejadian di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali, dekat sini, Khamis lalu. Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, DSP Bakhtiar Rashid, berkata siasatan awal mendapati suspek utama yang kini ditahan reman tujuh hari, tidak melakukan pembunuhan berseorangan tetapi kemungkinan membabitkan sekurang-kurangnya lima individu lain.

"Siasatan awal mendapati terdapat dua kemungkinan iaitu individu itu turut terbabit mendera Syafia atau mereka tidak melakukannya tetapi mengetahui kanak-kanak terbabit telah didera. Bagaimanapun polis sedang mengesan semua mereka yang disyaki terbabit termasuk bapa suspek untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, polis juga akan memanggil ibu kanak-kanak itu, Nurhanim Aziz, dalam tempoh terdekat untuk diambil keterangannya. Diminta mengulas kebarangkalian mangsa adalah anak kepada suspek, Bakhtiar enggan mengulas lanjut dan berkata tiada sebarang ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan bagi mengesahkan perkara itu.

"Saya tidak boleh kata ya atau tidak kerana belum ada pihak yang meminta ujian DNA dilakukan bagi mendapatkan pengesahan berhubung perkara itu. Namun, hal ini akan dipertimbangkan selepas polis merujuk kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengenai laporan yang mendakwa ibu mangsa bersekedudukan dengan teman lelakinya (suspek)," katanya.

Bakhtiar turut kecewa apabila tiada saksi tampil memberikan maklumat sejurus selepas kejadian itu berlaku dan beliau meminta mereka yang mempunyai maklumat supaya berbuat demikian.

Syafia Humairah meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kuala Kubu Baharu setelah mengalami pendarahan di otak dan pecah pada bahagian abdomen. Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuang, Sungai Buloh petang semalam. - Bernama

Sumber : BHarian 2010/02/28

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails