Assalamualaikum warahmatullah,
Pagi ini [Isnin 02/22], semasa melangkah ke pejabat setelah selesai bersarapan, mata saya tertumpu kepada headline BH. Petikan berita on line di sini, Kahwin wanita Indonesia kena bayar RM170,000, adalah seperti berikut :
JAKARTA: Rakyat asing yang ingin berkahwin dengan wanita Indonesia dikehendaki membayar wang pendahuluan sebanyak 500 juta rupiah (RM170,000), syarat baru diperkenalkan kerajaan republik itu untuk menjaga kebajikan wanitanya. Wang itu yang perlu dibayar kepada sebuah bank Islam tempatan adalah sebagai jaminan nafkah kepada wanita terbabit sekiranya perkahwinan berkenaan berakhir dengan perceraian.
Syarat itu terkandung dalam Draf Rang Undang-Undang Perkahwinan yang sedang dirangka dan mendapat sokongan kuat Majlis Ulama Indonesia (MUI), lapor berita di laman web dan Jakarta Post. Bagaimanapun, syarat itu hanya membabitkan lelaki asing yang mahu mengahwini wanita Indonesia dan tidak kepada lelaki tempatan yang mengahwini wanita asing. ‘Syarat baru’ perkahwinan itu menyusuli kontroversi beberapa hari lalu mengenai cadangan mengenakan denda atau penjara kepada pasangan tidak mendaftarkan diri selepas berkahwin atau lelaki berpoligami walaupun tiada larangan dalam Islam.
Perkahwinan campur antara wanita Indonesia dan lelaki asing terutama dari Asia Barat menjadi amalan biasa di negara itu, kebanyakannya membabitkan pelakon dan penyanyi pop. Mengikut draf rang undang-undang itu, wang berkenaan dibayar kepada sebuah bank Islam, dan akan diberikan kepada wanita terbabit sekiranya suami mengabaikannya dan anak-anak atas sebab yang tidak dinyatakan. Wang itu hanya boleh dikeluarkan selepas perceraian dan digunakan untuk memastikan kebajikan keluarga dan anak-anak wanita terbabit sehingga mereka berusia 21 tahun.
Bagaimanapun, undang-undang itu tidak diguna pakai bagi perkahwinan campur antara lelaki Indonesia dan wanita asing. Dalam kes itu, suami tidak diminta membayar wang dan isteri yang ditinggalkan terpaksa menanggung diri sendiri. Ketua MUI, Amidan Kiai Hajj adalah antara penyokong kuat rang undang-undang itu kerana ia memastikan kebajikan isteri dan anak-anak selepas sesuatu kes cerai. Pemimpin Islam itu menyatakan sokongannya berdasarkan beberapa insiden yang berlaku di Kalimantan. Di wilayah itu, ramai rakyat Indonesia mengahwini pekerja asing dalam sektor pertanian dan industri yang akan kembali ke negara mereka jika hilang kerja dan meninggalkan keluarga tempatan tanpa sebarang nafkah. ~ Tamat petikan Agensi.
Secara peribadi, saya melihat ia satu tindakan yang bagus kerana tujuannya untuk melindungi wanita di negara itu daripada teraniaya. NAMPAKNYA jika draf undang-undang perkahwinan Indonesia diluluskan hanya anak bangsawan, jutawan dan hartawan asing yang boleh mengahwini wanita negara itu. Wahai kaum lelaki rakyat Malaysia, lepas ini jangan tergoda pula dengan perempuan Indonesia, hantaran mereka lebih mahal woo... setanding dengan harga rumah teres dua tingkat di Bandaraya Ipoh....
Walaubagaimanapun, jika anda membaca perenggan seterusnya, cuba lihat, "suami tidak diminta membayar wang dan isteri yang ditinggalkan terpaksa menanggung diri sendiri". Kita tidaklah hairan sangat dengan bilangan kaum lelaki Malaysia yang mengahwini perempuan Indonesia kerana sepanjang pemerhatian saya, kaum lelaki negara ini amat lemah-lembut melayan perempuan Indonesia... sekurang-kurangnya saya masih belum baca kes isteri berketurunan Indonesia dianiaya suami orang Malaysia. Malah dalam satu kes, ada yang hidup MEWAH hingga diberi jutaan ringgit (kes Mahonara).
Saya tidak mahu fokus isu hantaran warga Indonesia lebih mahal daripada wanita Malaysia,tapi elok juga diwar-warkan, supaya lelaki Malaysia akan berfikir 100 kali sebelum tekad mengahwini wanita warga Indonesia. Apa yang kita AMAT bimbangkan sekarang, entah berapa ramai wanita dari Malaysia yang 'mengikut' suami berketurunan Lombok hidup merana dan teraniaya pula. Kenyataan ini adalah tidak adil jika kaum lelakinya boleh dilepaskan begitu sahaja tanpa perlu menanggung isteri (warga asing). Sepatutnya pemerintah Indonesia lebih peka kepada rakyat lelakinya membuat onar di sini, bukan 'mendidik' kaum lelakinya supaya tidak bertanggungjawap... Harapan saya, pemerintah Indonesia fokus kepada perlakuan buruk rakyatnya yang membuat pelbagai jenayah di sini, termasuk melarikan anak-anak gadis Malaysia, tidak cukup dengan itu, jenayah pukau, rompak, samun, r*g*l, culik, rompakan, judi dll.
Sebagai contoh, cuba kita lihat apa yang berlaku kepada Bella, yang katanya diCULIK dan dibawa lari ke Lombok. Siap kena PAKSA kahwin dan sekarang mengandung 5 bulan dalam usia 15 tahun. Dia sepatutnya belajar untuk PMR, bukan mengandungkan anak warga asing, PATI pula tu... Saya sempat membaca kisahnya yang mengikut jalan gelap ke Lombok, melalui Batam dengan menaiki bot. MengHAIRANkan, bagaimana mereka sewenang-wenangnya dapat memboloskan diri, culik anak dara Malaysia dan bawa lari keluar dari negara dengan senangnya (mcm petik jari aje)? Imigresen TIDUR, kah?!
Apa tindakan pihak berkuasa terhadap penculikan ini? Saya cukup pasti, lebih ramai lagi yang akan diculik, dilarikan dan sebagainya, seandainya pihak berwajib tidak melakukan apa-apa. Suami yang kehilangan isterinya (pulang ke sini semula), tidak mustahil akan menyusup masuk ke sini dan melarikan anak dara orang lain pula... RAPUHnya benteng pertahanan negara kerana sesiapa saja tanpa passport boleh keluar masuk. Saya tidak hairan satu hari nanti Malaysia boleh di'attack' dengan mudah.
Pemerintah Indonesia pula boleh pula pukul canang bertindak melindungi kaum wanitanya, mungkin sebab terlalu banyak kes dera pembantu rumah atau kes Manohara yg terpencil itu, TANPA memperdulikan jenayah yg dilakukan oleh warganya sendiri.
Tak mengapalah, sekurang-kurangnya pemerintah Indonesia bersikap +ve dalam hak-hak kaum wanitanya, tetapi kerajaan Malaysia pula buat apa? Berpeluk tubuh, sambil nyanyi, "Si Luncai terjun dengan labu-labunya, biarkan... biarkan..."
Ahem... esok jangan lupa sediakan jawapan yang 'valid' di Mahkamah Allah ya!
Capaian entry berkaitan :
0 KOMEN:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...