“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Ahad, Januari 11, 2009

Personaliti, ransangan paling hebat

Assalamualaikum warahmatullah,

Ransangan tidak semestinya dikaitkan dengan seks. Apa yang ingin kita kongsi di sini ialah rangsangan 'kekuatan personaliti' pasangan suami isteri. Cuba anda tanya pada diri sendiri, apakah faktor-faktor yang membuatkan anda dan suami serasi, sehati dan sejiwa?

Apakah kerana daya tarikan personaliti masing-masing atau faktor ekonomi yang melibatkan harta benda, atau mungkin faktor alang-alang basah? Mengapa anda berfikir anda harus memperjuangkan perkahwinan anda? Apakah keinginan itu daripada hati atau tekanan orang lain?

Agaknya terlalu bahaya mengorek lebih dalam lagi segala pertanyaan yang meragukan cinta dan perkahwinan anda. Tidak perlulah anda menjawp soalan bergitu. Lebih baik anda dan suami berusaha meyakinkah satu sama lain bahawa anda berdua boleh membina syurga dunia di atas puing-puing kelemahan personaliti.

Sambil anda mengukuhkan dengan ilmu dan akhlak percintaan sejati. Tidak mustahil dua orang yang tidak serasi pada mulanya boleh saling terangsang satu sama lain, jatuh cinta dan tidak dapat berpisah hingga ke akhir hayat. Dan betapa ramainya pasangan yang melekat hebat pada permulaaannya taetapi di hujung cerita, mereka akhirnya bercerai-berai. Mesti ada satu kuasa yang boleh menciptakan kebahagiaan sebuah perkahwinan.

Percayalah, kebahagiaan perkahwinan amat bergantung kepada daya tarikan personaliti anda dan suami. Percayakah anda pada kecantikan dalaman yang bergitu abstrak, tapi realitinya ia boleh membuat suami jatuh cinta?

Daya tarikan personaliti anda di mata suami

1. Pandai mencipta suasana tenang dan selesa, gembira dan ceria

Rasulullah SAW bersabda yang bermasud, "Merupakan suatu kebahagiaan apabila kamu memiliki isteri yang solehah, jika engkau memandangnya, dia menyenangkanmu. Jika engkau meninggalkannya, dia menjaga diri dan hartamu. Dan kecelakaanlah mempunyai isteri yang engkau pandang kepadanya dia mengecewakanmu, kata-katanya menyakitimu dan jika engkau pergi, dia tidak menjaga diri dan hartamu." (Hadis riwayat Ibnu Hibban dan dinilai sahih oleh al-Albani)

Kadang-kadang isteri berpendapat, suami harus melayannya, mendengar keluhannya, meringankan bebannya, menghibur dan menolongnya menjaga anak-anak. Memang begitulah gambaran suami yang ideal. Sedia berkhidmat untuk keluarga. Apatah lagi ada hadis yang menyatakan, dari Al-Aswad bin Yazid: Aku bertanya kepada Aishah r.a, “Apakah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW di rumahnya? Aishah menjawab, Beliau membuat tugas keluarganya, iaitu membantu kerja keluarganya, maka apabila masuk waktu sembahyang beliau pun keluar untuk bersembahyang.” (Hadis riwayat Al-Bukhari). Kaum lelaki digalakkan membantu dalam kerja-kerja rumah tangga di samping tidak mengabaikan ibadat dan peranannya di dalam masyarakat. Contoh pemimpin yang baik ialah mereka yang dapat melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga (rumah tangga) dan negara dengan baik dan sempurna.

Tetapi, ada kalanya suami perlukan ketenangan, kerehatan dan layanan isteri yang menyentuh jiwanya. Tidak ada yang lebih nikmat daripada secawan teh panas dan roti bakar yang dihidangkan isteri dengan wajah ceria ketika suami pulang dari pejabat dalam keadaan lapar dan dahaga.

Paling membahagiakan lagi, isteri membawa cerita yang baik-baik sambil memicit bahu suami yang kepenatan. Rasanya kehebatan isteri belum sempurna tanpa kepandaian mengurut. Teknik sentuhan pada bayi saja telah diuji boleh menyembuhkan penyakit, inikan pula pada suami anda. Bukan hanya anak mahu bermanja, bahkan isteri dicipta Tuhan untuk memberi ketenangan kepada suaminya.

Firman Allah SWT yang bermaksud, "Dan di antara tanda-tanda kekuasaaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir." (Surah Al-Ruum, ayat 21)

2. Kata-kata dan hati yang lembut

Rangsangan hebat yang kedua dari personaliti anda ialah pujukan, rayuan dan usikan manja kepada suami. Intonasi suara atau lenggok suara pun berseni, jika merajuk pun seksi apatah lagi pada saat-saat yang romantik. Keindahan bahasa mampu menggetarkan hati orang yang mendengar, menghilangkan kerisauan orang yang tertekan, memberi cahaya terang pada yang buntu dan menghiburkan dia yang berduka. Tidak perlu menjadi sasterawan untuk runtuhkan hati suami. Banyaklah berzikir kepada Allah SWT supaya yang keluar dari lidah andapun kata-kata yang baik belaka. Lidah dan hati saling berkait rapat antara satu sama lain. Kebaikan lidah adalah bergantung kepada kebaikan hati. Hati yang kosong dan lalai akan melahirkan lidah yang bengis dan tajam. Hidupkanlah lidah dengan ibadah yang wajib dan berusaha menambah nilai keutamaan diri anda dengan amalan sunnah.

Nescaya Allah akan mencintai anda, jika Allah mencintai anda maka seluruh makhluk akan jatuh cinta pada personaliti anda, termasuk cinta agung yang hanya dimiliki oleh seorang yang bernama suami.


3. Menghias diri dengan 3S (syukur, sabar dan semangat)

Apa akan jadi bila para isteri tidak meiliki sifat syukur kepada Allah SWT dan suaminya? Semua serba tidak cukup, menagih apa yang suami tidak mampu, mempengaruhi suami melakukan yang haram untuk mencukupi keperluan hidup yang sengaja dilambung. Akhirnya suami menipu, mengambil harta yang haram dan menzalimi orang lain semata-mata untuk membahagiakan isteri.

Bagaimana pula keadaan rumahtangga apabila seorang isteri kurang sabar? Suami diterajang, anak-anak disumpah seranah, kerja-kerja rumah diabai, suami 'dihamba-kulikan' dan lain-lain. Isteri sebegini hatinya terseksa oleh keadaan yang tidak pernah memuaskan. Satu perkataan yang sering keluar dari mulutnya, "Aku tak puas hati!" Padahal Allah Taala telah mengtakdirkan bahawa segala apa pun yang ada di dunia ini tidak boleh memuaskan manusia sehinggalah mulutnya disumbat sekepal tanah nanti (di dalam kubur)!

Dari Anas r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda: "Andai kata manusia itu telah mempunyai harta benda sebanyak dua lembah, mereka masih ingin untuk mendapatkan satu lembah lagi. Tidak ada yang dapat mengisi perutnya sampai penuh melainkan hanya tanah (maut) dan Allah menerima taubat orang yang taubat kepada-Nya." (Hadis sahih riwayat Muslim)

Kalau mahu puas hati juga, pergilah ke syurga, barulah dapat kepuasan yang sebenar. Selagi anda di dunia, jangan harap anda mendapat kesempurnaan nikmat. Itulah hakikat! Maka, bersabarlah.

Ransangan personaliti yang terakhir ialah semangat yang membara demi kebahagiaan keluarga, rela bersusah-payah, bahu membahu bersama suami. Itulah kecantikan personaliti sejati.

Renung-renungkan!




Sumber :
Dr Hj Juanda Hj Jaya

Capaian entry berkaitan :
  1. Personaliti, ransangan paling hebat
  2. 3 S untuk wanita hidup bermadu
  3. Tiga sikap buat wanita tampak hodoh


0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails