“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Jumaat, Januari 09, 2009

Membelai anak disleksia

KANAK-KANAK yang mengalami disleksia memerlukan perhatian khusus dari segi pembelajaran kerana sindrom yang dialaminya mampu merencatkan kebolehan membaca, menulis dan mengira sehingga jauh lebih rendah daripada tahap kebolehan sebenar.


SEREMBAN 8 Jan. - Jika dilihat pada wajah kanak-kanak ini, mereka seperti manusia biasa dan tiada apa yang hendak dibimbangkan.

Tetapi selepas didekati dan diperhalusi perwatakan mereka ternyata kanak-kanak ini mempunyai keistimewaan yang memerlukan pemerhatian lebih dalam proses pembesaran serta pembelajarannya.

Mereka merupakan insan yang mengalami sindrom disleksia atau berhadapan masalah pembelajaran iaitu membaca, menulis dan mengira (3M), malahan boleh sehingga sukar memahami dan mengeja.

Presiden Persatuan Jagaan Kanak-Kanak Disleksia Seremban, Pazilan Abd. Hadi berkata, kanak-kanak yang menghidap sindrom disleksia ini sebenarnya kelihatan normal tetapi mereka menghadapi masalah kesukaran untuk melaksanakan kaedah 3M.

''Kita dapati kanak-kanak ini lemah dan sukar menggabungkan huruf, teragak-agak semasa membaca, gagal mengenal perkataan lazim serta tiada ekspresi dalam pembacaan," katanya di sini hari ini.

Tambahnya, setakat ini, terdapat 80 pelajar berumur daripada empat hingga 16 tahun yang mengikuti program di persatuan ini untuk membantu mereka dalam pembelajaran.

''Program yang disediakan di sini merangkumi teknik pembelajaran (one to one) dalam pembacaan, kefahaman, pertuturan bahasa Melayu serta bahasa Inggeris dan motoskil untuk ketajaman minda," katanya.

Jelas Pazilan, persatuan ini telah ditubuhkan pada bulan November 2008 dengan berkonsepkan pembelajaran untuk memberi sinar harapan kepada kanak-kanak istimewa ini serta ibu bapa mereka.

''Kita perlu membelai anak-anak ini seperti insan biasa kerana mereka bukannya lemah tetapi menghadapi masalah pembelajaran.

''Contohnya dalam penulisan, mereka sering keliru dengan perkataan 'b' dengan 'd', 'p' dan 'g' serta 'n' dan 'u'. Begitu juga dalam membuat ayat selalunya terbalik seperti 'bagi untuk pagi' dan 'subu untuk sudu'," jelasnya.

Dalam aspek angka pula, kata Pazilan, kanak-kanak disleksia seringkali keliru dengan turutan nombor serta sukar untuk mengingatkan angka darab dan nombor telefon.

''Dari segi kemahiran kanak-kanak ini juga berhadapan keterbatasan, sering keliru untuk membezakan sama ada kiri mahupun kanan, begitu juga dalam menentukan pemilihan objek dengan tangan kiri atau kanan," kata Pazilan.

Satu lagi perkara yang unik terhadap kanak-kanak istimewa ini ialah mereka mudah mengalihkan perhatian kepada perkara lain serta sukar menyalin di papan hitam, mahupun menyiapkan kerja sekolah.

''Setiap ibu bapa perlu mengambil langkah proaktif sekiranya mendapati anak mereka mempunyai sindrom ini kerana ia boleh memberi impak kepada kehidupan kanak-kanak istimewa ini pada masa akan datang.

''Biarpun dari segi fizikal mereka ini tidak mempunyai sebarang masalah, tetapi dari segi mentaliti mereka mempunyai banyak kelemahan jika dibandingkan dengan anak-anak normal," katanya.

Pazilan menasihatkan ibu bapa supaya melihat perkembangan anak-anak ini ketika usia empat tahun kerana di situlah perkembangan disleksia boleh dikesan.

''Bawalah mereka berjumpa dengan pakar kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai disleksia ini kerana mereka juga boleh berjaya seperti kanak-kanak lain," jelasnya.

Sumber: UtusanOnLine 09/01/2009

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails