“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Khamis, Januari 08, 2009

Dilema anak takut ke sekolah

ANAK takut ke sekolah kerana beranggapan berjauhan dengan ibu bapa walau seketika akan menjarakkan jurang kasih sayang antara mereka.– Gambar hiasan

ISNIN lalu, lalu lintas agak lengang terutama di sekitar ibu negara apabila ramai ibu bapa mengambil cuti untuk menghantar anak-anak ke sekolah.

Maklum sahajalah, hari pertama persekolahan yang pastinya membuat ibu bapa dilanda keresahan apabila mengenangkan pengalaman pertama anak-anak melalui alam persekolahan.

Ini juga bermaksud anak-anak yang sejak kecil diasuh dan dimanjakan di rumah terpaksa belajar berdikari, mengasah kemahiran bersosial serta menguji kematangan berinteraksi dalam bilik darjah.

Pun begitu sebilangan kanak-kanak berusia 6 dan 7 tahun masih belum dapat menerima alam persekolahan sebagai suatu proses pembelajaran normal.

Akhirnya mereka membuat perangai dengan harapan dapat dibawa pulang ke rumah, tempat di mana mereka berasa selesa dan selamat.

Keadaan ini mengakibatkan ibu bapa terpaksa menunggu anak-anak di luar kelas sehingga waktu rehat dan kadang kala sehingga tamat sesi persekolahan agar anak-anak tidak menangis atau mengamuk kerana bimbang ditinggal sendirian.

Lebih mengharukan apabila ‘drama air mata’ ini berlarutan hingga berhari-hari menyebabkan ibu atau bapa terpaksa bertunggu-tangga di sekolah semata-mata anak mahu melihat kelibat ibu bapa ada di situ.

Menurut Ketua Perunding Psikologi Pusat Psikologi Malaysia Sdn. Bhd. (MPC), Dr. Edward Chan, hubungan kekeluargaan yang erat memainkan peranan penting dalam memastikan anak cukup matang dan bersedia untuk menempuhi alam persekolahan.

Beliau menyifatkan, anak-anak yang berasa kurang yakin terhadap hubungan mereka dengan ibu bapa boleh mencetuskan perasaan benci atau malas untuk ke sekolah.

‘‘Kurangnya masa berkualiti dengan keluarga mengakibatkan anak berasa takut pergi ke sekolah kerana perpisahan itu akan menjarakkan lagi jurang kasih sayang antara mereka.

‘‘Sebaliknya, anak yang rasa yakin dengan hubungan itu akan menjadi lebih matang dan berdikari untuk berjumpa rakan-rakan serta mempelajari perkara baru di sekolah,’’ katanya.

Dr. Edward berkata, ibu bapa perlu menangani masalah yang timbul dengan kaedah yang betul bagi mengenal pasti punca permasalahan dialami anak-anak kerana bimbang keadaan menjadi lebih teruk.

Jelas beliau, keengganan anak ke sekolah itu mungkin disebabkan masalah pembelajaran, diejek rakan-rakan sebaya, bebanan kerja sekolah, trauma dimarahi guru di depan khalayak ramai atau mungkin kanak-kanak berkenaan menghidap disleksia.

Katanya, MPC kini sedang mengendalikan beberapa kes membabitkan kanak-kanak berusia 6 dan 7 tahun yang mengalami kesukaran ke sekolah sehingga salah seorang langsung tidak ke sekolah selama setahun.

Setelah dikaji rupa-rupanya kanak-kanak perempuan terbabit mengalami disleksia dan sukar menumpukan perhatian terutama subjek Matematik sehingga menimbulkan perasaan negatif dan tidak yakin terhadap diri sendiri.

Sebaliknya apabila kanak-kanak itu di rumah, dia akan menunjukkan reaksi gembira bermain dengan anjing, komputer dan menemani ibunya ke mana sahaja.

Satu lagi kes melibatkan kanak-kanak lelaki yang menangis setiap kali disuruh menghadiri perhimpunan. Selepas dihantar ke MPC barulah kanak-kanak itu belajar mengawal emosi dan meluahkannya menerusi cara yang sihat. Kini dia sudah kembali ke sekolah dan mempunyai ramai kawan.

‘‘Kebanyakan sekolah masih mengamalkan pendekatan cara lama mendisiplinkan kanak-kanak dengan memarahi mereka di khalayak ramai.

‘‘Sedangkan anak-anak ini memerlukan bantuan dan sokongan moral dari guru serta rakan-rakan sebaya bagi membiasakan diri dengan persekitaran yang baru bagi mereka,’’ ujarnya.

Tambah beliau lagi, jurang kematangan kanak-kanak tidak semestinya bergantung kepada pengalaman mereka bersekolah tadika sebelum ini. Sebaliknya, ia bergantung kepada keberkesanan ibu bapa menangani tingkah laku mereka di rumah apabila mereka berperangai baik mahupun nakal.

Penjelasan yang dibuat dengan betul, terang dan berulang kali mampu membuatkan anak faham mengenai kesan perbuatan yang dilakukannya.

Begitu juga dengan hukuman yang dikenakan apabila mereka berbuat salah tanpa menjejaskan semangat dan motivasi mereka untuk terus meneroka perkara-perkara baru.

Beberapa cara untuk mengenal pasti sekiranya anak dilanda masalah di sekolah termasuk berubah sikap menjadi pendiam, menyendiri dan hilang minat terhadap sesuatu.

Kanak-kanak yang tiba-tiba bertukar agresif seperti suka memukul, menyakitkan adik beradik atau menjadi terlampau hiperaktif juga berkemungkinan menghadapi kesukaran menyesuaikan diri di sekolah.

Bermula Februari hingga Jun depan, MPC akan menganjurkan seminar yang menyentuh isu berkaitan pengurusan masalah dihadapi ibu bapa apabila anak-anak mula bersekolah.

Antara topik yang diutarakan termasuk punca anak enggan ke sekolah’ pada 26 Februari, masalah pembelajaran dan disleksia di kalangan anak-anak (23 Mac), menangani masalah sosial kanak-kanak (21 Mei) dan mengendalikan pembuli di sekolah (25 Jun).

Seminar itu akan diadakan di Malaysian Psychology Centre Sdn. Bhd. (MPC) No. 25-1, Jalan Desa, Taman Desa 58100 Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut atau mendaftar sebagai peserta seminar, kunjungi laman web www.psychology.com.my atau hubungi Pusat Psikologi Malaysia Sdn. Bhd. di talian 03-79824424.

Sumber: UtusanOnLine 08/01/2009

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails