ANDA hanya menyemarakkan api yang menyala jika berterusan menyerang pasangan di saat hubungan tidak keruan. Dalam sesebuah perhubungan, ada pasang surutnya. Bahkan pasangan yang dilihat begitu mesra, romantis dan saling berkasih sayang boleh berantakan hanya kerana salah faham atau munculnya orang ketiga.
Apabila hubungan semakin intim atau kebahagiaan mula dikecapi, jagalah hati pasangan. Barangkali anda lebih disenangi pasangan kerana di saat bertengkar, anda lebih banyak mengalah demi menyelamatkan perhubungan. Jangan fikirkan untuk menikmati saat bahagia saja sedangkan terlupa menelah ribut yang tiba-tiba melanda perhubungan.
Sebaiknya ketika pasangan sedang menyinga, anda harus reda dan memberi ruang untuk berfikir sejenak jika mahukan hubungan berdua kembali seperti sebelumnya. Barangkali petua berikut ini mampu menangani sebahagian besar masalah yang dihadapi:
- Hubungan tidak terjamin lagi- Wanita tertarik dengan lelaki yang penuh karisma dan keyakinan. Andai anda sendiri berasa kurang yakin malah sesekali berasa cemburu dengan status kerjaya dan gajinya yang tinggi, pasti mereka mulai menghindari anda. Jika ada perasaan sebegitu, sebaiknya anda kawal hati dengan sebaiknya. Tidak salah andai gaji mereka lebih besar daripada anda.
- Suka dengan (nama wanita lain) - Jangan beritahu mereka mengenai isi hati anda ini lebih-lebih lagi jika anda seorang lelaki yang mudah tertarik dengan mana-mana wanita cantik.
- Simpan rahsia kelemahan anda - Jika anda lelaki yang takutkan labah-labah mahupun cicak, simpan rahsia itu sebaiknya supaya tidak diketahui si dia. Biarkan mereka tahu rahsia anda secara semula jadi iaitu sepanjang berhubungan dengan anda.
- Bandingkan dirinya dengan teman wanita terdahulu - Wanita tidak suka dibandingkan dengan perempuan lain terutama hal yang buruk. Jika anda berbuat begitu, anda sebenarnya menempah satu hubungan yang singkat.
- Jangan jadi anak emak - Beberapa kali dalam sehari anda menghubungi ibu anda? Jika jawapannya kerap, sebaiknya kurangkan sedikit. Wanita tidak suka berasa seperti sedang berebutkan diri anda daripada ibunya. Jadi simpan rahsia diri sekemas-kemasnya.
- Anda punyai hobi yang pelik - Anda mungkin pengumpul barangan Transformer atau jam antik tegar dan menjadi teruja apabila melihat telur cicak. Tetapi anda perlu sedar, apakah mereka dapat menerima hobi pelik anda itu? Jangan pula berlagak baik dengan memberitahu perkara sebenar kepada mereka. Peluang untuk anda ditinggalkan adalah lebih tinggi sebenarnya.
- "Saya tidak berkenan awak berkawan dengan... (kawan perempuannya)" - Jangan sesekali merendah-rendah atau memperlekehkan temannya. Sebaiknya beritahu perkara yang baik saja mengenai mereka. Anda baru saja bersama dengannya sedangkan teman mereka sudah mengenali teman wanita anda sejak sekian lama. Siapakah yang lebih mengenali teman kekasih anda itu? Pastinya anda tidak dalam senarai di atas.
- Anda sudah melakukan sesuatu yang memalukan sebelum ini. Anda fikir inilah masa yang sesuai untuk membuktikan kejujuran dengan mendedahkan perkara sebenar. Sebenarnya pasangan anda tetap tidak dapat menerima anda pernah menduakannya. Walaupun wanita menyatakan mereka tidak berasa apa-apa, sebenarnya sesetengah mereka tebal dengan sifat dendam dan akan terus mengingati perkara itu sampai bila-bila. Berhati-hati apabila mahu melepaskan beban yang anda tanggung.
- Anda tertarik dengan teman baiknya yang sangat seksi. Jika anda fikir teman baiknya itu kelihatan seksi, jangan beritahu perkara sebenar walau dengan nada bergurau sekalipun. Tidak mungkin pasangan anda berasakan itu satu gurauan, malah mereka akan berasa marah dan terluka. Dalam jangka masa panjang, kepercayaan mereka terhadap anda sedikit terhakis. Jangan sesekali fikir mereka kuat menghadapi kenyataan anda. Hakikatnya mana-mana perempuan tidak sekuat itu. Jadi jangan ambil risiko.
0 KOMEN:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...