“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Jumaat, Januari 02, 2009

Sekolah satu sistem asas bangsa Malaysia Baru

Selepas entry Kaum Cina Akur Sistem Pendidikan Indonesia, di sini disertakan lagi satu artikel berkenaan sistem pendidikan di Malaysia, yang saya kira ada banyak kebenarannya.


Sekolah satu sistem asas bangsa Malaysia Baru
Oleh Mohad, Hulu Kelang, KL

SEBENARNYA, mahu atau tidak, kita perlu akui bahawa pemimpin terdahulu telah membuat satu kesilapan dengan membenarkan sekolah vernakular sejak selepas merdeka lagi. Ini bermakna anak kaum Cina berada di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SRJKC) sementara anak kaum Tamil di sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil (SRJKT) dan anak kaum pribumi selesa di sekolah kebangsaan (SK).

Fenomena ini mengakibatkan sikap prejudis, prasangka sebenarnya telah disemai di kalangan anak-anak Malaysia sejak awal sekolah rendah lagi. Apabila mereka berada di sekolah menengah dan universiti, buktinya amat jelas, pelajar kurang berinteraksi antara pelbagai kaum. Malah mereka mempunyai kelompok kaum tersendiri.

Pelajar Cina dengan pelajar Cina, pelajar India dengan pelajar India, pelajar Melayu dengan pelajar Melayu dan ini tidak membantu kerajaan dalam membentuk perpaduan nasional yang mantap.

Ini kerana anak-anak tidak didedahkan dengan sikap hormat-menghormati dan mengenali budaya antara kaum sejak kecil lagi. Dalam hal ini, saya amat bersetuju dengan pendapat Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang mencadangkan satu sistem persekolahan diwujudkan di negara ini.

Kepada rakan-rakan kaum Cina dan India, janganlah beranggapan sistem ini akan menghilangkan identiti bahasa ibunda anda. Ini kerana dalam sistem satu persekolahan ini, martabat bahasa anda akan lebih dihormati kerana pelajar kaum Melayu juga akan diberi peluang mempelajari bahasa ibunda anda.

Alangkah baiknya dengan wujudnya sistem satu persekolahan ini dan menjelang 2020, rakyat Malaysia boleh menguasai bahasa Malaysia (Melayu), bahasa Mandarin, bahasa Tamil dan juga bahasa Inggeris dan sekali gus, matlamat mencapai bangsa Malaysia Baru akan lebih mudah tanpa mengubah identiti kaum masing-masing.

Saya sendiri berasa amat rugi kerana tidak berpeluang mempelajari bahasa Mandarin dan bahasa Tamil di alam persekolahan dulu walaupun belajar bersama di bawah satu bumbung.

Kepada pihak badan bukan kerajaan (NGO), ahli-ahli parti politik yang lantang ingin membina Malaysia Baru, mengapa pula menolak cadangan ini? PKR contohnya, adakah takut sokongan anda di kalangan kaum bukan Melayu akan terjejas?

Menghalang

Bukankah cadangan ini amat bernas dan selaras dengan slogan parti anda? Kalau PKR atau parti pembangkang lain menolak, nyata sungguh bahawa mereka adalah virus atau parasit utama yang menghalang perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.

Kepada segelintir ahli parti UMNO sendiri yang masih prejudis, ingatlah mahu atau tidak, kita perlu mengakui bahawa kita perlu menerima semua kaum yang hidup di negara ini sebagai satu bangsa Malaysia yang baru dan merdeka walaupun hakikatnya hak istimewa orang Melayu, raja-raja dan agama Islam sebagai agama rasmi negara akan tetap utuh di dalam Perlembagaan negara.

Dengan satu sistem persekolahan juga, anak-anak akan dapat belajar dan bermain bersama. Ini akan menyemai bibit-bibit perpaduan tanpa sikap prejudis. Ia akan lebih berkesan lagi, sekiranya mata pelajaran Sejarah diperkenalkan di awal sekolah rendah lagi.

Mereka perlu dikenalkan dengan sejarah awal negara, pahitnya tragedi 13 Mei 1969, sistem Perlembagaan negara dan perlunya hidup bersama sebagai bangsa Malaysia yang bersatu padu.

Akhir kata, cuba renungkan sejenak peribahasa Melayu, 'tak kenal maka tak cinta'. Maknanya, macam mana kita hendak mengenali budaya dan hati budi masing-masing kalau kita tidak mahu mempelajari bahasa kaum lain.

Peniaga kaum Cina misalnya, tentu amat berbesar hati sekiranya pembeli kaum Melayu berbahasa Mandarin di hadapan mereka, sudah tentu juga mereka berbesar hati berbahasa Melayu dan harga jualan pun boleh dikurangkan tanpa prejudis.

Fikir-fikirkan rakyat Malaysia.

Sumber: UtusanOnLine 10/12/2008

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails