Pernahkah anda mendengar kata-kata seperti ini, “Aku memerlukan (atau menikahi) seseorang yang dapat mengubah diriku/sikapku…” Saya kira ayat seperti ini pernah kita dengari, jika tidak secara live, mungkin pernah dengar dalam drama di televisyen atau membaca di novel/cerpen dan sebagainya. Benarkah kita boleh merubah seseorang? Ironinya, saya tidak yakin seseorang itu boleh diubah (perangainya) atas pengaruh seseorang yang lain. Perubahan cuma akan berlaku jika seseorang itu:
- Mahu melakukan perubahan (self-motivated).
- Atas keinsafan dan kesedaran diri sendiri, ia cuma akan hadir daripada ilmu yang diperolehi, kefahaman daripada ilmu itu dan amalan terhadap ilmu.
- Diberikan ‘hidayah’ oleh Allah SWT untuk berubah
“Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan (bala bencana) terhadap sesuatu kaum (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tak ada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya; dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripada-Nya.”
(Surah Ar-Ra’d, ayat 11)
“Yang demikian (siksaan) itu adalah kerana sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan merubah sesuatu nikmat yang telah dianugerahkan-Nya kepada sesuatu kaum, hingga kaum itu merubah apa yang ada pada diri mereka sendiri, dan sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
(Surah Al-Anfaal, ayat 53)
Jika kita diperlukan untuk mengubah seseorang, kita perlu fikirkan sedalam-dalamnya, adakah kita benar-benar boleh memberi aura kepada seseorang untuk berubah? Usaha yang bersungguh-sungguh, berterusan tanpa mengenal erti jemu, payah, bosan dan putus-asa disamping berdoa kepada-Nya, mungkin suatu hari nanti dia akan berubah, dengan izin-Nya.
Tetapi cuba kita lihat, apakah peratusan isteri yang boleh mengubah perangai suaminya? Angkanya sangat-sangat rendah, mungkin tidak sampai 1% pun. Tidak percaya? Cuba tanya:
- Berapa ramai isteri yang telah berjaya memberhentikan tabiat merokok suaminya?
- Berapa keratkah yang boleh meninggalkan tabiat judi/kaki botol?
- Berapa ramai suami yang rajin sembahyang atau berapa ramaikah yang ke masjid/surau atau majlis-majlis ilmu, setelah diajak/nasihati isteri?
Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud, “Sekiranya Allah memberi hidayah kepada seseorang dengan sebab usaha kamu lebih baik kepada kamu daripada dunia dan segala isinya.”
Amat sukar sebenarnya untuk menubah orang lain tetapi kita boleh mengubah diri kita sendiri. Saya sering membaca kisah-kisah rumahtangga yang bermasalah, seperti suami malas kerja, malas sembahyang, kaki judi/botol, tidak bertanggungjawap memberi nafkah dan berbagai-bagai lagi. Seringkali juga saya memberi nasihat kepada isteri-isteri yang teraniaya ini, adakah anda mahu terus-menerus dianiaya? Adakah anda mahu terus bergelumang dengan masalah yang tiada titik penyelesaian? Tidakkah anda mahu mengecap kebahagiaan? Sekali-sekala kita kena berlaku KEJAM supaya kita tidak MENZALIMI diri kita sendiri!
Semoga Allah memberi rahmat dan hidayah kepada hamba-hambanya. Ameen.
Fikir-fikirkanlah!
Salam,
BalasPadamsekali-sekala kena berlaku kejam...... susah tu puan bawang
tapi mungkin ada perlunya juga berlaku kejam bagi yang teruk teraniaya...
cuma tahap kejamnya tu bagaimana...
Zaman dah berubah, dunia dah maju...
BalasPadamKejam tu janganlah sampai ke tahap membunuh/simbah asid/bakar pulak... hu... hu...
Salam,
BalasPadamSaya setuju sangat dengan pendapat Puan Bawang ni. Memang setelah saya amati keadaan sekeliling bersama-sama membesarkan anak2 dan memegang jawatan isteri dan anak dan menantu dan individu didalam masyarakat...memang kita tak ada kuasa nak mengubah orang. Orang pun tak ada kuasa nak ubah kita...
Agaknya sebab tulah kita ni hanya boleh mengingatkan dan menasihati... nak paksa tu macam mana...ubah depan mata bolehlah... belakang kita dia buat juga kalau dia masih tak nak berubah...hehehehe...
thanks bawang goreng
BalasPadamrencana yg kamu hantar berjaya membuka minda ku dalam membuat pilihan
syabas
salam,
BalasPadampertama kali membaca blog ni,bleh saya tnya, bawang goreng ni,aishah fauthan dr uniten ke?
Salam Atuk,
BalasPadamSaya produk UM (AAJ-RPKJ10). Nama 'atuk' same mcm x-mate kat UM dulu.