“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Ahad, Julai 01, 2012
Romantik itu sunnah Rasulullah
Susunan :
Bawang Goreng
pada
7/01/2012 07:24:00 PTG
SIFAT romantik bukan eksklusif dilakukan dalam budaya
masyarakat Barat. – Gambar hiasan
SIAPA suami pilihan anda? Percaya atau tidak, antara kriteria
suami pilihan para gadis ialah lelaki yang romantik. Bagi kebanyakan lelaki pula,
romantik biasanya hanya ketika usaha memikat, tetapi bila si dia sudah menjadi
miliknya, romantik terus hilang.
Apabila isteri bersuara, kerap
lelaki ini memberi alasan: "Romantik apanya, tak perlu nak jadi orang
Baratlah!".
Ini antara tanggapan kebanyakan
lelaki Malaysia khususnya lelaki Melayu. Hakikatnya, romantik bukan sikap orang
Barat, bukan juga budaya hero Hindi sebaliknya romantik, bersikap baik dan
melayan isteri dengan lembut adalah sunnah Rasulullah SAW.
Isteri rasa dihargai
Malu memegang tangan isteri?
Kenapa perlu malu? Saya akui, budaya ini memang agak asing bagi masyarakat
kita. Kenapa jadi asing? Sebab kita tidak membiasakan diri kita melakukannya.
Setiap isteri mendambakan suami
yang romantik. Tidak perlu berikan bunga setiap hari, bukan harapkan hadiah
yang menghabiskan gaji. Memadailah cara anda membelai, tingkah anda merayu.
Sikap anda memberi perhatian juga diinginkan selain pelukan dan ciuman kasih
sayang malah luahan rasa cinta.
Pakar psikologi pernah
mengatakan, pengucapan cinta satu kali sehari akan memanjangkan usia. Kenapa?
Apakah kaitan pengucapan cinta dengan panjangnya usia?
Sebenarnya, maksud pendapat
tersebut adalah ucapan cinta akan membuatkan diri orang yang menerimanya rasa
disayangi dan dihargai lantas akan membuahkan seribu rasa kegembiraan dan
kebahagiaan. Rasa gembira dan bahagia pula membuatkan seseorang ingin terus
hidup bagi terus menikmati kebahagiaan tersebut.
Contoh Rasulullah
Menurut riwayat, Rasulullah SAW
sering mengucup isteri baginda dengan penuh rasa kasih sayang. Rasulullah SAW
pernah mencium isterinya sebelum pergi menunaikan solat di masjid. Aisyah RA
berkata yang bermaksud: "Rasulullah pernah mencium salah seorang isteri
baginda, lalu berangkat menunaikan solat tanpa memperbaharui wuduk." (Hadis riwayat Abu Daud)
Walaupun hadis itu menjadi hujah
atau perbincangan dalam hukum wuduk, namun tujuan saya mengemukakan hadis ini
ialah untuk mengetengahkan kepada umum tentang sikap romantik Rasulullah SAW.
Saya tahu, memang ramai yang mencium isteri tapi berapa kalikah anda mencium
isteri anda dengan penuh kasih sayang, bukan sekadar ciuman selamba atau ciuman
penuh ghairah?
Aisyah RA berkata: "Aku
biasa mandi berdua-duaan bersama Rasulullah SAW menggunakan satu bekas
air." (Hadis riwayat al-Bukhari)
Pernahkah anda berbuat demikian?
Berapa kerap? Baginda juga sering memanggil isterinya dengan panggilan yang
indah dan disukai oleh isterinya. Baginda memanggil Aisyah RA dengan gelaran
Humaira' yang bermaksud putih kemerah-merahan, bertujuan memuji kecantikannya.
Rasulullah SAW juga memanggil Aisyah dengan nama yang digemarinya iaitu Aisyah.
Lantas, ciumlah isterimu wahai
para suami! Lafazkanlah kata-kata cinta. Panggillah isteri anda dengan
panggilan disukainya. Berkongsilah makanan dan minuman anda.
Sentiasalah luangkan masa
bersamanya malah banyak perkara lain yang boleh anda lakukan bagi membuktikan
anda benar mencintai dan menghargai isteri anda. Apabila isteri rasa dihargai,
dia bukan sahaja sanggup berikan layanan istimewa malah sanggup menggadaikan
hidupnya demi suaminya.
Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud: "Sesungguhnya orang yang paling baik antara kamu semua adalah
orang yang paling baik terhadap isterinya dan aku adalah orang yang terbaik
antara kamu semua (dalam membuat kebaikan) terhadap isteriku." (Hadis
Riwayat al-Tirmizi)
Sebenarnya, cinta dan kasih
sayang bukan sesuatu yang tegar dan keras seperti batu. Malah, batu juga boleh
pecah dan hancur dek titisan air yang berulang kali. Sama juga dengan cinta dan
kasih sayang. Seorang lelaki dan seorang perempuan perlukan cinta untuk bersama
sebagai suami isteri. Untuk terus kekal sebagai suami isteri juga perlukan
cinta.
Cinta bukan sekadar perasaan yang
disimpan lama tetapi cinta perlu dihangatkan setiap masa dan ketika. Menjadi
seorang suami malah isteri juga, rasa cinta perlu ditunjukkan setiap masa dan
ketika.
Bersikap romantik merupakan
antara cara meluahkan rasa cinta anda. Sebelum terfikir mahu melaksanakan
sunnah Rasulullah SAW dengan poligami, apa kata usahakan untuk laksanakan
sunnah baginda dengan bersikap romantik terlebih dahulu dengan isteri yang ada!
Pasti boleh!
Sumber : Kosmo!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 KOMEN:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...