Assalamualaikum warahmatullah,
Sesabar manakah anda mendampingi pasangan? 10, 20 atau 30 tahun taat mengabdikan diri dengan setia? Beratus, beribu atau berjuta kali ditegur, dinasihati hingga dimaki? Sentiasa bersedia untuk disakiti, mendengar luahan hati pasangan yang mengatakan anda tidak berguna, sia-sia dan tidak berharga?
Sesabar manakah hati anda menelan kesilapan pasangan untuk kesejuta kalinya, semakin ditegur semakin tidak memahami kemahuan anda, jika didiamkan semakin menjadi-jadi. Jadi, bagaimana anda menghadapi kelemahan pasangan dengan jiwa yang tenang?
1 – Fokus kepada kelebihannya
Boleh jadi jika dihitung prestasi pasangan sehalus-halusnya tentang sikap yang baik dan buruk, mungkin hanya satu keburukan di antara seratus kebaikannya. Tapi sayang, kerana tidak mampu menahan marah, semua kelebihan pasangan tertutup dengan satu kesilapan sahaja.
Kalaulah suami sentiasa mengingati kebaikan isteri, tidaklah tergamak hati untuk memarahinya kerana gulai yang terlebih kurang masin sedangkan air matanya tidak pula kita kira saat menghiris bawang, berdiri selama dua jam dan menghadap bahang kepanasan di dapur menyediakan makan malam dan terpaksa menghabiskan kerja rumah sehingga larut malam sementara kita tidur seenaknya seperti ular sawa kekenyangan lagaknya.. :">
Begitu pula isteri yang suka merungut dan meminta kemewahan yang tidak dimiliki suami, janganlah merendahkan maruahnya sedangkan makan minum keluarga telah dilunasi, tempat berteduh sudah pun dilindungi dan pakaian serta perhiasan telah diberi apa lagi nikmat Tuhan yang mahu diingkari? Padahal suami sudi berkorban nyawa demi anak-anak dan isteri.
Benarlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Demi Dzat yang diriku ada di tangan-Nya, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman dan kamu tidak beriman sehingga kamu mencintai saudaramu. Mahukah kamu aku (nabi) tunjukkan sesuatu yang apabila kamu melakukannya maka akan lahirlah kasih sayang? Sebarkan salam di antara kamu.” (Hadis riwayat Muslim dari Abu Hurairah)
Syurga dunia dan akhirat boleh kita rasa dengan mencintai tanpa syarat bahawa si dia haruslah sempurna di mata kita. Tuhan pun tidak menentukan syarat supaya kita sempurna menjadi hamba-Nya. Bukankah pasangan anda juga manusia seperti anda, jadi banyakkanlah mengingati kelebihannya kerana anda pun sebenarnya sama saja.
2 – Dia lemah tidak bermakna anda lebih baik
Saat menahan geram X( menghadapi perangai pasangan, kadang kala kita lupa si dia pun sering merasai perasaan yang sama seperti kita. Kelemahan dia tidak bermakna kita lebih baik daripadanya. Boleh jadi jika Allah SWT menghisab kita, maka banyak lagi kelemahan diri sendiri dibandingkan dengan kelemahan yang kita boleh cari daripada pasangan.
Tiada manusia yang sudi dilucuti cacat-celanya di hadapan orang lain, jika kita cuba mencari-cari kelemahan pasangan, berwaspadalah saat Allah Taala menghitung sehalus-halusnya kelemahan kita.
Sebagai pasangan hidup, anda dan dia saling terikat satu sama lain. Jika baik dirinya, baiklah anda pada penilaian Allah Taala begitu juga sebaliknya. Kerana anda berdiri sebagai pemegang amanah Allah dalam perkahwianan ini. Adakah anda berperanan menegakkan amar makruf nahi mungkar dalam perhubungan suami isteri? Semua itu bermakna anda dan pasangan saling mempengaruhi, kebaikan anda memantulkan kebaikan pada pasangan anda dan sebaliknya. Jadi, jangan tuduh si dia saja yang lemah kerana boleh jadi anda menjadi penyebab kelemahannya.
3 – Selesaikan dengan muhasabah
Tidak ada manusia yang sempurna, oleh itu telah diciptakan kehidupan ini dengan segala ketidak sempurnaan supaya manusia mencari jalan menuju Allah SWT Yang Maha Sempurna. Carilah kesempurnaan nikmat sejati hanya di sisi Allah kerana nikmat perkahwinan itu akan datang dan pergi setiap ketika. Boleh jadi hari ini anda bahagia dengan sikap pasangan, esok pula menahan sakit hati. Jalan yang selamat itu hanya kembali kepada Allah, jangan cari jalan selain-Nya, nescaya anda tidak akan berasa puas.
Setiap konflik yang berlaku, kembalikanlah ia ke jalan Allah, di situlah jalan keluar yang sebenar-benarnya. Ramai orang mahu menyelesaikan masalah rumahtangga dengan terapi psikologi, menruskan stres melalui hiburan, wang, perhiasan, dengan mencuba ubat-ubatan, kursus-kursus keperibadian, yoga atau meditasi. Padahal, Rasulullah SAW telah diutus membimbing jiwa manusia ke jalan selamat dengan agama Islam, alangkah ruginya mereka yang tidak memahami apa yang dibawa Rasul-Nya. Sedangkan di sanalah jawapan atas setiap persoalan kehidupan.
Selesaikan masalah anda dengan al-Quran dan hadis, carilah jalan agama dengan semangat mendekatkan ilmu sehingga Allah SWT dekat di hati anda berdua. Suami dan isteri diciptakan bukan hanya untuk merasai lazatnya perkahwinan bahkan ujian rumahtangga itu sebenarnya rahmat Allah kepada mereka supaya nanti dapat merasai kelazatan abadi di syurga Ilahi.
Setiap kali anda merasa tidak berpuas hati dengan pasangan, cubalah ingat tiada siapa yang mahu dihina kerana kelemahannya. Itulah sifat manusia, bukankah lebih baik kawal perasaan anda, kemudian berbincanglah walaupun sudah sering kali dia terlupa, tersilap dan tersalah faham dengan kemahuan anda.
Cintailah dia dengan segala kelemahan dan kelebihannya, tidak guna marah-marah kalau mesej yang anda sampaikan bebelkan kepadanya tidak juga sampai. Jika mahu merubah pasangan, kuasai dulu hatinya, barulah sikap dan perbuatannya akan ikut berubah. Sedangkan hakikatnya, hati suka kepada kelembutan, pujian dan penghargaan bukannya leteran dan penghinaan. Ingatlah kelemahan pasangan adalah bukti nilai diri anda!
Renung-renungkan...
Rujukan : Dr Juanda Jaya MW#1404
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Isnin, Mac 21, 2011
Kelemahan isteri bukan kelebihan suami
Susunan :
Bawang Goreng
pada
3/21/2011 08:43:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
KISAH RUMAH TANGGA SAYA LEBIH RUMIT DARIPADA APA YG TERTULIS DI ATAS, SEHINGGA ADA TEMAN-TEMAN YANG MENGATAKAN CERITA HIDUP SAYA PERLU DIKARANG DAN DIJADIKAN NOVEL. SAYA HANYA DAPAT BERDOA, MENUNGGU SAAT2 BAHAGIA TIBA DALAM APA JUGA KDAAN. SUDAH TIDAK SGUP DISIKSA JIWA SEPERTI HARI DAN SAAT INI
BalasPadamsetiap kekurangan ada kelebihan
BalasPadammtk share di blog sy ye :) creadit tuk laman seri.
BalasPadam