“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Khamis, Mac 10, 2011

Pokok karas a.k.a. gaharu (agarwood)


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Gaharu dihasilkan daripada pokok Aquilaria spp. yang tergolong dalam famili Thymelaeceae. Pokok yang telah matang akan membesar sehingga 4O meter tinggj dan diameter sehingga 60 cm dengan batang berbentuk sederhana lurus. Dilaporkan terdapat 15 spesies dari genus Aquilaria yang mempunyai nilai komersil dalam pengeluaran gaharu. Di Malaysia, terdapat 5 spesies sahaja iaitu Aquilaria hirta, A. beccariana, A. rostrata, A. malacensis dan A. microcarpa yang tumbuh di kawasan tanah pamah hingga ke ketinggian 750 m dari aras muka laut. Kesemua spesies ini adalah penting dalam industri gaharu. Lain-lain nama yang digunakan merujuk kepada gaharu adalah : agarwood dan eagle wood (English); “Agor” (Bangladesh); “akyaw’ (Myanmar); “calambour (French); “adlerholz” (German); “alim” (Sumatran); “Kanakoh” (Vietnam); “Gh’lng Kui Hsiang” (Chinese).

Kawasan tumbuhan di Malaysia

Keputusan daripada Inventori Hutan Nasional 4 (NFI-4) yang telah dijalankan pada tahun 2002 menunjukan taburan stok Karas (Aquilaria spp.) adalah sebanyak 3.06 juta pokok dengan anggaran isipadu 1.83 juta m3 dari saiz kebesaran 15 cm diameter dan ke atas. Keputusan daripada inventori ini juga menunjukkan peratus yang tinggi pada pokok bersaiz diameter perepang 15 cm- 45 cm iaitu 95% bilangan pokok daripada kesemua pokok yang dibanci dan lebih kurang 66.8% jumlah isipadu pokok karas di keseluruhan Sem. Malaysia. Bagi kesemua negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, negeri Kelantan menunjukan jumlah stok anggaran bilangan pokok Karas yang tertinggi manakala negeri Pahang pula tertinggi anggaran dari segi isipadu pokok Karas.

Penghasilan resin

Penghasilan gaharu daripada batang pokok Karas tidak begitu difahami oleh kebanyakan orang. Pada kebiasaannya penghasilan gaharu adalah disebabkan oleh:

* beberapa kecederaan pokok atau tindakbalas ‘immune’ oleh pokok yang cedera atau mengalami stress.
* serangan kulat.
* kedua-dua dari kecederaan pokok dan serangan kulat. Secara prinsipnya, 2 kaedah dalam pengeluaran gaharu telah djkenalpasti iaitu:-
* kaedah konvensional (melibatkan takikan parang).
* kaedah bukan konvensional (melibatkan inokulasi buatan atau inoculant).

Aspek Ekonomi Gaharu

Menurut satu kajian yang telah dijalankan oleh CITES, terdapat 20 negara yang terlibat di dalam perdagangan gaharu dan Malaysia dan Indonesia adalah pengeluar atau pengeksport terbesar gaharu. Menurut perangkaan dari tahun 1995 hingga 1997, Malaysia telah mengeksport sejumlah 340 ton (Semenanjung Malaysia) dan 530 ton (Sarawak). Dari jumlah ini sebahagian besarnya adalah dieksport ke Singapura dan sedikit ke Taiwan dan Negara-negara Timur Tengah. Walaubagaimanapun, jumlah ini dipercayai sangat jauh rendah dibandingkan dari jumlah sebenar hasil gaharu yang dikeluarkan dari hutan-hutan Malaysia berdasarkan maklumat yang diperolehi sendiri oleh para penyelidik MINT (Malaysian Nuclear Agency (Nuclear Malaysia).

Harga semasa

Terdapat 27 gred yang dikenalpasti telah digunapakai oleh peniaga gaharu di Malaysia. Gred kayu yang berkualiti tinggi biasanya diniagakan terus tanpa diproses terlebih dahulu kerana harganya yang tinggi, boleh mencapai sehingga RM15,000.00 sekilo (Peniaga gaharu). Walau bagaimanapun gred kayu untuk diproses secara ringkasnya dikelaskan seperti berikut :

Gred 1 C1 RM100.00
Gred 2 C2 RM70.00
Gred 3 C3 RM50.00
gred 4 C4 RM30.00 dan
Gred 5 C5 RM5.00

Pasaran gaharu dunia

Gaharu merupakan sejenis resin yang telah diketahui umum mempunyai nilai yang tinggi dimana nilai kayunya boleh mencapai sehingga RM15,000.00/kg manakala nilai minyaknya boleh mencecah RM50,000.00/kg. Data (Cites, 1997) menunjukkan negara-negara asia tenggara mengeksport lebih daripada RM48 juta ke Arab Saudi yang mana dianggarkan 26% dari nilai tersebut adalah datangnya dari sumber Malaysia. Diseluruh dunia, pasaran gaharu secara sah adalah berjumlah RM200 juta.



Walaubagaimana pun jumlah ini dianggarkan hanyalah memenuhi sekitar 20% daripada permintaan sebenar gaharu dunia. Adalah dijangkakan bahawa transaksi gaharu boleh mencecah sehingga RM3 billion sekiranya sumber yang secukupnya mampu dibekalkan.

Kegunaan gaharu



Gaharu digunakan terutamanya sebagai minyak wangi dan minyak asas bagi penyediaan wangian terbitan. Kayu gaharu yang dibakar mengeluarkan asap wangian yang digunakan sebagai dalam majlis keagamaan pelbagai kepercayaan agama. Terdapat syarikat wangian terkenal telah menggunakan minyak gaharu sebagai rumusan wangian iaitu YSL no. 7. Gaharu juga telah digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati lelah dan sakit perut. (Cites. 2005)

Cabaran dalam industri gaharu

Secara amnya cabaran utama di dalam industri gaharu di Malaysia adalah kekurangan maklumat dalam mengemaskini peraturan penuaian gaharu yang lebih efektif dan berkekalan didalam Hutan Asli. Selain daripada itu, pengetahuan yang minima dalam usaha untuk memastikan pengeluaran gaharu yang berkekalan secara in-situ dan ex-situ termasuk aktiviti perolehan bahan tanaman, pemeliharaan dan regim pengurusan perladangan merupakan cabaran yang dikenalpasti.

Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) juga masih belum meluas dalam aspek-aspek :-
* Pembaikbiak bakaan pokok;
* Ketidakpastian kedapatan gaharu di dalam batang pokok karas,
* Kaedah penghasilan gaharu yang bergred tinggi,
* Pembangunan produk berasaskan gaharu.


Satu kertas laporan tentang isu-isu dan cabaran industri gaharu di Malaysia telah disediakan oleh pihak MINT, hasil daripada kajian yang telah dibuat pada tahun 2005.

Potensi gaharu di Malaysia pada masa hadapan

Malaysia terletak di rantau Asia Tenggara yang mengalami cuaca tropika yang sesuai untuk penanaman pokok gaharu bagi perlaksanaan projek-projek perladangan gaharu.
Produk gaharu dari Malaysia terkenal dengan mutu resin dan minyaknya yang tinggi dan masih terdapat sumber asli yang mudah diperolehi. Para penyelidik Malaysia sedang giat menjalankan penyelidikan dalam penghasilan resin gaharu secara aruhan.

Projek pertanian atau perhutanan ini adalah seiring dengan dasar kerajaan ke arah bioteknologi dan disokong penuh oleh pihak kerajaan. Industri gaharu mampu berperanan sebagai sumber ekonomi baru kepada penduduk luar bandar dan boleh dijadikan salah satu mekanisme ke arah pembasmian kemiskinan.

Penggredan kayu gaharu

Pelbagai jenis kayu diniagakan berdasarkan gred-gred tertentu yang diklasifikasikan mengikut kandungan resin dalam kayu. Proses penggredan dilakukan oleh pengusaha-pengusaha yang berpengalaman. Tiada teknik khusus yang dipraktikkan sehingga hari ini. la dilakukan melalui pemerhatian dan timbangan berat.

Gaharu adalah sejenis bahan bernilai tinggi yang mengeluarkan wangian tersendiri dan diperolehi daripada pokok karas yang mengalami masalah atau “stress” samada akibat jangkitan penyakit, kerosakan fizikal atau kekurangan sumber untuk pertumbuhan yang normal. Gaharu ini didapati pada bahagian dalam batang pokok karas iaitu berupa resin. Kayu-kayu gaharu ini mengandungi kandungan resin pelbagai kuantiti dan kualiti dan dikelaskan kepada beberapa gred tertentu oleh pengusaha dan pencari gaharu. Kayu yang mempunyai kandungan resin yang sedikit akan diproses bagi mendapatkan minyaknya dan boleh dijual dengan harga yang lebih baik.

Penggunaan gaharu adalah sangat luas dan meliputi pelbagai aspek daripada penggunaannya sebagai bahan wangian, perubatan sehinggalah kepada upacara keagamaan. Sifat minyak gaharu yang mampu mengekalkan wangiannya dalam jangkamasa yang lama juga merupakan kelebihan yang menjadikan pengusaha wangian menggunakannya sebagai minyak asas dalam campuran minyak wangi. Gaharu secara tradisinya telah digunakan berkurun dahulu di India, Timur Tengah dan Timur Jauh. Dari segi perubatan didakwa bahawa gaharu boleh digunakan sebagai ubat anti kanser, digunakan selepas bersalin dan sakit perut.

Catatan penting:

Manual ini dhasilkan berdasaran kajian awal yang telah dijalankan selama 2 tahun di Institut Nuklear Malaysia dan juga maklumat yang telah dikumpul dari pelbagai sumber. Manual ini tidak boleh dijadikan panduan mutlak untuk semua kondisi dan tempat penanaman. Kajian terhadap tanah, topografi dan keadaan persekitaran adalah perlu bagi sebarang projek perladangan yang akan dijalankan.

Gaharu di Malaysia

Di Malaysia, gaharu juga dikenali dengan panggilan depu, kekeras dan kepang; gaharu atau gahru (Indonesia); agarwood, eagle wood, Malayan aloe wood (England); calambac. calambour (Perancis); jinkoh (Jepun); Dud (Arab); chennxlang (China); agaru (India); and tram hurong (Vietnam).

Pelbagai spesis

Pokok karas yang juga dikenali sebagai pokok depu oleh sebahagian penduduk di utara Malaysia (Aquilaria malaccensis Lam.) adalah dari famili Thymelaeaceae dan terdapat lebih daripada 20 spesis yang berkaitan dengan genus Aquilaria ini. Di Malaysia terdapat lima (5) spesis utama iaitu A. malaccensis (gaharu. karas atau depu). A. microcarpa(garu), A. hirta(candan), A. rostrata dan A beccariana (gaharu tanduk). Walaubagaimanapun spesis yang disarankan untuk perladangan adalah spesis A. malaccensis atau A hirta. Antara spesis-spesis Aquilaria yang terdapat di negara lain adalah A. crassna (Indochina) dan A. sinensis (China Selatan atau Taiwan) manakala dipercayai spesis A. agal/acha Roxb (India) adalah sinonim dengan A. malaccensis.

Habitat dan taburan

Pokok karas atau A. malaccensis ini mudah dijumpai di hutan-hutan primer dan sekunder di beberapa negara iaitu Malaysia, Myarmar, India, Indonesia dan Filipina. Taburan pokok ini adalah pada sekitar ketinggian hingga 800 meter di atas paras laut. Tumbuh subur pada persekitaran lembab iaitu kawasan yang mengalami hujan tahunan antara 2000mm hingga 3000mm setahun dan suhu antara 20 hingga 35°C. Pokok karas mampu hidup pada kondisi tanah yang tidak terlalu subur dan biasanya pada tanah jenis liat berpasir dan bersaliran baik. Di Malaysia, pokok karas biasanya ditemui hidup di hutan semulajadi di kawasan cerun dan berbukit. Secara amnya pokok karas hidup subur di kawasan yang sedikit lembab dan tanah yang bersaliran baik serta sedikit berasid. Walaupun pokok karas ini tumbuh di persekitaran hutan, ia memerlukan cahaya yang mencukupi untuk tumbuh dengan baik.

Deskripsi botani

Pokok karas tumbuh sehingga 20 ke 40 meter tinggi dan diameter batangnya boleh mencecah sehingga 60 cm. Batang pokok karas muda berwarna kelabu terang manakala batang pokok yang telah tua lebih licin dan berwarna keputihan. Kayu pokok karas yang tidak beresin berwarna putih, ringan dan lembut manakala kayu beresin berwarna hitam, berat dan keras. Daun pokok karas adalah bersilang, berbentuk elip dan berserat. Lebar daun yang matang adalah antara 3 hingga 4 cm dan panjangnya antara 6 hingga 8 cm. Pokok karas akan mula berbuah apabila berumur selepas 5-6 tahun dan terdapat dua biji benih bagi setiap buah yang dihasilkan. Walaubagaimanpun pokok karas ini sangat sukar dijangkakan keupayaannya untuk berbuah secara tetap pada setiap tahun.

Propogasi

Pokok karas boleh dibiak seeara biji benih walaubagaimana pun, akibat kedapatan biji benihnya yang agak sukar, pengurusan pusat pembiakan yang baik perlu supaya biji benih yang diperolehi tidak rosak. Di Malaysia, kaedah pengumpulan anak-anak pokok dari hutan telah dijalankan dan kaedah ini merupakan kaedah yang paling baik bagi memperolehi anak benih dengan banyak dan kaedah ini memberikan kadar hidup yang tinggi selepas disemai. Kaedah keratan batang juga boleh dijalankan menggunakan ranting pokok karas bertunas panjang 2 hingga 3 inci dan hormon penggalak akar digunakan. Kaedah pembiakan secara kultur tisu yang merupakan satu kaedah yang terbaik bagi mendapatkan benih yang seragam dan dari veriati terbaik sedang dijalankan penyelidikannya di Agensi Nuklear Malaysia.

Kaedah bagi menghasilkan anak benih daripada biji adalah seperti berikut:



Anak benih samada daripada pengumpulan daripada hutan atau dari semaian anak benih atau keratan batang perlu dipindahkan di dalam polibag berisi campuran tanah berorganik tinggi bernisbah 1 :2:2 (pasir: tanah: organik). Polibag yang berisi anak benih perlu dialihkan selalu apabila akarnya telah menembusi polibag sekiranya tidak ditanam di ladang. Alihan ini perlu dijalankan secara berhati-hati iaitu dengan menjirus air pada akar supaya tidak mencederakan bahagian akarnya.

Penghasilan Resin

Penghasilan gaharu daripada batang pokok Karas tidak begitu difahami. Kebiasaannya penghasilan gaharu adalah disebabkan :-
- beberapa kecederaan pokok atau tindakbalas ‘immune’ oleh pokok yang cedera;
- serangan kulat;
- kedua-dua dari kecederaan pokok dan serangan kulat.

Secara prinsipnya, 2 kaedah dalam pengeluaran gaharu iaitu:-
- kaedah konvensional (melibatkan takikan parang); dan
- kaedah bukan konvensional (melibatkan inokulasi buatan atau inoculant) .

Pengenalpastian Pokok Beresin

Resin gaharu yang terhasil di dalam batang pokok karas, samada penghasilan melalui aruhan atau secara semulajadi adalah sukar untuk dikenalpasti kedapatannya. Seberapa ciri-ciri luaran pokok dikenalpasti menunjukkan tanda-tanda pokok karas tersebut mempunyai kandungan resin.

Kaedah atau teknik ini telah digunapakai oleh pencari gaharu sebelum menakik(memeriksa) atau menebang. Ciri-ciri luaran yang dipertimbangkan adalah seperti berikut:
a. rumpun yang tidak subur dan dahan mengusut.
b. Satang merekah, kering dan membengkak
c. Kedapatan semut atau lubang-Iubang semut pada batang
d. Batang kayu dibawah kulit bertukar dari warna kekuningan ke warna coklat.
e. Keseluruhan pokok menunjukkan tanda-tanda tidak sihat dan menunjukkan biasanya bahagian pucuk pokok telah mati dan mereput.

Walau bagaimanapun kaedah pengenalpastian secara pemerhatian luaran ini tidak dapat memberi jangkaan kuantiti dan kualiti resin yang terbentuk secara tepat. Agensi Nuklear Malaysia sedang menjalankan penyelidikan berkaitan pengenalpastian resin ini dan berhasrat untuk membangunkan alat yang boleh digunakan dalam pengenalpastian yang lebih cekap dan tepat.

Analisis Kewangan

Secara amnya dua produk utama dihasilkan daripada resin yang terbentuk di dalam pokok karas ini iaitu kayu gaharu pelbagai gred dan minyak gaharu yang diekstrak dari kayu gaharu gred rendah. Biasanya kayu gaharu akan dibakar terus bagi mendapatkan bauannya manakala minyak gaharu akan dicampur dengan minyak wangian lain seperti attar. Harga semasa kayu gaharu adalah daripada RM5 hingga RM17 ribu sekilo manakala minyak dijual dengan harga RM300/12ml.

Anggaran Ekonomi Setiap Ekar Penanaman

Perincian kos dan keuntungan bagi setiap ekar penanaman karas masih di dalam peringkat kajian, walaubagaimanapun secara kasarnya kos yang dianggarkan adalah sekitar RM250,OOO.OO selama 6 tahun untuk seekar dan boleh menghasilkan pendapatan kasar minimum sejumlah RM1juta. ( RM1000,000.00/ekar )

Sumber : gaharu-malaysia


0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails