Assalamualaikum warahmatullah,
Pluralisme agama adalah fahaman menganggap semua agama di dunia, sama dan setaraf. Dengan memetik beberapa ayat al-Quran serta menyelewengkan tafsirannya, pendukung fahaman ini mendakwa semua agama tidak kira Islam, Kristian, Yahudi, Majusi, Buddha dan Hindu mengajar manusia menyembah Tuhan yang sama.
Cuma membezakan hanyalah kaedah penyembahan saja. Ertinya, semua penganut agama ini berpeluang memperoleh pahala dan syurga Allah SWT jika mereka melakukan kebaikan. Fahaman sesat ini perlu ditentang kerana bercanggah ajaran al-Quran dan hadis. Sesungguhnya Allah SWT hanya mengiktiraf agama Islam sebagai agama yang diredai-Nya. Tidak ada agama lain boleh membawa kesejahteraan kepada manusia di dunia dan akhirat melainkan Islam.
Firman Allah bermaksud: “Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang yang rugi.” (Surah Ali-Imran, ayat 85)
Mengatakan semua agama sama adalah pandangan menafikan perjuangan Nabi SAW membasmi amalan syirik dalam kalangan musyrikin Quraisy. Baginda juga sangat istiqamah dalam menyebarkan Tauhid kepada penganut Kristian, Yahudi dan Majusi.
Fahaman ini juga menidakkan sumbangan sahabat yang berhabis-habisan berjuang sehingga ke titisan darah terakhir demi mempertahankan keimanan, kesucian dan kebenaran ajaran Islam. Nama harum seperti Hamzah Abi Talib, Jaafar Abi Talib, Zaid bin Harithah dan Sumaiyyah sentiasa meniti di bibir umat Islam sebagai syuhada yang besar jasanya mempertahankan iman serta membela agama Allah.
Dengan kata lain, jika semua agama adalah sama, setaraf dan berpeluang masuk syurga, maka tidak perlu junjungan Nabi SAW dan sahabat bersusah payah menyebar serta mempertahankan Islam dengan jiwa dan raga. Dalam hal ini, Rasulullah SAW pernah mengingatkan akan adanya golongan di akhir zaman yang cuba mentafsirkan al-Quran mengikut hawa nafsu.
Sabda Baginda SAW bermaksud: “Kelak akan ada orang yang membaca al-Quran tidak sampai melampaui tenggoroknya (tidak sampai meresap dalam hati). Mereka sebenarnya lepas dari agama bagaikan lepasnya anak panah dari busurnya.” (Hadis riwayat Abu Ya’la)
Islam menghormati penganut agama lain mengamalkan agama mereka, seperti mana perjanjian yang dimeterai antara Rasulullah SAW dengan orang bukan Islam ketika di awal pembentukan negara Madinah. Namun itu tidak bermakna Islam mengiktiraf kebenaran agama itu kerana kebenaran hanya ada pada Islam. Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.” (Surah Ali-'Imran, ayat 19)
Umat Islam perlu mengukuhkan akidah dan membentengi diri daripada fahaman sesat. Tanpa iman dan ilmu yang mantap, umat Islam mudah tergelincir ke lembah kesesatan dan syirik.
Berwaspadalah dengan musuh-musuh Islam!
Sumber : Mohd Hishamuddin Mansor di BHarian 12/03/2011
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Isnin, Mac 21, 2011
Pluralisme agama fahaman sesat bertentangan al-Quran
Susunan :
Bawang Goreng
pada
3/21/2011 02:54:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 KOMEN:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...