SEREMBAN : Jabatan Mufti Negeri Sembilan mengesan sebuah rumah perlindungan Kristian di negeri ini menawarkan bantuan rawatan pemulihan dadah kepada penagih beragama Islam sambil memesongkan akidah mereka.
Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, pihaknya berjaya menyelamatkan akidah seorang bekas penagih serta keluarganya yang menetap di penempatan itu selama dua tahun, selepas mendapat maklumat awal tahun ini.
“Lelaki berusia 30-an terbabit tinggal di rumah itu secara percuma selama dua tahun dan diberi penginapan selesa, termasuk bilik berhawa dingin dan wang tunai tanpa perlu bersusah payah melakukan sebarang kerja. Dia hanya perlu mengikuti ceramah mereka dan membaca buku serta kitab Kristian, selain pernah dibawa ke Sabah dan Sarawak untuk dilatih menjadi paderi Melayu,” katanya kepada BHarian.
Menceritakan bagaimana keluarga lelaki terbabit yang berasal dari Perak memasuki rumah perlindungan berkenaan, Mohd Yusof berkata, isterinya ditawarkan membawa suami dan empat anak mereka ke situ oleh majikannya yang mengetahui mereka mengalami masalah kesawngan selepas suaminya dibebaskan dari penjara.
Beliau berkata, perkara itu disedari Jabatan Mufti selepas menerima maklumat pihak penjara yang memantau perkembangannya dan menghantar beberapa pegawai untuk berbincang dengannya serta pengurusan rumah perlindungan itu.
Katanya, hasil perbuncangan aman, lelaki terbabit secara sukarela mahu keluar dari rumah perlindungan itu dengan membawa isteri serta anaknya berusia antara satu hingga 13 tahun dan menerima tawaran memulakan hidup baru dengan dibantu Jabatan Mufti, Yayasan Kasih Sayang dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).
“Lelaki terbabit yang kini mempunyai pekerjaan sentiasa dipantau kami bagi memastikan pegangan agamanya kukuh dan pemerhatian mendapati dia gembira dengan kehidupannya yang kini sederhana walaupun tidak mewah seperti di rumah perlindungan berkenaan,” katanya.
Mohd Yusof berkata, ketika baru keluar dari rumah perlindungan itu, lelaki terbabit menyerahkan sejumlah besar bahan bacaan Kristian dalam tiga beg yang diberikan kepadanya oleh pengurusan rumah perlindungan itu untuk dibaca.
“Dia juga memberitahu ramai orang termasuk beragama Islam mendapatkan rawatan dan sokongan pemulihan dadah di rumah perlindungan itu yang mempunyai kemudahan lengkap serta menawarkan suasana cantik dan tenang,” katanya.
Pengikut diberi ganjaran RM60,000
KUALA LUMPUR : Beberapa umat Islam yang dipercayai murtad dan menjadi pengikut sebuah pertubuhan Kristian di negara ini mendakwa dijanjikan ganjaran lumayan sekiranya berjaya memesongkan akidah umat Islam lain termasuk golongan mualaf dengan menarik mereka menyertai pertubuhan itu,
Difahamkan, mereka akan menerima ganjaran sehinggam RM60,000 bagi setiap kejayaan memesongkan akidah umat Islam sebaik upacara pembaptisan dilakukan.
Ini didedahkan seorang pengikut pertubuhan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Jasmine, 34, yang turut menyertai majlis makan malam anjuran komuniti gereja di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), ketika serbuan oleh Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan polis di Seksyen 13/1 Petaling Jaya, Rabu lalu.
“Dua individu yang dipercayai murtad dikenali sebagai Izwan dan Sabrina, berusia dalam lingkungan lewat 20-an sering berusaha untuk membantu golongan ibu tunggal, mereka yang dibebani hutang dan orang miskin melalui majlis komuniti yang dianjurkan dengan harapan dapat menyampaikan ajaran Kristian. Kedua-dua individu yang turut mendapat kepercayaan beberapa gereja bagi menerajui kumpulan yang bergerak atas nama komuniti hanya akan muncul pada hari pementasan drama berkaitan perjuangan Nabi Isa, selain menyampaikan ceramah bahawa ajaran agama Nabi Muhammad tidak benar,” katanya kepada BHarian di sini.
Jasmine yang turut dibaptiskan tahun lalu berkata, beliau diberi tanggungjawab untuk menerajui persatuan ibu tunggal, anak luar nikah dan orang tua termasuk mualaf yang akan diwujudkan dalam masa terdekat sebagai salah satu cara berdakwah.
Mereka yang menyertai kumpulan ini akan lupa pegangan agama asal buat seketika apabila kerap diberi minuman air suci atau ‘Holy Water’ dan selepas menjalani upacara ‘Black Tiding’ pembaptisan di dalam kolam renang.
“Kumpulan ini berdakwah melalui siri ceramah dan syarahan yang diadakan secara sulit, malaj ia turut memiliki perpustakaan komuniti di Sri Manja, Jalan Klang Lama sambil pembaca didendangkan dengan lagu,” katanya.
Sementara itu, 12 individu beragama Islam yang berada di DUMC ketika sebuan JAIS dan polis, Rabu lalu, akan memberi keterangan di ibu pejabat JAIS di Shah Alam, hari ini.
Sumber : BHarian 09/08/2011
Capaian entry berkaitan :
* Ahli politik perlu hormat tugas penguat kuasa
* Implikasi buruk cabar ketetapan Islam agama bagi Persekutuan
* Gerakan berani Kristian, salah siapa?
* Rumah perlindungan pesong akidah
* Perbaiki cara dakwah elak umat dipedaya
* 12 soalan kuiz antara bukti diperoleh JAIS
* ‘Banyak usaha pujuk umat Islam murtad’
* Awas dengan pertubuhan yang memurtadkan umat Islam
* Kisah seorang lelaki soleh dan gangguan syaitan
* Kemiskinan membawa kekufuran
0 KOMEN:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...