“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Selasa, Ogos 02, 2011

Gastrik dan cara mengatasinya


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Gastrik merupakan masalah lazim dan secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).

Biasanya, apabila orang berkada mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis). Secara semulajadi, sel perut menghasilkan asid hidroklorik yang berfungsi mencerna makanan. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.

Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik dengan kekuatan laposan pertahanan. Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.

Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya sakit perut selepas makan, ia meungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.



Tanda gastrik

Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tanda-tandanya ialah :
* Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
* Rasa senak, berangin atau pedih
* Rasa tidak selesa
* Kembung, sendawa berulangkali dan kerap kentut selepas makan
* Rasa mual (loya) dan muntah
* Hilang selera makan
* Berat badan turun (pada peringkat teruk). Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam dua bentuk iaitu :
1. Najis menjadi hitam seperti tar
2. Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi.

Siapa yang berisiko?

Gastrik boleh berlaku pada sesiapa sahaja. Secara umumnya, lebih ramai lelaki mengalami masalah gastrik dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda berbanding wanita. Ia biasanya disebabkan gaya hidup dan faktor risiko seperti :

* Individu yang kerap mengapbil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan sterioid (NSAIÐ). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah)
* Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)
* Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa.
* Individu yang banyak mengalami tekanan sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik. Malah masalah gastrik juga kerap dikesan pada pesakit yang baru menjalani pembedahan besar kerana pembedahan juga adalah satu bentuk tekanan kepada badan.
* Individu yang suka mengambil lubat tradisional, terutama yang mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional dicampur steroid supaya ia lebih berkesan dan mujarab.

Rawatan

Terdapat tiga jenis ubat untuk gastrik iaitu :
* Antasid – bertindak memperbaiki dan memberi lapisan tambahan kepada lapisan permukaan (mukosa) yang diambil tiga kali sehari.
* Antagonis H2 – berfungsi mengurangkan rembesan asid. Ubat antasid dan antagonis H2 diberi untuk gastritis.
* Perencat pam proton (PPI) – bertujuan mengurangkan rembesan asid dengan lebih berkesan; biasanya diberi kepada pesakit yang mengalami gastritis teruk atau ulser perut.

Masalah yang kerap berlaku ialah pesakit tidak menghabiskan ubat yang diberi dan biasanya mereka berhenti mengambil ubat selepas tiga atau empat hari iaitu apabila kesakitan hilang.

Mengapa perlu menghabiskan ubat? Ubat diberi sebenarnya membantu memulihkan lapisan pertahanan dalam perut dan ia mengambil masa dua minggu untuk kembali normal. Memberhentikan pengambilan ubat selepas tiga atau empat hari bermakna anda sengaja mengundang gastrik untuk datang balik.

Malah lebih baik jika pesakit menjalani pemeriksaan teropong perut (endoskopi) untuk mengetahui tahap masalah dan melihat sama ada pesakit mengalami jangkitan bakteria H pilori bagi menentukan jenis ubat yang sesuai.

Tips : Jaga pemakanan dan ubah gaya hidup

Selain pengambilan ubat, pesakit perlu menjaga pemakanan dan mengubah gaya hidup bagi mengelak serangan gastrik berulang. Antara perubahan yang perlu dilakukan ialah :
* Berhenti merokok dan minuman beralkohol.
* Hentikan pengambilan ubat tahan sakit.
* Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur.
* Makan sedikit-sedikit tetapi kerap.
* Kurangkan makanan berempah, bercili dan masam.
* Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarnonat)
* Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut.
* Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan ini berbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing.




Sumber : MW#1444

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails