“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Ahad, Ogos 07, 2011

Hilang nikmat



Sukar kawal kencing, prostat juga mampu jejas fungsi

JIKA ditanya kepada lelaki, apakah pengukur atau penanda aras kekuatan mereka, pasti jawapan lazim merujuk ‘kelelakian’ mereka.

Bagaimanapun, jika seorang lelaki itu berdepan gejala kehilangan kawalan pundi kencing dipanggil Simptom Saluran Urin Bawah (LUTS) dan masalah pembesaran prostat atau digelar Hiperplasia Prostat Tidak Berbahaya (BPH), besar kemungkinan, dia juga bakal kehilangan ‘kelelakian’ itu.

Presiden Persatuan Andrologi Malaysia dan Kajian Lelaki Berusia (MSSAM), Prof Dr Zulkifli Md Zainudin, berkata secara teorinya, BPH adalah penyebab utama masalah LUTS yang boleh dikesan melalui pelbagai simptom.

Antaranya adalah kelemahan kawalan pundi kencing, kejang abdomen, sukar kencing, kencing terhenti-henti dan tidak lawas.

“Penyakit itu sering terjadi pada lelaki berusia 50 tahun hingga 80 tahun sehingga akhirnya memberi kesan negatif terhadap kualiti seksual serta kehidupan keseluruhan pesakit,” katanya ketika persidangan meja bulat sempena Mesyuarat Ketiga Pakar Urologi anjuran bersama Persatuan Urologi Malaysia dan Persatuan Urologi Singapura, di sini, baru-baru ini.

Katanya, banyak kajian mendapati masalah erectile dysfunction (ED) atau ereksi disfungsi yang turut dikenali lemah syahwat turut berkait rapat dengan LUTS.

“Bagaimanapun, LUTS bukan masalah yang boleh mengancam nyawa, cuma banyak kajian membuktikan wujud impak negatif terhadap kualiti hidup lelaki berpunca daripada masalah itu. Kebanyakan kajian menjelaskan kesan LUTS disebabkan oleh BPH boleh menyebabkan ED malah simptom yang wujud sehingga mengganggu tidur, kekerapan kencing dan kebocoran pundi mengganggu mental serta emosi penghidap. Apabila minda terganggu, fungsi rangsangan atau ereksi lelaki turut terjejas terutama di kalangan lelaki berusia, yang mana menghadapi penurunan kadar ereksi berbanding lelaki muda,” katanya.

Selain itu, kajian dijalankan mendapati masalah hilang kawalan pundi kencing disebabkan BPH mendorong kepada wujudnya tiga masalah utama iaitu pesakit terpaksa mengosongkan kantung kencing sebelum tidur, mengehadkan perjalanan ke kawasan yang tidak mempunyai kemudahan bilik air dan terpaksa mengawal pengambilan cecair sebelum memulakan perjalanan jauh.

“Lebih teruk lagi, kualiti hidup pasangan turut terganggu disebabkan sering terjaga malam, bimbang pasangan menghidap kanser, sedih dengan tekanan dihadapi pesakit, bimbang pasangan perlu dibedah selain menjejaskan aktiviti seks antara pasangan.”

“Situasi itu serius kerana didapati daripada 48.4% lelaki yang mengalami rengsa akibat LUTS dengan 28.3% mengakui bosan dengan gejala dialami namun hanya 4.5% bertemu doktor,” katanya.

Di Malaysia, satu pertiga lelaki bakal berdepan masalah pundi kencing yang berpunca daripada masalah pembesaran prostat atau BPH dan ia juga normal di kalangan lelaki berusia.

Kajian Lelaki Berusia Asia (ASAM) dijalankan pada 2005 terhadap 1,155 lelaki berusia 50 tahun hingga 80 tahun mendapati 34% responden mengalami simptom LUTS kategori sederhana/kronik dan 61% yang lain mengakui masih lagi aktif melakukan aktiviti seks.

Data sama juga mendapati kekerapan aktiviti seks responden adalah 3.1 kali sebulan dan bilangan itu berkurangan jika pesakit berdepan masalah LUTS kategori sederhana/kronik.

Kata Prof Dr Zulkifli, kajian ASAM diwujudkan bagi menentukan punca peningkatan LUTS dan masalah seksual di Asia serta mengenal pasti kaitan antara LUTS dan kelemahan syahwat.

Seramai 250 responden lelaki adalah dari sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor selain Hong Kong, Singapura, Filipina dan Thailand.

Kata Prof Dr Zulkifli yang juga Perunding dan Ketua Unit Urologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia itu, rawatan terhadap BPH boleh meningkatkan kualiti hidup dan merawat ED, namun sebelum rawatan dimulakan, penilaian terhadap fungsi seksual pesakit dilakukan bagi mengenal pasti jenis rawatan sesuai.




Sumber : BHarian 10/07/2011

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails