“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Sabtu, Ogos 06, 2011

Biji kas kas enak dalam masakan, baik untuk kesihatan


biji kas kas

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Biji popi dari sepesies papaver somniferum berasal dari Timur Tengah dan kini banyak tumbuh di China, Indo-China, India dan Afghanistan. Somniferum bermakna ‘pencetus tidur’ dan kesan narkotik ini menggalakkan penanamannya. Lebih dikenali sebagai biji kas kas oleh masayarkat Malaysia, ia banyak digunakan untuk tujuan masakan.

Papaver somniferum

Pokok kas kas (poppy) dengan bunganya

Bunga popi merah yang dijadikan bunga hiasan


Biji popi dari timur menghasilkan lebih candu. Manakala dari barat menghasilkan kurang candu dan getah yang menghasilkan dadah ini hilang apabila bunganya berkembang. Biji popi biru dianggap sebagai biji popi Eropah kerana jenis ini sering dilihat pada roti, bagel dan konfleksi di Barat.

Polish makowiec, roll kacang yang berisi dengan pes biji kas kas


Biji popi putih pula dirujuk kepada India, Timur Tengah atau Asia disebabkan ia banyak digunakan dalam masakan di negara-negara tersebut. Namun begitu, sebenarnya tidak banyak perbezaan dari segi antara kedua jenis ini, jadi penggunaannya lebih kepada estetika atau bila ia boleh diperolehi.

Untuk mengenali biji popi memang tidak sukar. Bijinya amat kecil dan keras, sama seperti bijian. Tidak kiralah ia dari jenis barat atau timur, keduanya mempunyai rasa dan tekstur yang hampir sama. Bijinya akan matang dalam kapsulnya selepas bunganya beransur hilang. Bijinya boleh diperolehi dengan mudah dalam bentuk kering.

Biji popi amat keras untuk dihancurkan. Jika anda tidak mempunyai pengisar khas untuk biji popi, apa yang boleh anda lakukan adalah memanggang bijinya terlebih dahulu dan kemudian gunakan lesung batu untuk menghancurkannya.

Biji popi boleh digunakan sama ada salam bentuk asal atau hancur dalam masakan dan bakeri. Apabila digunakan dalam masakan yang tidak dimasak seperti salad, bakarlah bijinya terlebih dahulu kerana cara ini mampu menaikkan rasa dan aromanya. Apabila biji popi digunakan untuk pastri, rendamlah ia dalam air mendidih dan biarkan ia selama satu hingga tiga jam sebelum dikisar.

Transformasi bunga kepada biji kas kas







Kapsul papaver somniferum menunjukkan lateks (candu) memancarkan dari insisi

Pelega dan penggalak

Ði Timur, biji popi putih memang biasa digunakan dalam masakan. Makanan India seperti kari dan rempah campuran mengandungi sejumlah kecil biji popi. Ia berfungsi untuk memekat dan menambah rasa dalam kari.

Manakala di barat pula, minyak daripada biji popi atau dalam bahasa Perancis dikenali sebagai oillette, digunakan untuk tujuan masakan dan pengganti kepada minyak zaitun. Jenis biji popi Eropah, papaver rhoeas, digunakan pula untuk dibuat cecair pekat atau sirap dan digunakan dalam sup dan kordial. Jenis ini juga turut dikenali sebagai ‘sakit kepala’ kerana apabila menghidunya boleh menyebabkan rasa pening sementara.

Sirap biji popi barat memiliki ciri-ciri anodin (mereda dan melegakan sakit) dan ekspektoran (menggalak rembesan kahak oleh salur-salur udara supaya ia lebih mudah dibatukkan). Manakala sirap biji popi timur memiliki ciri-ciri anodin dan narkotik (melegakan kesakitan). Ramuan ubat batuk dan sirap juga banyak dibuat daripada jenis biji popi timur. Ramuan daripada air rendaman biji popi dikatakan mampu digunakan untuk melegakan kesakitan telinga dan gigi.

Satu sudu biji popi mengandungi kira-kira 1.6 gram protein, 3.7 gram lemak, 2.5 gram karboohidrat dan 46 kalori. Biji popi juga mengandungi sumber mineral yang baik seperti mangan, kalsium, magnesium, fosforus, besi, zink, kalium dan selemium. Ia juga kaya serat dan mengandungi asid lemak omega-3 dan asid lemak omega-6.

Redakan asma dan batuk kokol

Tidak dapat dinafikan bahawa biji popi amat tinggi khasiatnya tetapi ia juga amat diketahui mampu memberi kesan pada ujian dadah. Pengambilan biji popi boleh membawa kepada ujian dadah yang positif, jika ujian tersebut adalah bagi mengesan candu. Ini adalah kerana biji popi dan heroin datang dari tanaman yang sama. ‘Penjahat’ utama bukanlah biji popi, tetapi kapsul biji tidak matang tanaman ini.

Semasa pengumpulan popi, candu daripada kapsul itu telah dipindahkan kepada biji popi. Biji popi turut mengandungi sejumlah codeine dan morfin. Malah jika anda memakan bagel mengandungi biji popi dan kemudiannya melakukan ujian dadah, ia boleh membawa kepada keputusan positif.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat biji popi, namun begitu penggunaannya perlulah berhati-hati dan mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.




Sumber : MW#1439 dan En.Wikipedia ~ Opium poppy

Capaian entry berkaitan :
* Terung pipit
* Kopi
* Buah pelaga
* Nangka
* Bunga kacang telang
* Halba
* Khasiat serai

2 ulasan:

  1. Zakaria Haron [zakariron@gmail.com]8 Ogos 2011 pada 8:38 PTG

    dulu pernah heboh sekejap sampai masuk paper mamak masuk kas kas dlm kari pasal tu org ketagih makan kari mamak .. kerana kas kas kan sumbernya dari pohon popi yg di buat candu..

    macam macam..

    BalasPadam
  2. Betul.. i masukkan kas kas dlm kek oren i semua bantai gelak. Ape yg ketagih nya? Benda kalau tak sedap org tak de hadap derr

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails