“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Selasa, Ogos 16, 2011

Isu mentega Golden Churn jejas imej kek lapis Sarawak

MENTEGA Pure Creamery Butter-Golden Churn ini dibalut dengan bungkusan mengandungi tanda halal.


“MAK saya dah lebih 30 tahun pakai Golden Churn Butter Creamy, sejak saya belum lahir lagi.” Itu khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar secara tiba-tiba oleh seorang rakan berasal dari Perak kelmarin, berhubung mentega yang disahkan haram oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kerana mengandungi DNA babi.

Penggunaan mentega jenis itu yang selama ini mempunyai tanda halal pada pembungkusannya, sememangnya berleluasa di seluruh negara ini kerana kek atau roti yang diperbuat daripada mentega Golden Churn itu bukan saja lebih enak, basah dan lemak, malah tahan lama.

Tidak hairanlah ada pengusaha kek lapis di Sarawak sebelum ini, meletakkan nama mentega itu pada risalah kek lapis yang mereka edarkan bagi menarik pelanggan, apa lagi mentega jenis itu sememangnya lebih mahal harganya berbanding jenis lain, dengan penggunaannya dianggap sebagai ‘jaga standard’.

Kek lapis Sarawak


Malangnya hanya kerana industri kek lapis popular di Sarawak sehingga melahirkan ramai jutawan kek lapis di Bumi Kenyalang sehingga kini, maka tempias pengharaman mentega jenis itu lebih memberi kesan kepada perusahaan kek lapis di Sarawak, sehingga ada yang bertindak keterlaluan memberi jolokan kek lapis Sarawak sebagai ‘kek babi’.

Gambaran yang diberikan juga seolah-olah mentega jenis itu hanya digunakan di Sarawak, pada hal ia dipasarkan di seluruh negara sejak puluhan tahun yang lalu, serta pernah digunakan oleh kebanyakan suri rumah dan tukang masak di seluruh negara. Malah tidak keterlaluan rasanya jika dikatakan rata-rata kek dan pastri yang dihasilkan di hotel dan kedai kek terkenal di seluruh negara turut menggunakan mentega jenama Golden Churn selama ini, kerana ia sangat popular.

Justeru, tindakan melabelkan kek lapis Sarawak sebagai ‘kek babi’ amat kurang wajar dan ibarat sengaja mahu membunuh industri kek lapis di negeri itu, apa lagi penggunaan mentega jenis itu sudah lama dihentikan oleh pengusaha kek lapis di Bumi Kenyalang, selain ada yang sememangnya tidak pernah memakai mentega jenama itu.

Persatuan Pengusaha Kek Lapis Sarawak (PPKLS) sendiri mengakui kesemua ahlinya tidak menggunakan Golden Churn, sebaliknya mereka menggunakan Butter Lite dan Golden Fern yang dijamin halal oleh JAKIM.

Pada masa sama, pengusaha kek lapis Sarawak yang mendapat pengiktirafan dan pengesahan jenama Sarawak Best disahkan halal oleh Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan JAKIM, termasuk jenama terkenal seperti Rabiah Amit, Di'Wannie Cake House, Mariam Cake House, D'Rieza Enterprise dan Kek Lapis Siti Payung.

Menyingkap sejarah, kek lapis Sarawak atau lebih dikenali sebagai kuih lapis di Sarawak, mula dipopularkan pada akhir 1980-an dan mempunyai keunikan tersendiri berbanding kek tradisional lain, sehingga mereka yang berkunjung ke Bumi Kenyalang pasti membawa pulang kek lapis ini.

Kek lapis Sarawak mempunyai corak yang cantik

Bezanya dulu kek lapis Sarawak yang mempunyai motif dan corak yang unik serta digabungkan dengan keenakan rasa, di samping teksturnya yang lembap namun pejal, hanya digunakan bagi hantaran kahwin dan kenduri kendara, selain dijadikan hidangan di Aidilfitri, namun kini ia sudah dikomersialkan sehingga ke luar negara termasuk ke Singapura dan Brunei Darussalam.

Asal usulnya kek lapis ini dikatakan daripada bangsa Melayu Sambas yang berhijrah dan menetap di Sarawak dan ia semakin popular pada 1990-an, sehingga jumlah pengusaha kek lapis juga tumbuh bagai cendawan, bukan saja yang membuka kedai kek, malah lebih ramai yang mengusahakannya di rumah dan menjana pendapatan sehingga ratusan ribu ringgit.

Biar pun berasal dari Indonesia, tetapi kek lapis Sarawak jauh lebih sedap berbanding keluaran negara jiran itu, kerana bahan yang digunakan lebih pelbagai dan mutunya juga lebih baik selain coraknya lebih cantik.

Malangnya, isu Golden Churn memberi kesan buruk kepada industri kek lapis Sarawak dengan tempahan sehingga 10 Ramadan yang kebiasaannya mencecah RM600,000, kini menjunam kepada hanya sekitar RM150,000 saja.

Mereka kehilangan ramai pelanggan biarpun sudah diberi jaminan bahawa pengusaha kek lapis Sarawak tidak menggunakan bahan jenama yang diharamkan itu. Ini kerana sudah lumrah sikap ragu dan was-was memang ada pada diri setiap manusia, jika timbul isu halal haram seperti sekarang.

Malah dalam kalangan umat Islam di Sarawak juga, sudah ada kedengaran mereka yang nekad untuk tidak lagi menjadikan kek lapis sebagai hidangan wajib pada Aidilfitri yang berbaki dua minggu dari sekarang, sebaliknya mahu menukar kepada juadah kek tradisional.

Tidak hairanlah sejak dua tiga hari lalu, ada pengusaha kek lapis Sarawak semakin ligat menggunakan laman sosial seperti Facebook dan Twitter untuk mempamerkan sijil halal dan kandungan kek lapis yang mereka keluarkan, bagi memenangi kembali keyakinan pembeli.

Penulis, Misiah Taib [misiah@bharian.com.my] ialah Ketua Biro Berita Harian Sarawak.

Laman-Seri : Saya pernah makan kek lapis dari Sarawak ini, tetapi disebabkan rasanya ‘pelik’ (bagi tekak saya), saya tidak mengambilnya lagi selepas menjamahnya sekali. Mungkinkah rasa ‘pelik’ yang saya alami ini 'petanda' kek yang dimakan mengandungi DNA babi...? Wallahu'alam.




Petikan : BHarian 16/08/2011

Capaian entry berkaitan :
* Eksklusif: Golden Churn ada DNA babi
* JAKIM sahkan mentega Golden Churn haram

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails