“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Jumaat, Ogos 05, 2011

Bulan khas mukmin rebut pahala

ABU Hassan menyampaikan ceramah pada Majlis Ihya Ramadan di surau NSTP, Balai Berita.

Tiada jalan pintas orang berpuasa laksana ibadah

RAMADAN adalah bulan dikhususkan untuk umat Islam dan sepatutnya pahala berlipat ganda dikurniakan Allah sepanjang bulan mulia ini menjadi rebutan dengan memperbanyakkan amal ibadah kerana ada yang tidak dipilih Allah untuk bertemu Ramadan kali ini. Penganugerahan Ramadan sebagai bulan untuk umat Islam berdasarkan hadis Rasulullah bermaksud: “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku.”

Penceramah bebas, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz, berkata walaupun hadis itu dikategori daif kerana sanadnya, dari segi matan atau apa yang Nabi SAW sebut boleh disampaikan sebagai pemberitahuan. Justeru, umat Islam boleh mengambil keistimewaan Ramadan untuk merebut sebanyak mungkin pahala serta akhirnya nanti membebaskan diri daripada dosa.

Katanya, istimewa bulan diwajibkan umat Islam berpuasa ini sehingga tidur ketika berpuasa dikira ibadah kepada Allah yang diberi pahala, malah berdiam pula ditulis sebagai bertasbih kepada Allah.

“Jika tidur dan diam juga diberi ganjaran, bayangkan ibadah yang kita lakukan sepanjang Ramadan. Sebab itu dikatakan hebatnya Ramadan, bulan untuk umat Islam kerana Allah taburkan pahala untuk kita rebut. Malangnya, mengapa ada yang tidak mahu merebut pahala ini? Tujuan utama Ramadan sebagai bulan umat Nabi SAW untuk mencari sebanyak-banyak pahala,” katanya pada Majlis Ihya Ramadan di surau The New Straits Times Press (NSTP).

Beliau yang menyampaikan ceramah ‘Ramadan Bulan Umat’ berkata, walaupun Allah memperuntukkan banyak pahala untuk orang berpuasa, tidak ada jalan pintas dalam melaksanakan amal ibadah.

Jalan pintas dimaksudkan ialah sikap sesetengah Muslim yang ingin merebut pahala tetapi mengambil ringan komitmen memastikan ibadat dilaksanakan menepati standard bagi membolehkan mereka menerima ganjaran sewajarnya.

Contohnya, terlalu berkira untuk menunaikan solat tarawih dari segi rakaat serta imam yang mengetuai solat termasuk sama ada bacaannya laju, selain menetapkan hari ganjil untuk ke masjid kononnya ingin mendapatkan lailatulqadar.

“Tiada jalan pintas dalam beribadah tetapi orang tidak faham. Mereka hendak cepat sedangkan dalam ibadat tidak boleh cepat-cepat. Nabi SAW sudah kata Allah lebih suka jika ibadat dibuat sebaik-baiknya,” katanya.

Abu Hassan berkata, kedatangan Ramadan disambut tiga golongan iaitu mereka yang tidak berasa kelainan atau keistimewaannya, resah gelisah menanti hadirnya dan kumpulan yang gembira serta tidak sabar menunggu.

Beliau berkata, berbeza dengan mereka yang tidak melihat perbezaan Ramadan, kumpulan yang resah akan risau kerana terpaksa berjuang melawan nafsu dan meninggalkan perkara biasa dilakukan.

“Yang seronok menanti Ramadan ialah mereka yang tahu kelebihan pahala menanti orang berpuasa. Nabi SAW bersabda, siapa yang benar-benar puasa kerana Allah, akan diampunkan dosanya yang lalu. Tetapi bagi yang berjumpa Ramadan kali ini hingga bertemu Ramadan akan datang tetapi dosa tidak terampun, maka celakalah mereka. Semoga habis Ramadan ini dosa kita akan terhapus dan mendapat pahala banyak,” katanya.

Beliau turut menasihatkan ibu bapa yang ghairah melatih anak berpuasa untuk menekankan juga aspek solat kerana kebanyakan mereka kini lebih menekankan soal berpuasa berbanding kewajipan solat seawal tujuh tahun. Mereka berpuasa tetapi mengabaikan solat, tidak bermakna puasa mereka kerana ibadat lain tidak dikira jika solat wajib ditinggalkan.

“Nabi SAW tidak suruh kita latih anak kecil puasa tetapi suruh kita didik anak solat pada usia tujuh tahun dan rotan jika sudah 10 tahun tidak mahu solat. Tetapi hari ini tiada ibu bapa pukul anak mereka kerana tidak mahu bersolat.

“Sedangkan jika kita berjaya melahirkan generasi yang tidak meninggalkan solat dari kecil, saya yakin peratus jenayah mampu dikurangkan kerana ditegaskan bahawa sembahyang itu mencegah perbuatan mungkar,” katanya.

Abu Hassan turut tidak setuju tindakan yang menunjukkan seolah-olah Ramadan adalah pesta makanan apabila banyak promosi bazar serta bufet Ramadan. katanya, Ramadan sepatutnya mengajar umat berjimat cermat dan menjaga kesihatan melalui pengambilan makanan yang sederhana bukan bulan pembaziran.




Petikan : BHarian 05/08/2011

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails