“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Ahad, Ogos 07, 2011

‘Banyak usaha pujuk umat Islam murtad’

Pihak berkuasa agama kurang tegas: Mufti Perak

KUALA LUMPUR: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata banyak usaha dilakukan pihak tertentu untuk mempengaruhi dan memurtadkan umat Islam di negara ini, namun tiada tindakan diambil pihak berkuasa agama Islam termasuk pimpinan tertinggi bagi menyekat aktiviti berkenaan.

Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan bukan saja ramai umat Islam memeluk Kristian, malah ada yang memeluk agama Hindu dan agama lain terutama saudara baru seperti India Muslim.

“Apabila saya dedahkan laporan Persatuan Paderi Malaysia yang mengisytiharkan lebih 230,000 umat Islam memeluk Kristian pada 2008, tiada tindakan diambil, malah kata saya itu didustakan.”

“Hakikatnya banyak (murtad), bukan sekadar masuk Kristian tapi Hindu pun ramai, saya tahu banyak usaha dibuat bukan Islam untuk pengaruhi Islam, malah ada mengakui poketnya sentiasa ada RM30,000 hingga RM50,000 bagi mempengaruhi umat Islam memasuki agama mereka,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Siri Bicara Agung Panggung Dakwah di sini, semalam.

Majlis itu dilancarkan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali.

Harussani berkata, antara strategi diguna gereja mempengaruhi umat Islam termasuk mengadakan aktiviti memberi makanan seperti di sekitar masjid pada waktu solat Jumaat dan Maghrib selain mengedar risalah agama ke rumah dan memberi wang kepada pelajar.

“Pernah terjadi sekumpulan pemimpin dari Subang Jaya termasuk bergelar Datuk berjumpa saya untuk memberitahu ada gereja sebarkan agama pada pelajar, beri duit dan bible dan perkara terbabit dilaporkan pada polis, tapi tiada tindakan. Saya juga hubungi pihak berkuasa, tapi jawapannya, kami nak buat macam mana,” katanya.

Beliau yang kesal dengan sikap itu, meminta pimpinan tertinggi membanteras aktiviti berkenaan daripada menjadi serius selaras kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.

Pujukan Gereja

NUR mendakwa kerap dihubungi gereja untuk diberikan bantuan.

Ibu tunggal tak dapat bantuan Baitulmal dalam dilema

SEREMBAN: Seorang lagi mangsa mendedahkan bagaimana dia dipujuk secara berterusan untuk mendekati gereja walaupun selepas membuat keputusan untuk tidak lagi menerima bantuan kewangan yang dihulurkan gereja terbabit di Rahang, dekat sini sejak Disember lalu.

Wanita yang ingin dikenali sebagai Nur, 40, berkata pada mulanya dia sanggup menerima bantuan yang dihulurkan gereja terbabit bagi memastikan empat anak perempuannya berusia lima hingga 12 tahun meneruskan kehidupan, selepas gagal mendapat bantuan berterusan daripada Baitulmal.

Katanya, pada mulanya dia berat hati tetapi selepas memikirkan nasib anak-anak yang masih bersekolah, dia menerima bantuan dihulurkan dalam bentuk makanan keperluan harian setiap bulan sejak April tahun lalu.

“Setiap bulan pihak gereja itu akan telefon dua hingga tiga kali untuk bertanyakan khabar. Mereka juga tidak lupa bertanyakan masalah dihadapi. Mereka turut menawarkan supaya saya dan anak-anak tinggal di asrama yang disediakan di pusat ibadah itu dan sanggup menanggung segala keperluan kami anak beranak termasuk keperluan persekolahan tapi saya menolak.”

“Bagaimanapun, sejak Januari lalu, saya turut menolak semua bantuan yang diberikan setiap bulan memandangkan jiran sudah memandang serong,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Ampangan, di sini, semalam.

Nur berkata, sejak berhenti kerja sebagai pembantu akaun pada 2008 akibat masalah kesihatan, antaranya asma yang teruk, darah tinggi dan kencing manis, dia masih perlu mencari rezeki bagi membesarkan anak-anak memandangkan suami lalai memberi nafkah.

Katanya, selain meminta ihsan saudara mara, dia turut menjalankan beberapa pekerjaan seperti membantu rakan menjual makanan kesihatan, makanan segera dan juga buku sekolah tadika.

“Namun sejak pengsan beberapa kali bulan lalu ketika menghantar buku ke sekolah tadika, saya tidak lagi bekerja. Saya cuba mendapatkan bantuan Baitulmal sekali lagi namun mereka memberi pelbagai alasan, antaranya saya pernah mendapat bantuan sebelum ini. Saya mengaku memang pernah dapat bantuan sebelum ini tetapi sekali saja. Kini saya sedang memikirkan sama ada mahu menerima sekali lagi tawaran daripada pusat ibadah itu atau tidak memandangkan mereka kerap telefon bertanyakan khabar dan menawarkan apa saja bantuan yang diperlukan,” katanya.




Petikan : BHarian 07/08/2011 dan BHarian 07/08/2011

Capaian entry berkaitan :
* Ahli politik perlu hormat tugas penguat kuasa
* Implikasi buruk cabar ketetapan Islam agama bagi Persekutuan
* Gerakan berani Kristian, salah siapa?
* Rumah perlindungan pesong akidah
* Perbaiki cara dakwah elak umat dipedaya
* 12 soalan kuiz antara bukti diperoleh JAIS
* ‘Banyak usaha pujuk umat Islam murtad’
* Awas dengan pertubuhan yang memurtadkan umat Islam
* Kisah seorang lelaki soleh dan gangguan syaitan
* Kemiskinan membawa kekufuran

4 ulasan:

  1. BHarian 08/08/2011 ~ Majlis Fatwa gesa siasat isu gereja

    KUALA LUMPUR: Majlis Fatwa Kebangsaan mahu pihak berkuasa menyiasat segera motif sebenar umat Islam dijemput menghadiri majlis makan malam di sebuah gereja di Petaling Jaya, baru-baru ini.

    Pengerusinya, Prof Tan Sri Dr Abd Shukor Hussin yang kesal dengan kejadian itu turut mempersoalkan kenapa majlis itu diadakan ketika umat Islam menjalani ibadat puasa.

    “Jika ia bertujuan untuk mempengaruhi individu supaya menukar agama, perkara itu jelas bertentangan dengan Perlembagaan negara.”

    “Jika ia sekadar program makan malam, ia tidak sesuai kerana itu adalah waktu berbuka puasa dan diadakan di gereja. Jadi kita kena tengok apa motif sebenar,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

    Baru-baru ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya kerana mengadakan majlis yang turut dihadiri umat Islam.

    Majlis itu dianjurkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang disyaki berselindung di sebalik kegiatan kebajikan dengan menawarkan wang tunai, tempat tinggal dan makan percuma kepada golongan miskin atau menghadapi masalah kewangan sebelum memesongkan akidah mereka.

    Sebahagian besar sasaran adalah golongan gelandangan dan ibu tunggal yang tidak berpendapatan tetap serta dibebani masalah kewangan. Pendedahan itu dibuat beberapa individu yang pernah menyertai program sama dan seorang daripadanya ditahan dalam serbuan itu.

    Sambil membidas NGO terbabit kerana tidak menghormati sensitiviti Islam terutama di bulan mulia ini, Abd Shukor meminta semua pihak supaya mengelak melakukan perkara sensitif termasuk menjemput orang Islam menghadiri majlis di gereja kerana ia jelas menimbulkan pelbagai tanggapan.

    Abd Shukor juga menegaskan, JAIS tidak boleh dipersalahkan kerana jabatan itu hanya menjalankan tugas.

    Beliau meminta pihak yang menghentam JAIS supaya tidak mengelirukan rakyat mengenai tugas serta peranan jabatan berkenaan.

    BalasPadam
  2. BHarian 08/08/2011 ~ PAS mahu jumpa JAIS, pengurusan gereja

    KUALA LUMPUR: PAS membuat keputusan berjumpa secara terus dengan pengurusan Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bagi mendapat maklumat lanjut berhubung isu serbuan terhadap gereja berkenaan pada Rabu lalu.

    Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata penjelasan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu dan Kemudahan Awam kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali berhubung tindakannya mempertahankan serbuan JAIS selepas mendapat maklumat orang Islam menghadiri majlis makan malam di gereja berkenaan adalah tidak mencukupi.

    Sehubungan itu, katanya, setiausaha agung parti, Datuk Mustafa Ali diarahkan berhubung dengan pihak berkenaan untuk menetapkan tarikh pertemuan yang akan ditentukan kemudian.

    “Kita buat keputusan untuk turun ke medan, PAS akan minta bertemu dengan JAIS dan gereja secara langsung untuk minta penjelasan. Kita tak boleh dengar penjelasan daripada Dr Hasan saja, kena berlaku adil.

    “Penjelasan dari beliau (Hasan) tidak cukup, laporan media (berhubung isu serbuan gereja itu) juga tidak cukup dan tidak boleh dipercayai.”

    “Sebab itu kita kena dapat penjelasan langsung dari JAIS dan gereja,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat di sini, semalam.

    BalasPadam
  3. BHarian 08/08/2011 ~ Negeri pantau kegiatan murtadkan umat Islam

    Jabatan agama beri amaran kepada gereja cuba pesong akidah

    SEREMBAN: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak termasuk gereja, jika terbukti ada cubaan memesongkan akidah umat Islam di negeri ini.

    Pengarah JHEAINS, Johani Hasan, berkata pihaknya menyedari ada kegiatan dilakukan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan gereja yang memesongkan akidah, namun tiada laporan serta bukti mengenainya.

    “JHEAINS sentiasa memantau perkara ini, namun pendekatan kita lebih kepada memulihkan semula akidah umat Islam yang terpesong. Bagaimanapun, kita mempertimbangkan tindakan lanjut terhadap gereja terbabit jika kegiatan yang dijalankan melampaui batas sehingga menggugat akidah umat Islam,” katanya kepada Berita Harian.

    Di KOTA KINABALU, Menteri di Jabatan Ketua Menteri yang bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam Sabah, Datuk Nasir Sakaran, mengakui ada pihak cuba mempengaruhi dan memurtadkan umat Islam di negeri itu, terutama di kalangan saudara baru, penduduk luar bandar dan perkampungan terpencil.

    “Bilangannya tidak serius seperti dakwaan sesetengah pihak dan kita tidak pernah berdiam dalam soal ini kerana ia membabitkan akidah. Pada masa sama, wujud kekeliruan dari segi nama, misalnya individu bernama ‘Mariam’ yang bukan beragama Islam tetapi ketika memohon MyKad, agamanya dicatat sebagai Islam tanpa disedari.
    “Apabila ini berlaku, ‘Mariam’ akan minta status agamanya ditukar kepada bukan Islam dan permohonan itu diklasifikasikan sebagai cubaan murtad sedangkan hakikat adalah sebaliknya,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

    Di ALOR SETAR, Mufti Kedah, Datuk Syeikh Mohd Baderuddin Ahmad mahu kerajaan segera bertindak ke atas kegiatan memurtadkan orang Islam di negara ini bagi membolehkan kesucian agama terpelihara.

    Bagaimanapun, katanya, pihak berkaitan dan badan agama Islam juga perlu memperkukuhkan institusi mereka dalam menangani isu berkaitan kebajikan dan keperluan umat Islam dari semasa ke semasa.

    “Dalam hal ini semua pihak perlu memainkan peranan sama ada pada peringkat penguatkuasaan atau kerja kebajikan untuk kepentingan umat dan agama itu sendiri,” katanya.

    Di JOHOR BAHRU, Kerajaan negeri sehingga kini, tidak menerima sebarang aduan mengenai wujudnya usaha untuk mempengaruhi dan memurtadkan umat Islam di negeri, kata Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Datuk Zainal Abidin Osman.

    “Walaupun ada pihak menyatakan kegiatan ini sudah menular ke seluruh negara, tetapi di negeri ini tidak ada,” katanya ketika dihubungi, semalam.

    Di KUCHING, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman, berkata pemimpin Kristian akan merujuk kepada Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) apabila ada umat Islam menemui mereka untuk meminta bantuan.

    “Memang pernah berlaku umat Islam yang kesempitan hidup mendapatkan bantuan gereja tetapi kerjasama dan hubungan baik pemimpin pelbagai agama di negeri ini dengan merujuk JAIS dapat mengelak berlaku pemesongan akidah umat Islam yang menghadapi masalah kesempitan hidup,” katanya.

    Di KOTA BHARU, Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat menyerahkan kepada kerajaan Selangor dan PAS Pusat untuk menentukan isu mengenai serbuan JAIS menyerbu sebuah gereja yang dikatakan menyebar ajarannya kepada umat Islam, baru-baru ini.

    “Tiada sebarang masalah yang berlaku di negeri ini, jika ada pun, ia hanyalah sedikit gangguan yang saya boleh diibaratkan seperti nyamuk di luar kelambu, tidak lebih dari itu,” katanya.

    Di GEORGETOWN, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malik Abul Kassim, berkata pihaknya tidak menerima laporan atau kes berhubung usaha pihak tertentu untuk mempengaruhi dan memurtadkan umat Islam.

    BalasPadam
  4. BH 08/08/2011 ~ Bantuan asnaf perlu disegerakan

    JAWHAR arah semua agensi percepat proses agihan wang Zakat

    Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) akan mengeluarkan arahan supaya semua agensi negeri yang mengendalikan urusan pengagihan zakat segera menyalurkan bantuan kepada golongan yang pernah menerima wang tunai yang ditawarkan pihak gereja.

    Ketua Pengarah JAWHAR, Datuk Anan C Mohd, berkata perhatian khusus perlu diberikan Pusat Pungutan Zakat, Baitulmal dan majlis agama Islam negeri bagi memastikan umat Islam dalam golongan asnaf menerima bantuan sewajarnya.

    “Jika mereka layak pada bila-bila masa sahaja kita sedia pertimbangkan dan sepatutnya tidak timbul masalah dalam pengagihan wang zakat kerana kita mempunyai kutipan mencukupi untuk membantu golongan miskin dan memerlukan.”

    “Malah, kita tidak menyalurkan bantuan dengan mengambil kira aspek kepartian atau politik kerana yang penting kebajikan golongan asnaf terpelihara. Bagaimanapun, kebiasaannya timbul masalah jika individu dalam golongan asnaf itu sendiri tidak menggunakan saluran yang betul untuk mengadu, walaupun pelbagai pihak dilantik pada peringkat akar umbi seperti amil, jawatan kuasa masjid dan pemimpin setempat untuk menyalurkan maklumat kepada agensi berkaitan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

    Baru-baru ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya kerana mengadakan majlis yang turut dihadiri umat Islam.

    Majlis itu dianjurkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang disyaki berselindung di sebalik kegiatan kebajikan dengan menawarkan wang tunai, tempat tinggal dan makanan percuma kepada golongan miskin atau menghadapi masalah kewangan sebelum memesongkan akidah mereka.

    Sebahagian besar sasaran adalah golongan gelandangan dan ibu tunggal yang tidak berpendapatan tetap serta dibebani masalah kewangan. Pendedahan itu dibuat beberapa individu yang pernah menyertai program sama dan seorang daripadanya ditahan dalam serbuan itu.

    Anan berkata, individu yang sebelum ini terpengaruh dengan tarikan tawaran pihak gereja itu masih mempunyai harapan untuk meneruskan kehidupan menggunakan wang daripada sumber yang lebih afdal.

    Beliau berkata, RM1.3 bilion dikutip pada tahun 2010 dan 80% atau RM1.1 bilion diagihkan kepada individu yang layak.

    Sementara itu, kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mendapatkan pandangan dan nasihat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berhubung tindakan sebuah pertubuhan yang beroperasi di gereja menawarkan wang tunai kepada umat Islam miskin.

    Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, berkata maklumat yang diperoleh itu juga sedang dinilai polis yang bertanggungjawab dalam hall berkaitan keselamatan dan ketenteraman awam.

    Laman-Seri : Datuk KDN ini bilalah hendak maju...? :(

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails