“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Selasa, Ogos 09, 2011

12 soalan kuiz antara bukti diperoleh JAIS


Pihak gereja didapati koyak, buang kertas dalam tong sampah

SHAH ALAM : Sebanyak 12 soalan berbentuk kuiz mengenai agama Islam bercetak, antara bahan bukti dierpoleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya, pada malam 3 Ogos lalu.

Wakil 45 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam Selangor yang juga Pengerusi Persatuan Sahabat Pusat Perubatan Universiti malaya (PPUM), Dr Dzulkhaini Hussain berkata, soalan itu amat mengelirukan, terutama kepada umat Islam.

Antara kandungan soalan dalam kertas cetakan itu ialah :

* Malaikat manakah yang dipercayai menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad?
* Apakah maksud perkataan ISLAM?
* Apakah maksud perkataan MUSLIM?
* Apakah maksud perkataan QURAAN?

Bagaimanapun, apabila JAIS dan polis berjaya masuk membuat pemeriksaan selepas 20 minit menunggu di ruang luar, pihak gereja didapati membuang dan mengoyak kertas kuiz berkenaan ke dalam tong sampah.

Serpihan kertas dibuang dalam tong sampah itu berjaya ditemui dan persoalannya ialah, kenapa perlu takut jika tidak berbuat salah? maklumat diperoleh menunjukkan JAIS juga tidak menggunakan kekasaran atau menyerbu ruang gereja seperti dilaporkan sesetengah media.

“JAIS dan polis menunggu di ruang menunggu kita-kira 20 minit sebelum masuk secara elok untuk membuat pemeriksaan,” katanya ketika ditemui di Masjid Negeri di sini, semalam.

Beliau sebelum itu menyerahkan memorandum kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyuarakan kekecewaan di atas sikap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam menangani isu berkenaan.

Memorandum sama yang diserah jam 11 pagi semalam kepada Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani turut menyatakan sokongan padu terhadap tindakan penguatkuasa JAIS bagi menguatkuasakan undang-undang sedia ada bagi melindungi kepentingan umat Islam di negeri itu. Dr Dzulkhaini berkata 45 NGO Islam di negeri ini kesal di atas sikap yang ditunjukkan Menteri Besat dan menyifatkan apa yang berlaku terutama umat Islam pada Ramadan ini.

Katanya, memorandum yang disampaikan itu adalah reprenstasi pendirian NGO Islam di negeri ini selepas mendapati isu berkenaan turut dimanipulasi beberapa akhbar dan portal berita sehingga menggambarkan tindakan JAIS seolah-olah salah, keterlaluan dan rakus.

Beliau meminta rakan beragama Kristian menghormati rakan Islam dengan tidak melakukan perkara yang jelas bertentangan dengan enakmen agama di Selangor, termasuk cuba memurtadkan orang Islam.

“Untuk beberapa hari ini, kami berjaya mengumpul maklumat berkenaan pemeriksaan yang dilakukan JAIS ke atas gereja berkenaan. Berdasarkan maklumat diperoleh, kira-kira jam 6.30 petang hari kejadian, berlangsung satu majlis ‘thanksgiving’ di dalam gereja. Majlis dalam dewan boleh memuatkan 100 orang itu dihadiri 20 orang Islam, iaitu 3 lelaki, 9 perempuan dan 8 kanak-kanak. Pada pintu dewan yang ditutup, diletakkan bunga manggar bagi mengelirukan tujuan ‘thanksgiving’ atau kenduri keagamaan,” katanya.




Sumber : BHarian 09/08/2011

Capaian entry berkaitan :
* Ahli politik perlu hormat tugas penguat kuasa
* Implikasi buruk cabar ketetapan Islam agama bagi Persekutuan
* Gerakan berani Kristian, salah siapa?
* Rumah perlindungan pesong akidah
* Perbaiki cara dakwah elak umat dipedaya
* 12 soalan kuiz antara bukti diperoleh JAIS
* ‘Banyak usaha pujuk umat Islam murtad’
* Awas dengan pertubuhan yang memurtadkan umat Islam
* Kisah seorang lelaki soleh dan gangguan syaitan
* Kemiskinan membawa kekufuran

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails