“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Sabtu, Ogos 06, 2011

Masalah kerap lupa ketika hamil


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bagi pengunjung yang sering menjenguk belog ini, tentu masih ingat lagi entry Alamak! Terlupalah.... Hari ini Laman-Seri akan mengupas masalah kerap lupa di kalangan ibu hamil pula. Ha ha... yang ini bukan buat-buat lupa, tetapi ada kaitannya dengan perubahan yang berlaku pada si ibu...

Ya, masalah kerap lupa bukan saja boleh berlaku kepada warga emas tetapi juga kepada wanita hamil. Kebanyakan mereka mengatakan ingatan jangka pendek mereka tidak begitu baik, terutamanya ketika kehamilan memasuki trimester pertama dan ketiga.

Logiknya, dalam trimester pertama, ingatan sering diganggu dengan pengalaman baru yang bakal dilalui misalnya kebimbangan mengenai kesihatan janin, keletihan tubuh dan loya akibat perubahan hormon. Ketika trimester ketiga pula, ibu hamil amat teruja dengan perubahan gaya hidup sepanjang kehamilan. Misalnya keletihan sepanjang hamil dan masalah sukar tidur di waktu malam.

Langkah yang boleh diambil

Bagi ibu hamil yang mengalami masalah ini, mereka boleh mengurangkan masalah keterlupaan ini dengan mencatatkan setiap perkara di dalam buku nota sebagai peringatan. Catatkan jadual harian di dalam diari atau mana-mana buku yang sesuai dengan anda.

Ðaya ingatan yang berkurangan ini mungkin sebagai tanda yang anda tidak perlu memikirkan pekara yang berat-berat. Misalnya terlalu memikirkan kertas dinding yang sesuai untuk bilik anak anda, membersihkan almari semata-mata langkah persediaan menyambut kelahiran bayi anda. Tekanan dan keterujaan yang dialami oleh wanita hamil ini biasanya dialami oleh wanita yang belum bersalin dan ia boleh mendorong wanita hamil menjadi lupa.

Jika kandungan merupakan anak pertama, cuba santaikan diri dengan mandi, makan malam istimewa, berjalan-jalan atau membaca novel. Jika ini bukan anak pertama, anda perlu mendapatkan bantuan untuk merawat diri anda. Justeru, belajar untuk merehatkan mind dan menjaga kesihatan diri untukmembolehkan anda lebih fokus pada perkara-perkara yang lebih penting.

Terlupa tanda tidak baik?

Adakah sifat terlupa di kalangan wanita hamil ini tanda diri mereka bermasalah? Sebenarnya tidak. Namun, jika anda mendapati diri anda sukar mengingat atau memberi tumpuan, rasa kecewa atau hilang minat terhadap sesuatu dan keadaan itu dialami hampir setiap hari, itu menandakan anda berhadapan dengan masalah kemurungan. Jika perasaan sedih keterlaluan, jangan biarkan diri anda merasainya sendirian. Berbincanglah dengan doktor untuk meminta pandangannya.

Kajian kes

Pada tahun 1993, kajian di kalangan wanita hamil di England mendapati, 81% daya ingatan mereka terjejas. Hasil kajian juga menunjukkan kebenarannya. Wanita di ketiga-tiga trimester, mempunyai perkaitan yang rapat untuk mengingat berbanding wanita yang tidak hamil.

Manakala pada tahun 2008, penyelidik Australia menganalisis 14 kajian yang dijalankan oleh penyelidik antarabangsa yang melibatkan lebih 1000 wanita dan mendapati memori wanita hamil terjejas sewaktu kehamilannya dan ia berlanjutan sehingga setahun selepas kelahiran bayinya.

Namun kesannya amat kecil. Menurut kajian itu lagi, ia hanya berkaitan dengan ingatan baru atau memori yang perlu mereka mengingatnya dan bukannya memori yang perlu mereka ingati setiap hari.

Pada tahun yang sama, kajian yang dijalankan oleh Australian National University mendapati wanita hamil mencatat jumlah yang sama untuk ujian memori dan logik sebagaimana yang pernah mereka lakukan ketika sebelum hamil.

Mengapa ibu yang hamil lebih mudah terlupa turut dikaji. Berkemungkinan ia melibatkan perubahan hormon, rutin yang terganggu malah gangguan waktu tidur.

Wallahu‘alam.




Sumber : MW#1445

Capaian entry berkaitan :
* Alamak! Terlupalah...

1 ulasan:

  1. Sepanjang tempoh pengajian untuk memperolehi ijazah, isteri saya telah melalui pengalaman kali mengndung. Bagaimanapun pencapaian peperiksaannya tidak pula terjejas. Secara kasar pencapaiannya dilihat maintain sebagaimana ketika tidak mengandung walaupun waktu mengulangkaji barangkali agak terganggu kerana mabuk yang teruk...

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails