“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Khamis, Julai 14, 2011

Alamak! Terlupalah...


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini Laman-Seri hendak berceloteh perkara santai iaitu, ‘lupa’. Manusia memang pelupa. Sering terlupa tempat barang miliknya diletakkan, terlupa ada temu janji atau terlupa isi-isi penting dalam artikel yang usai dibaca. Ada juga pelajar sekolah yang terlupa point-point penting pelajaran sehingga tidak mampu menjawab dengan tepat dalam peperiksaan dan sebagainya. Ada kes teruk dan lebih malang, tertinggal anak dalam kereta akibat terlupa dan menyebabkan anaknya kehilangan nyawa! Sedih rasanya bila kita baca di akhbar, budak lemas dalam kereta dan ‘Terlupa beri susu’ juga pernah berlaku... Nauzubillah, jangan sampai saya jadi pelupa sebegitu....

Saya memang pelupa, tetapi bukanlah pelupa tahap gaban seperti pesakit alzeimer. Ðikatakan, wanita yang pernah melahirkan anak akan menjadi seorang yang pelupa, lebih-lebih lagi semasa sebulan dua awal melahirkan. Saya pernah membaca artikel yang ditulis oleh seorang pakar perbidanan, katanya semasa bayi di dalam kandungan, ibu akan menyalurkan sedikit ‘akal’ atau ‘kepintaran’ kepada janin, oleh kerana itu ibu akan menjadi seorang pelupa selepas melahirkan anaknya. Sebab itulah ibu-ibu mengandung disarankan mengambil supliment yang mengandungi Omega 3 dan Omega 6 untuk mengekalkan kesihatan otak. Sejauh mana kebenarannya, wallahu’alam. Perkara ibu menjadi pelupa setelah melahirkan ini juga pernah dibincangkan oleh Ðaphne Iking dan Ðynas Moktar, maknanya bukan saya seorang sahaja yang menghadapi penyakit lupa... yey!

Bayangkan jika sudah berkali-kali mengandung dan melahirkan, maka bertambah-tambahlah penyakit lupa saya. Sewaktu melahirkan anak yang ke dua, saya tidak dapat mengingati nombor pin kad bank, juga nombor laluan masuk ke pejabat. Berkali-kali saya mencuba, memang tidak dapat mengingatinya langsung! Teruk sungguh saya rasa pada masa itu....

Saya juga pernah diserang demam denggi. Seorang rakan mengatakan kesan demam denggi akan menyebabkan seorang pesakit menjadi pelupa. Agaknya bila platelet darah rendah, pengaliran oksigen ke otak akan menjadi lambat dan akibatnya sel-sel otak banyak yang ‘cedera’... (AMARAN : ini cuma teori saya, jangan terus percaya, ya!) Memang saya perasan penyakit lupa saya semakin teruk selepas demam. Bueno! Kombinasi menarik, bertambahlah penyakit lupa yang saya alami. Sebab itulah saya menyimpan artikel dan sekali-sekala menulis di belog, supaya saya boleh imbas atau cari semula informasi yang diperlukan. Ðisebabkan manusia mudah lupa jugalah, mereka memerlukan organizer dan reminder. Ada yang menyimpan info dalam organizer atau diari, tidak kurang juga yang set reminder di telefon bimbit dan sebagainya.

Sebenarnya, tidak mengapa jika manusia sering terlupa itu dan ini. Bukankah manusia dinamakan manusia kerana sifatnya yang pelupa? Itulah asal maksud perkataan ‘al-insan’ daripada kata akar ‘nasiya’ yang bermaksud ‘lupa’.

Kejadian manusia terlupa ini telahpun dirakamkan dalam al-Quran, jadi tidak mengapa jika kita sering terlupa tidak teringat hari lahir suami atau isteri atau anniversary, namun, jangan sampai kita terlupa kepada Tuhan kita. Jika kita terlupa kepada Tuhan kita, tidak mustahil kita juga akan dilupakan oleh-Nya, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud, “Ðemikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini kamu pun dilupakan.” (Surah at-Thaahaa 20: 129)

Ðan jangan sesekali kita terlupa bahawa kita pernah beraku janji dengan Pemilik timur dan barat serta Pencipta langit dan bumi. Kita pernah ‘menandatangani’ satu kontrak dengan Pencipta kita. Itulah kesaksian tauhid.

Allah SWT berfirman yang bermaksud : Ðan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): “Bukankah Aku ini Tuhanmu?” Mereka menjawab: “Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi.” (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: “Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan).” (Surah al-‘Araf 7:172)

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, karena mereka melupakan hari perhitungan.” (Surah Shaad 38:26)

Ðan firman-Nya lagi yang bermaksud, “Ðan dikatakan (kepada mereka): “Pada hari ini Kami melupakan kamu sebagaimana kamu telah melupakan pertemuan (dengan) harimu ini dan tempat kembalimu ialah neraka dan kamu sekali-kali tidak memperoleh penolong.”” (Surah al-Jaatsiyah 45:34)

Jika kita selalu ingat ‘aku janji’ dan ‘kontrak’ yang pernah ditandatangani dulu, maka Insya Allah, perjalanan kita mencari redha Allah pasti akan jarang tersasar walau iman ada naik turunnya.

Kekallah fokus demi memenuhi ‘aku janji’ yang pernah dimeterai dulu dengan sentiasa mengikut majlis ilmu dan mengamalkan ilmu yang ada, bergaul dengan orang soleh dan selalu muhasabah diri, sebagaimana yang diingatkan kepada kita menerusi firman-Nya yang bermaksud, “Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik.” (Surah al-Hasyr 59:19)

Renung-renungkan....


0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails