Assalamualaikum dan salam sejatera,
Saya masih ingat, gara-gara aktiviti C&P sebuah artikel yang dipetik di SyurgaDiDunia yang bertajuk Patutlah Lelaki Menjadi Semakin Bodoh Dan Tidak Bertanggungjawab dan dikirimkan ke egrup yang saya sertai, saya telah menerima banyak kutukan dan feedback rasa tidak senang hati rakan-rakan egrup yang membacanya. Mungkin ada yang terasa kerana ia mengenai batang hidung sendiri, jadi ramailah yang melenting. Apa-apapun, berlapang dadalah membaca kerana pendapat sesiapapun, tidak semestinya benar belaka, jadi mengapa harus beremosi belebih-lebihan. Ðalam entry kali ini juga, saya kongsikan perkara yang hampir sama, tulisan ÐrHMTuah pula....
Pernahkah anda terfikir, mengapa lelaki menjadi ‘gabra’ apabila berdepan dengan wanita? Kadang-kadang lelaki itu bukan orang kecil, namun apabila berdepan sahaja dengan wanita, dia kelihatan kaku, tidak dapat bercakap dengan lancar aka gagap, berpeluh, teragak-agak dan tidak keterlaluan jika dikatakan ‘sedikit bodoh’.
Tahukah anda, sebenarnya, itulah kelemahan lelaki. Ðia akan jadi lebih bodoh apabila wanita yang berdiri di hadapannya itu dianggapnya sangat cantik. Malah lebih-lebih bodohnya apabila wanita itu bukan sahaja pada anggapannya sangat cantik, juga sangat-sangat ingin dimilikinya.
Lihat bagaimana reaksi P.Ramlee dalam filem Bujang Lapuk. ketika dia hendak pergi mencari kerja bersama Sudin dan Aziz, tiba-tiba mereka terserempak dengan Salmah. Ramlee terus gabra, berdirinya jadi tidak betul, cakapnya seakan merapu. Hingga Sudin membasuh Ramlee dengan kata-kata, “Ei Ramlee, engkau ni tak boleh tengok perempuan ye. Bila jumpa perempuan je terus mengada-ngada, menyampah!”
Sebenarnya, bukan P.Ramlee sahaja yang begitu. Ðalam raliti yang hampir semua lelaki adalah begitu. Maka itulah, kebanyakan agen sulit terdiri daripada wanita-wanita cantik, supaya dengan mudah mereka dapat masuk ke tenpat-tempat rahsia dengan ‘memperbodohkan’ pengawai-pegawai lelaki yang menjadi penghalangnya. Tentu anda setuju. Jika masih tidak setuju dan tidak mahu mempercayainya, teruskan bacaan anda...
Akhbar Japan Today memetik laporan J-Cast mengenai kajian terbaru pakar psikologi mengenai kajian terbaru pakar psikologi di Universiti Radboud, Belanda, bahawa lelaki melakukan tindakan bodoh bila berinterasi dengan wanita cantik. Idea itu datang apabila seorang daripada penyelidik itu mendapati dia tidak mampu mengingati alamat rumah semasa berbual kali pertama dengan wanita yang menarik minatnya.
Makin cantik makin gabra
Ðalam usaha membuktikan teori berkenaan, mereka membuat kajian terhadap 40 pelajar lelaki heteroseksual. Pelajar-pelajar itu diminta melakukan ujian memori yang standard iaitu mereka perlu menghafal beberapa ayat dan mengulanginya. Kemudian mereka diarahkan berbual beberapa minit dengan kumpulan lelaki dan wanita cantik sebelum mengulangi ujian hafalan berkenaan.
Kajian itu mendapati, lelaki lebih lambat dan kurang tepat memberi jawapan selepas berbual dengan kumpulan wanita cantik berkenaan. Lebih menarik seorang wanita itu pada mereka, lebih rendahlah markah yang mereka perolehi.
Berbeza dengan wanita, tahap memori mereka sama, tidak kira mereka bercakap dengan lelaki atau wanita. (Agensi, 26/04/2011)
Jadi, bukanlah susah untuk mengukur pandangan lelaki terhadap anda. Sekiranya anda lihat seorang lelaki itu sedikit gabra tatkala hendak bercakap dengan anda, itu tandanya dia melihat anda cantik. Semakin kuat gabranya, semakin cantiklah anda di matanya. Jika anda menyukainya, berikanlah respons yang sepatutnya, moga-moga gelojak hatinya yang tidak tentu hala itu akhirnya sampai pada matlamat, iaitu cinta yang suci dan berakhir dengan perkahwinan.
Adalah malang menyangka seseorang lelaki itu terpikat dengan anda, sedangkan sebenarnya tidak. Kegagalan anda mengenali bahasa tubuh ini menyebabkan anda membuang masa menyimpan rasa, hujungnya kecewa.
Sehebat mana pun seseorang lelaki itu dapat mengawal perasaannya, apabila berdepan dengan wanita yang dianggapnya cantik dan ingin membina perhubungan cinta dengannya, dia pasti akan kelihatan serba tidak kena.
Ðia biasanya cukup menurut, misalnya sanggup bersusah payah menelusuri longkang kerana kunci kereta anda terjatuh ke dalamnya. Meskipun dengan itu dia mengalami kesusahan dan kecederaan.
Jika seseorang lelaki bertindak ke tahap ini, ketahuilah, dia sangat meminati anda dan menganggap anda sangat cantik. Ðia mungkin secara serta merta telah membina keinginan untuk berkahwin dengan anda. Pada situasi begini, usah terlalu mendera lelaki berkenaan, sebaliknya berilah dia peluang untuk menjadi lelaki yang bertanggungjawab terhadap anda, andainya dia sememangnya lelaki soleh.
Sumber : Ðr HMTuah di MW#1438
assalamualaikum cek onion. :)
BalasPadamhm, saya ada dengar yang wanita ni antara ujian terbesar bagi lelaki. tak tahulah tahap mana kesahihannya. Betulkan saya if saya salah :)
tapi betul kata cek onion. benda2 macam ni kita kena open. Tak perlu beremosi/melatah if sebenarnya terkena kat batang hidung sendiri. Diri kita, apa kita buat, harus sedar diri. Dan tak lupa pada yang Maha Melihat kan.
hm, tak dinafikan kegabraan lelaki bila berhadapan dengan wanita yang disukai. Jelas kelihatan kegagapan berlaku. ~eheh.
p/s- saya takda pengalaman pun. tapi saya pun kurang suka nak berkomunikasi dengan lelaki. :D
Waalaikumsalam SAR...
BalasPadamTerima kasih sudi singgah.
Betullah tu, ujian terbesar bagi lelaki adalah wanita, ada hadis yang ditinggalkan Rasulullah yang berbunyi, "Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita." (HR (Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa'i dan Ibnu Majah)
Dunia mempunyai daya penarik yang kuat kerana Allah SWT telah menjadikannya berkeadaan demikian untuk menguji manusia siapakah yang dapat menguasai hawa nafsunya dan dapat menjalani kehidupan di dunia menurut jalan yang diredhai Allah. Antara daya penarik dunia ialah wanita kerana lazimnya mereka mendorong lelaki dengan tutur kata yang manis, gerak geri yang menggoda dan pakaian yang memberahikan. Semua ini mencabar keimanan kaum lelaki sehingga mereka menjadi lalai terhadap tugas dan kewajipan mereka.
Tetapi lelaki tidak boleh menyalahkan wanita dalam kesilapan tidak tanduk mereka kerana telah ada garis panduan yang difirmankan Allah SWT dalam surah an-Nur ayat 31, namun sedikit benar lelaki yang mematuhi arahan ini....
Senang cerita, tepuk dada tanyalah iman.
Bab gabra tu memang obvious... Kesian kat diaorang... hik hik...