“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Selasa, Julai 05, 2011

Kelemumur jejaskan penampilan lelaki

~ gambar hiasan ~

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Lelaki hari ini seperti wanita cukup menjaga penampilan. Bukan sahaja memberi perhatian kepada susuk badan dan wajah, tetapi juga menitikberatkan gaya rambut. Malah, tidak kurang juga beranggapan rambut yang sering kali dianggap mahkota buat wanita, adalah aset berharga kepada lelaki.

Mereka begitu ghairah untuk memiliki rambut yang sihat dengan gaya terkini. Maka tidak hairanlah apabila ada yang sanggup melaburkan wang yang banyak untuk memastikan rambut sihat. Menjaga rambut bukan sukar tetapi ia tidak juga mudah. Tidak kena gaya, ia mudah rosak, gugur dan beruban sebelum masanya. Meskipun begitu, kelemumur atau kegatalan kulit kepala adalah satu masalah yang lazim di kalangan orang ramai.

Kelemumur sebenarnya masalah kulit kepala yang boleh dialami oleh sesiapa saja termasuk bayi, kanak-kanak, remaja dan orang dewasa. Kebanyakan kes kelemumur tidak memerlukan rawatan doktor, tetapi jika selepas beberapa minggu menggunakan syampu berubat, kelemumur tidak hilang atau kulit kepala menjadi merah dan bengkak, anda mungkin perlu berjumpa pakar kulit.

Kelemumur adalah masalah kosmetik yang tidak sepatutnya dianggap sebagai satu penyakit. Ia kelihatan memutih, berkeping-keping dan jelas kelihatan pada rambut juga pakaian anda. Ia bukan sekadar masalah fizikal, tetapi juga emosi yang membuatkan seseorang menjadi kurang yakin, rendah diri dan runsing. Kehadirannya mencacatkan penampilan seseorang serta menyebabkan orang lain kurang selesa untuk berdampingan.

Terdapat beberapa salah faham mengenai punca dan sebab wujudnya kelemumur. Antaranya, ia dijangkiti melalui sikat atau bantal, disebabkan pemakanan yang buruk, tekanan kebimbangan, kepanasan, kelembapan dan menggunakan produk pendandan rambut. Faktor tersebut mungkin memburukkan lagi masalah kelemumur, tetapi ia bukanlah penyebab.

kelemumur

Ramai orang beranggapan kelemumur itu berkaitan dengan masalah kebersihan dan kekerapan anda membasuh rambut. Sebenarnya tidak, kelemumur tetap berlaku walaupun anda bersyampu atau sebaliknya. Kelemumur sebenarnya sebahagian daripada proses normal pertumbuhan sel kulit kepala yang baru. Ia selalunya dikaitkan dengan proses sel kulit tumbuh dan mati lebih cepat berbanding masa yang sepatutnya. Proses pertumbuhan sel kulit baru menyebabkan sel kulit lama mati dan gugur dari kulit kepala. Proses itu akan lebih cepat apabila seseorang itu berkelemumur. Sel itu juga membentuk keruping yang lebih besar dan jelas dilihat pada mata kasar.

Bagaimanapun, punca sebenar bagaimana kelemumur terjadi tidak diketahui. Secara umumnya, ia dikaitkan dengan kewujudan fungus dikenali sebagai ‘pityrosporum ovale’. Fungus itu menyebabkan seseorang mengalami kelemumur. Fungus ini tinggal di kulit kepala, bagi mereka yang sihat ia tidak akan menyebabkan sebarang masalah. Ada kalanya apabila jumlahnya terlalu banyak ia menyebabkan kegatalan dan sel kulit gugur.

Kelemumur akan menyebabkan kulit kepala terasa gatal dan kelihatan berkuping-kuping. Kelemumur bukan masalah berjangkit dan bukan masalah serius. Ada kalanya ia sukar dirawat dan memalukan. Secara umumnya, kelemumur ditangani dengan syampu berubat dan kekerapan anda untuk bersyampu. Namun, jika syampu tidak banyak membantu, anda mungkin perlu membuat temujanji dengan pakar kulit.

INFO: Golongan berisiko alami kelemumur

# Ia bermula pada peringkat usia dewasa dan berterusan hingga pertengahan usia. Namun, ada juga mereka yang berhadapan dengan kelemumur sepanjang hayat.

# Lelaki lebih kerap berhadapan dengan kelemumur. Dipercayai hormon lelaki memainkan peranan utama dalam hal ini. Lelaki juga mempunyai kelenjar penghasilan minyak pada kulit kepala yang lebih besar berbanding wanita. Justeru, ia menyumbang kepada terjadi kelemumur.

# Rambut dan kulit kepala yang berminyak

# Diet pemakanan yang kurang zink, vitamin B dan sesetengah jenis lemak.

# Masalah penyakit berkaitan neurologi.

Biasanya masalah kelemumur ini disebabkan beberapa perkara :

1. Jangkitan yis malassezia

Kulit di bahagian kepala berbeza dengan bahagian lain kerana epidermisnya lebih tebal dan lebih berpeluh serta berminyak. Ia ter bahagi kepada tiga lapisan utama iaitu, dermis, hypodermis dan epidermis yang terbahagi pula kepada corneum dan basal.

Proses penggantian sel-sel berlaku di bahagian Basal yang mana sel-sel dibahagi dan sel baru dibentuk. Sel yang baru akan menolak sel lama ke atas bahagian lapisan kulit sebagai cara ia matang. Proses ini berakhir apabila sel sampai pada lapisan corneum dan tanggal dengan sendiri apabila kulit kepala digosok atau dibasuh.

Dalam keadaan normal, proses kitaran sel-sel kulit ini berlaku antara 25 hingga 28 hari. Apabila proses penggantian sel di bahagian kulit kepala menjadi lebih cepat atau singkat kepada tujuh hari, maka terhasillah kelemumur. Ini kerana dalam jangka masa yang pendek, sel berkenaan tidak mempunyai peluang untuk matang dan kering apabila ia sampai di bahagian lapisan luar kulit kepala.

Mikro organisma dan fungus ini diburukkan lagi oleh pencemaran, minyak yang terlalu banyak atau kulit kepala yang terlalu kering. Sehubungan itu, mereka yang mengalami masalah kelemumur jangka panjang juga menghadapi masalah penipisan lapisan corneum sehingga 10 lapisan berbanding 25 atau 35 lapisan bagi kulit kepala biasa.

Walau bagaimanapun punca sebenar malassezia tidak diketahui. Boleh jadi disebabkan terlalu banyak minyak pada kulit kepala, perubahan hormon, tekanan, masalah saraf seperti parkinson, sistem imun terganggu, tidak mencuci dengan kerap dan semua masalah menyumbang kepada kelemumur.

2. Seborrheic dermatitis (gatal-gatal, kulit kepala berminyak)

Ia punca biasa menyebabkan kelemumur dan kelihatan merah, kulit kepala berminyak diselaputi keruping putih atau kuning. Ia bukan sahaja berlaku pada kulit kepala malah di kawasan kulit yang mengandungi liang minyak, seperti kening, tepi hidung, belakang telinga, tulang dada, celah kelangkang dan kadangkala pada bahagian ketiak. Stres juga boleh mengundang masalah seborrheic dermatitis menjadi lebih teruk.

3. Kulit kepala kering, gatal dan berkeruping

Ia disebabkan cuaca panas. Bentuk keruping disebabkan kulit kepala kering biasanya kecil-kecil dan kurang berminyak berbanding lain-lain punca yang menyebabkan kelemumur.

4. Kurang mencuci rambut

Jika anda tidak membasuh rambut dengan kerap, minyak dan sel kulit daripada kulit kepala akan terbina, menyebabkan kelemumur.

5. Psoriasis

Masalah kulit berpunca daripada pengumpulan sel kulit mati yang meng hasilkan keruping berwarna perak. Ia biasa berlaku di lutut, siku tetapi boleh juga berlaku pada kulit kepala.

6. Ekzema

Jika anda penghidap ekzema, kelemumur adalah masalah biasa. Sensitif pada sesetengah produk Kadang kala sensitif kepada sesetengah jenis produk rambut menyebabkan kulit kepala menjadi kemerahan dan gatal. Terlalu kerap mencuci rambut juga boleh menyebabkan kelemumur.

Tips rawatan kelemumur

Untuk mengatasi masalah kelemumur, rawatan boleh dilakukan sendiri dengan membasuh rambut menggunakan syampu anti kelemumur. Antaranya ialah syampu yang mengandungi zinc pyrithione (ZPT) yang mampu melawan kelemumur dari akar rambut. Ia bukan sahaja selamat untuk kegunaan harian, tetapi juga bertindak lembut pada rambut.

Selain itu, syampu yang mengandungi ketoconazole atau selenium sulfide juga boleh digunakan dua kali seminggu sehingga kelemumur hilang. Syampu ini tetap perlu digunakan walau kelemumur sudah hilang untuk mencegah fungus dan kegatalan kulit kepala.




Sumber : MW#1441 dan Kosmo!

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails