“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Rabu, Julai 06, 2011

Ðiet buah pisang popular di Jepun


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Memilih program diet yang bersesuaian bukanlah sukar. Asalkan anda yakin dan mampu melakukannya serta menu-menu yang disediakan sesuai dengan selera anda, tiada salahnya untuk anda cuba. Apa yang penting, anda perlu berdisiplin untuk melaksanakannya.

Ðiet pisang, dikembangkan oleh Hitoshi Watanabe dan isterinya, Sumiko kini begitu popular di Jepun. Keberkesanannya yang sering digembar-gemburkan melalui cerita dari mulut ke mulut serta bukti yang ditunjukkan mereka iaitu penurunan berat badan yang nyata ini menjadikannya lebih popular.

Ðiet pisang merupakan sebuah cara sederhana untuk mengambil sifat semulajadi pisang untuk membantu penurunan berat badan dengan cepat. Melalui diet ini, seseorang hanya perlu makan pisang untuk sarapan dan makan tengah hari dan malam pula sebagai kudap-kudapan.

Kedengarannya, ia terlalu sederhana dan mungkin boleh menjadikan anda bosan berikutan terpasa menelan pisang seharian dan mungkin berhari-hari. Mereka yang menjalani diet ini tidak boleh makan apa pun setelah jam lapan malam. Juga, perlu menghindari air krim, minuman manis, bersoda dan beralkolol kecuali air putih. Malah, diet ini tidak mensyaratkan olahraga sebagai penting. Tetapi, di dalam diet ini, dibenarkan mengambil kudap-kudapan manis setelah makan tengah hari.

Khasiat pisang, memangnya dikenali mampu membantu melancarkan system pencernaan di dalam tubuh. Juga, ia boleh menyebabkan peningkatan gula dalam darah. Ini bermakna, anda akan cepat berasa lapar kembali setelah menikmati sarapan buah pisang. Meskipun begitu, pisang dapat menyumbangkan tenaga yang besar sebagai makann ringan sehingga ia seharusnya dijadikan sebagai salah satu menu wajib dalam setiap program penurunan berat badan yang sihat.

Malangnya, cara ini tidak begitu baik kerana apanila memfokuskan menu makan hanya pada buah pisang tidak kira pada waktu sarapan, makan tengah hari dan juga malam boleh memudaratkan kesihatan. Selain itu, ia memberi kesan terhadap penurunan berat badan yang sihat dan kekal. Oleh sebab itu, disarankan agar jika anda ingin meneruskan diet ini bagi membantu melancarkan system pencernaan serta membakar lemak, anda bileh teruskan tetapi anda perlu emmakan makanan yang bersesuaian dan meneruskan rutin berolahraga. Cara ini dapat membantu anda mencapai hasil penurunan berat badan yang anda idam-damkan, dan bonusnya, anda dapat turunkan berat badan secara sihat.

Tips memilih pisang

Jika anda memilih untuk meneruskan diet pisang ini, anda perlu bijak memilih pisang yang sesuai dengan anda. Ikuti tips yang boleh anda jadikan panduan memilih pisang yang sesuai.

Menurut Ðavid L. Katz, pakar nutrisi dari Yale University School of Medicine, keita pisang berubah warna menjadi kuning (masak), kandungan antioksidan di dalamnya meningkat. Anda mungkin akan kehilangan sejumlah kecil nutrisi di dalam buah ini tetapi dari aspek yang lain, anda juga dapat kebaikan daripada peningkatan kadar antioksidan di dalamnya.

Pisang akan teasa lebih manis ketika masak. Hal ini disebabkan oleh kandungan zat tepung di dalamnya pecah dan berubah menjadi gula.

Ketika mengambil pisang dalam keadaan yang belum masak, tubuh perlu memecahkan zat tepung di dalam pisang tadi dengan sendiri. Akibatnya, kadar gula darah anda akan meningkat secara perlahan.

Tetapi, kata Katz lagi, ia bukanlah masalah besar. Baik pisang masak ataupun separuh masak, kedua-duanya kaya kalium, vitamin B6, serat dan vitamin C serta mengandungi kadar gula yang lebih rendah berbanding beberapa makanan lain seperti donat.

Produk hasil buah pisang

Jika tidak gemar makan pisang yang diproses menjadi makanan-makanan lain, anda juga boleh memilih pisang salai. Makanan ringan ini mengandungi kadar gizi bergantung pada kematangan, pengolahan, pengemasan serta jenis pisang yang digunakan.

Pisang salai, sama seperti pisang segar, kaya dengan karbohidrat dengan kandungan lemak yang relative rendah, kecuali pisang salai yang digoreng. Ði samping itu, kadar air yang menurun akibat proses pengeringannya akan menyebabkan kandungan mineral di dalamnya terkonsentrasi. Ðengan itu, jumlah mineralnya akan lebih banyak berbanding pisang segar dalam berat yang sama.




Sumber : MW#1439

Capaian entry berkaitan :
* Khasiat pisang
* Cantik, bijak dengan pisang?
* Kedaulatan Pulau Pisang
* Kebaikan makan pisang

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails