“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Rabu, Jun 09, 2010

Cantik, bijak dengan pisang?


Assalamualaikum warahmatullah,

Celoteh di petang Rabu... Ingat nak balik awal, tapi sebab EnSyujin [旦那さん] outstation, dapatlah stayback lebih masa untuk diri sendiri. Hik.. hik... bueno :)

Pisang merupakan salah satu buah kegemaran saya. Saya amat menggemari pisang montel (keluaran 'Dole') atau kalau tak silap, lebih dikenali sebagai pisang embun. Hari ini kita berkongsi sedikit info berkenaan pisang.

Pisang atau nama saintifiknya Musa sapientum adalah antara buah-buahan tempatan yang digemari ramai. Pisang merupakan kurniaan alam semulajadi yang lengkap dengan vitamin penting, galian, niasin dan juga zat galian seperti kalsium fosforus, besi, dan pisang juga mengandungi gula yang menyihatkan dan karbohidrat untuk tenaga selain rasa yang ENAK... hemmm... nyum... nyum..... Selain itu, pisang juga mengandungi vitamin A dan vitamin C - bukan sahaja membantu sistem imunisasi malah menggalakkan kulit yang sihat dan menawan. Pisang juga mengandungi kromium, sejenis bahan yang merangsangkan aktiviti enzim dalam metabolisme glukos yang penting untuk membekalkan tenaga.

Dalam perubatan tradisional, getah
pisang merupakan ubat yang mujarab untuk menyembuhkan luka. Dengan menyapukan getah pisang pada luka, darah akan berhenti mengalir dan lukanya akan cepat kering. Kudis pula boleh dirawat dengan mudah menggunakan kulit pisang. Selain itu pisang juga digunakan untuk mengatasi masalah sembelit, ulser dan penyakit gastritis atau radang perut.

Buah dan kulit pisang sering digunakan untuk rawatan kecantikan terutamanya bagi menegang serta melembapkan kulit muka menjadikan wajah lebih berseri.

Sebagai sumber buah-buahan yang mudah diperolehi di serata dunia serta harganya yang murah, pisang sewajarnya dimanfaatkan sepenuhnya bermula daripada kulit hinggalah kepada isinya.

Berikut disenaraikan serba sedikit kebaikan pisang :

1. Pisang mampu buat anda gembira.

Protein dalam pisang yang dikenali sebagai triptofan ditukar kepada serotonin oleh badan manusia. Serotonin adalah sejenis bahan yang mampu menghasilkan perasaan tenang, membangkitkan mood dan secara keseluruhannya membuatkan kita gembira. Oleh itu jika anda berasa kecewa, cuba nikmati keenakan pisang, sambil merasakan perubahan perasaan daripada negatif kepada positif.

2. Meredakan ketidakselesaan perut.

Kita sering mengalami masalah perut tidak selesa apabila bangun pagi akibat makan banyak sebelum tidur. Beberapa hirisan pisang atau pun minum pisang yang dikisar mampu meredakan 'menenangkan' perut sekali gus memulihkan rasa tidak selesa.

3. Hindari stres.

Apabila stres atau menghadapi tekanan kadar metabolik kita akan meningkat, pada masa yang sama menurunkan paras potasium dalam badan. Pisang mengandungi potasium yang tinggi membantu mengembalikan kadar potasium dalam badan pada paras normal. Degupan jantung dan aliran oksigen dalam badan juga boleh kembali normal.

4. Merangsang otak.

Pisang membantu merangsan fungsi otak disebabkan potasium yang terkandung di dalamnya. Hasil penyelidikan mendapati potasium membantu seseorang menjadi lebih peka dan berhati- hati. Cuba makan sebiji pisang sebelum menduduki peperiksaan atau menghadiri temuduga. Ia mungkin membantu.

5. Penampilan menawan.

Sejak zaman nenek moyang kita, pisang telah digunakan sebagai bahan untuk topeng kecantikan wajah. Ini kerana kandungan anti penuaan yang dipercayai terdapat di dalam pisang. Cuba resipi ini untuk mendapatkan kulit menawan. Kisar pisang dengan madu dan beberapa titik oren. Sapukan pada muka, biarkan beberapa minit sebelum dibilas bersih. Amalkan selalu untuk hasil yang memuaskan.

Semoga bermanafaat!




Rujukan : Buah-buahan dan khasiatnya dan UM 06/06/2010

Capaian entry berkaitan :

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails