“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Jumaat, Jun 11, 2010

HEBAHAN : Mencari anak yang 'hilang'

Mimie

Assalamualaikum warahmatullah,

Berita ini dipetik dari Utusan 11/06/2010. Jika ada di antara pembaca artikel ini terjumpa terserempak dengan Mimie, sila hubungi nombor talipon yang tertera di bawah. Ini sahaja usaha yang saya mampu lakukan untuk ibu bapa Mimie.

Kepada adik Mimie : Kesian pada mak dan ayah, dik!


IbuBapa bergadai cari anak larikan diri ikut kekasih


HULU LANGAT 10 Jun - Demi kasih terhadap anak gadisnya, sepasang suami isteri dari Semporna, Sabah sanggup menggadaikan semua barang kemas bagi membeli tiket penerbangan ke Semenanjung untuk mencari anaknya yang melarikan diri mengikut kekasihnya, seorang pengkid.

Pasangan terbabit sanggup bergolok gadai asalkan boleh membawa pulang anak perempuan mereka yang berusia 15 tahun pulang ke pangkuan keluarga setelah melarikan diri dari rumah sejak 15 April lalu.

Abdul Sarang Bangun, 42, dan isterinya, Norhayati Hambong, 43, yang berasal dari Kampung Sungai Gajah, Semporna yakin dapat menemui anaknya, Marnie atau mesra dipanggil 'Mimie' setelah mendapat khabar gembira bahawa anaknya itu pulang ke rumah bapa saudaranya di Batu 14 di sini pada 1 Jun lalu.

Namun, hasrat Abdul Sarang untuk menemui Mimie dan membawa pulang anaknya itu tidak kesampaian apabila remaja terbabit sekali lagi menghilangkan diri.

Abdul Sarang berkata, dia berasa amat sedih dan terkilan apabila gagal bertemu dengan Mimie setibanya di Semenanjung kelmarin kerana anaknya itu sudah meninggalkan rumah adik iparnya, Ali Bais Hambong secara senyap-senyap kira-kira pukul 1 pagi, Ahad lalu.

"Sebaik sahaja mendapat berita bahawa Mimie pulang ke rumah Ali Bais membawa beg pakaiannya dan menyatakan persetujuan untuk pulang ke Semporna, saya tidak teragak-agak membeli tiket penerbangan datang ke Semenanjung untuk menjemputnya.

"Sebagai petani, saya memang tidak berkemampuan datang ke Semenanjung tetapi isteri saya sanggup menggadaikan semua barang kemasnya untuk membeli tiket penerbangan dan membiayai perbelanjaan selama berada di sini," katanya ketika ditemui di rumah Ali Bais di sini hari ini.

Abdul Sarang turut membawa bersama seorang lagi adik iparnya dari Semporna iaitu Mohd. Yasin Hambong untuk menemaninya memandangkan ini pertama kali dia menaiki kapal terbang dan menjejakkan kaki ke Semenanjung.

"Saya harap Mimie menghargai pengorbanan dan kasih sayang kami terhadapnya dengan kembali ke pangkuan keluarga.

"Sebelum berangkat meninggalkan Semporna, isteri meninggalkan pesan agar membawa pulang Mimie dengan apa cara sekalipun dan perkara itu sentiasa dipesan setiap kali menghubungi saya," katanya.

Menurut Abdul Sarang, isterinya kini hanya mampu menelan sesuap dua nasi dan tidur kira-kira tiga jam sehari kerana terlalu merindui Mimie.

Sementara itu, Ali Bais memberitahu, dia tidak menyangka anak saudaranya itu sekali lagi melarikan diri selepas enam hari tinggal di rumahnya.

"Mimie memberitahu saya bahawa dia mahu kembali ke Sabah tetapi dalam masa sama masih lagi berhubungan dengan rakan pengkidnya.

"Rupa-rupanya, mereka kembali merancang untuk melarikan diri tanpa disedari saya pada awal pagi Ahad lalu," katanya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Mimie meninggalkan sekeping nota berbunyi 'Jangan cari aku. Minta maaf ayah dan ibu' kepada keluarganya sebelum menghilangkan diri bersama seorang pengkid yang juga bekas rakan sekampungnya yang berusia 20 tahun ke Kuala Lumpur pada 15 April lalu.

Mereka kemudian dipercayai menumpang di rumah seorang rakan di Damansara sebaik sahaja tiba di Semenanjung.

Sesiapa mengenali Mimie atau mempunyai maklumat mengenai gadis remaja ini boleh menghubungi:
  • Abdul Sarang di talian 014-2045729 atau
  • Ali Bais di talian 012-3315249.




Sumber : Utusan 11/06/2010

1 ulasan:

  1. Mimie, pulanglah nak, jangan jadi anak derhaka. Apa pun masalah dengan mak dan ayah perlulah diselesaikan cara elok. jangan sampai menyesal tak sudah.

    Masa untuk Mimie sekarang adalah belajar. Apa yang Mimie akan dapat dengan melarikan diri. Dalam 10 tahun akan datang cubalah fikirkan, dimanakah tempat Mimie kelak? Kalau begini berterusan pastinya di rumah kebajikan merayu simpati orang untuk sesuap nasi.

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails