Assalamualaikum warahamtullah,
Pagi tadi semasa menunggu kommuter untuk ke tempat kerja, saya ternampak berita ini, sekilas pandang saja, sebab akhbar itu kepunyaan orang. Terkejut juga membacanya, eh.. betul ke? Tempohari, nasib yang sama juga menimpa Mazuin Hamzah. Hemmm... terfikir pula saya, kekayaan tidak menjanjikan kebahagiaan. Sudah takdir-Nya jodoh mereka sampai di situ sahaja...
BANDAR SERI BEGAWAN, 2010/06/17 : Sultan Brunei malam tadi mengumumkan baginda menceraikan isteri kedua baginda, Azrinaz Mazhar Hakim selepas lima tahun berkahwin dengan bekas wartawan TV3 itu.
Sultan Hassanal Bolkiah yang merupakan salah seorang lelaki terkaya di dunia, 63, mengahwini Azrinaz pada 20 Ogos 2005 dalam satu majlis tertutup di ibu kota, dan mempunyai dua cahaya mata, seorang lelaki dan seorang perempuan.
Dalam pengumuman khas yang dibuat di seluruh Brunei jam 8 malam itu dan disiarkan Radio Televisyen Brunei dibacakan Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Alauddin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Abu Bakar antara lain menyebut: “Atas sebab tertentu (yang tidak dinyatakan), berlandaskan hukum syarak berhubung perkahwinan, pada petang Rabu (16 Jun 2010) baginda Sultan Brunei menceraikan isteri baginda, Azrinaz Mazhar Hakim dengan talak satu.”
Beliau membacakan kata-kata pujian kepada Allah sebelum mengumumkan mengenai berita perceraian itu. Semasa membuat pengumuman tersebut, beliau lengkap berkot dan bersongkok dan menyampaikan berita yang mengejutkan itu dengan tenang.
Azrinaz, 30, melahirkan anak lelaki mereka kira-kira setahun selepas berkahwin manakala anak kedua, seorang perempuan pada 2008 iaitu iaitu Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel, 4, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 2.
Menurut agensi berita AP, beliau turut mengumumkan semua gelaran dan pingat kebesaran yang diberikan kepada bekas isteri Sultan Hassanal Bolkiah telah ditarik balik mulai tarikh perceraian. Pada pengumuman khas itu, beliau menyatakan perceraian itu dilakukan atas sebab-sebab khas tanpa memberikan butiran lanjut. Beliau kemudian menjelaskan bahawa perceraian itu dibuat dengan dipandu dan ditentukan dengan hukum syarak dan menepati ayat suci al-Quran, surah al-Baqarah dari sebahagian ayat 229 iaitu menikahi dengan baik dan melepaskan juga dengan baik.
Pengumuman itu dibuat selepas tersebarnya khabar angin mengenai perpisahan mereka di Bandar Seri Bagawan.
Menurut agensi berita AP, ia merupakan perceraian yang kedua buat Sultan Hassanal Bolkiah yang mempunyai anggaran kekayaan sekurang-kurangnya AS$20 bilion (RM65.25 bilion). Baginda bercerai buat pertama kali dengan seorang bekas pramugari, Mariam Abdul Aziz yang mempunyai darah keturunan Brunei, Jepun dan Scotland pada Februari 2003 selepas 21 tahun mendirikan rumah tangga. Namun, Sultan Hassanal Bolkiah mengekalkan perkahwinan dengan isteri pertama, Raja Isteri Pangiran Hajah Anak Saleha yang dikahwininya pada 1967.Azrinaz dan Sultan Brunei diijabkabulkan pada 2005 di sebuah istana kerabat diraja Brunei di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, dalam satu majlis tertutup dan hanya dihadiri keluarga, sanak saudara dan sahabat terdekat kedua-dua pihak.
Azrinaz atau lebih mesra dipanggil sebagai Naz adalah lulusan Diploma Penyiaran dan bertugas di stesen TV3 sejak 1999 sebelum meletakkan jawatannya sebagai Eksekutif Wartawan Penyiaran pada Mei 2005 atas alasan 'untuk menjalankan perniagaan sendiri.'
Sumber ehsan : BH 17/06/2010, UM 17/06/2010 dan Kosmo! 17/06/2010
Terkejut gak baca...siap bagitau kat semua lagi pasal penceraian..
BalasPadamMungkin ada sebab yg kita sendiri taktau..