MELBOURNE 17 Sept. - Seorang lelaki Australia dilaporkan telah merogol anak gadisnya sendiri hampir setiap hari sejak 30 tahun lalu sehingga menyebabkan gadis itu melahirkan empat orang anak hasil hubungan mereka, satu jenayah yang menyerupai kes 'haruan makan anak' Jose Fritzl di Austria sebelum ini.
Lelaki yang kini berada dalam lingkungan usia 60 tahun itu, mula melakukan perbuatan terkutuk itu sekitar tahun 1970-an, ketika anak perempuannya itu berusia 11 tahun dan berterusan selama beberapa dekad, walaupun selepas pihak berkuasa menerima maklumat mengenai perbuatannya," lapor akhbar Herald Sun Melbourne hari ini.
Akhbar itu melaporkan bahawa isteri lelaki tersebut menyatakan bahawa dia tidak mengetahui tentang perkara tersebut. [NB: Pelik... tak mungkin isterinya tidak tahu...??]
Polis membuat keputusan untuk memfailkan pendakwaan selepas menerima bukti DNA bahawa lelaki itu adalah bapa kepada empat anak perempuan yang dilahirkan oleh wanita itu.
Media tempatan mengaitkan jenayah itu dengan kes Fritzl, yang dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada Mei lalu kerana mengurung dan merogol anak perempuannya sendiri selama 24 tahun, malah membunuh salah seorang daripada tujuh anak hasil hubungan sumbang mahram tersebut.
Polis Victoria enggan mengesahkan maklumat tersebut dengan menegaskan bahawa ia adalah perintah mahkamah yang melarang laporan berita sebelum prosiding serta mengenal pasti suspek. - AFP
Sumber : Utusan 18/06/2010
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Jumaat, Jun 18, 2010
Ayah rogol anak sendiri
Susunan :
Bawang Goreng
pada
6/18/2010 10:00:00 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 KOMEN:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...