“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Jumaat, Jun 18, 2010

Hemmm.... apa pengajarannya?


Assalamualaikum warahmatullah,

Semalam (17 Jun) saya sempat menonton Bulletin Utama di TV3 yang mengisahkan seorang remaja dihukum penjara 2 tahun dan didenda RM8,000 sementara pasangannya seorang pesalah juvenil diarah membayar jaminan bon sebanyak RM2,000, kedua-dua tertuduh mengaku bersalah atas tuduhan menyembunyikan kelahiran seorang bayi lelaki dengan cara menanam mayat bayi itu di tepi sebatang sungai. Kisah penuh di entry : Pemuda tanam bayi dihukum penjara dua tahun. Secara peribadi, bagi saya, adillah hukuman ini, dua-dua pesalah laku dikenakan hukuman.

Pada 7 Jun lepas, seorang siswazah dihukum penjara 12 bulan dan denda RM7,000 kerana membuang bayi yang dilahirkannya, rujuk entry : Bekas pelajar UiTM dipenjara 12 bulan. Hanya si perempuan yang dikenakan hukuman kerana si lelaki hilang tanpa dapat dikesan. [NB: Ish.. ish... iya ke tak dapat dikesan? JPN, EPF, PDRM dan lain-lain boleh mengesan lelaki ini. Alasan tak munasabah!]

Hukuman yang dikenakan mungkin agak ringan, tetapi sekurang-kurangnya, mereka yang merancang untuk melakukan kesalahan yang sama, mungkin akan berfikir berkali-kali sebelum melakukan jenayah ini.

Ini kisah yang telahpun berlaku. Mari kita lihat sejarah yang berlaku yang saya petik dalam entry ini : Akibat cinta bersandarkan nafsu. Antara isinya :

Statistik anak tak sah taraf di kalangan bangsa Melayu adalah yang kedua paling tinggi untuk tahun 2009, iaitu seramai 17,303 orang, di belakang kaum-kaum lain. Ini juga bermakna, ± 47 bayi berketurunan Melayu dilahirkan setiap hari sepanjang tahun 2009! Statistik untuk tahun 2007 pula seramai 16,100 (± 44 orang sehari) dan pada tahun 2008 seramai 16,541 (± 45 orang sehari). Jumlah keseluruhan anak tak sah taraf yang berdaftar di JPN dari tahun 2005~2009 ialah seramai 74,723 orang.



Yang menjadi persoalan dalam benak fikiran saya, adakah badan-badan tertentu yang benar-benar mengambil iktibar dengan angka-angka yang diumumkan ini?

Kita (yang berkenaan) sepatutnya membuat post mortem terhadap subjek (anak tak sah taraf dan ibu yang melahirkan) untuk mengkaji punca-punca sebenar gejala sosial yang berlaku hari ini. Adakah badan berkenaan yang membuat kajian atau soal selidik atau mengumpulkan fakta daripada mereka yang terlibat dengan kelahiran anak tak sah taraf dan kes pembuangan bayi serta lain-lain kes lagi?

Saya tidak pasti apa yang mereka (badan yang berkenaan) buat dengan produk 17,303 untuk tahun 2009 ini, pembetulan... produk 74,723 ini. Saya ada mendengar berita yang Astro akan menyiarkan program 'Zuriat Kita', hasil daripada kajian terhadap kes anak tak sah taraf ini. Secara peribadi, ini salah satu usaha yang amat wajar, tapi saya tidak tahu apa yang dikupas, jadi tak boleh komen apa-apa lagi buat masa ini.

Sebenarnya, banyak yang boleh kita belajar daripada kes ini, bukan setakat berbangga dengan angka mereka. Setakat ini ada beberapa persoalan yang bermain dalam fikiran saya :
  1. Adakah badan berkenaan yang mengambil tindakan terhadap ibu yang melahirkan anak tak sah taraf?
  2. Adakah badan berkenaan yang mengambil tindakan terhadap 'bapa' yang menyebabkan kelahiran ini?
  3. Adilkah kita cuma menyalahkan ibu yang mengandung?
  4. Adakah ibu dan 'bapa' anak-anak ini diberi kaunseling dan sebagainya, supaya perkara yang sama tidak berulang di kemudian hari?
  5. Adakah jaminan ibu dan 'bapa' ini benar-benar insaf atau mereka akan mengulang perbuatan yang sama, dengan orang lain pula?
  6. Adakah mereka yang berkenaan membuat kajian psikologi (emosi perkembangan dan tumbesaran) terhadap bayi anak tak sah taraf ini?
  7. Adakah badan yang berkenaan membuat kempen dari sekolah ke sekolah, beri ceramah tentang kes kelahiran anak tak sah taraf dan kes pembuangan bayi?
  8. Macam-macam lagi, hendak seribu daya, mahu seribu usaha!

Kita hendaklah bersungguh-sungguh menangani kelahiran anak tak sah taraf dan gejala pembuangan bayi ini. Bukan setakat menyimpan statistik dan canangkan kepada umum, seolah-olah kita juara, serba boleh dan bangga dalam hal yang negatif sebegini.

Harapan saya semoga ada kajian atau post mortem dibuat ke atas apa yang berlaku, cari punca yang sebenar, mengapa perkata ini berlaku dan daripada sinilah kita boleh fikirkan cara-cara pencegahannya.
Ingat, ini bukan kes main teka-teki! Semoga tiada lagi pihak yang menuding jari menyalahkan satu pihak sahaja dan pihak yang lain akan menyalahkan satu pihak lain pula...




Capaian entry berkaitan :

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails