“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Sabtu, Jun 19, 2010

Bapa Jepun kurang mesra, bantu kerja rumah


Assalamualaikum warahmatullah,

Semalam saya berkesempatan membaca berita ini di BHarian 18/06/2010, yang melaporkan kaum bapa di Tokyo kurang menghabiskan masa bermain dengan anak mereka dan jarang membantu melakukan kerja rumah berbanding kaum bapa di bandar besar Asia lain berikutan terpaksa kerja untuk tempoh yang panjang, Kenyataan ini dikeluarkan menurut satu laporan, yang tidak pula disebut tajuknya.

Menurut berita ini lagi, hanya 37% kaum bapa di Tokyo menghabiskan dua jam sehari dengan anak mereka pada hari biasa berbanding 50% bapa di Seoul dan tiga perempat di Beijing dan Shanghai, kata penyedia perkhidmatan pendidikan Benesse yang membuat tinjauan. Ia juga menunjukkan bapa di sini (Tokyo) pulang lebih lewat berbanding kebanyakan bapa di Asia, dengan 40% pulang pada jam 9 malam berbanding 29% di Seoul dan 3% di bandar China.

Masyarakat Jepun secara tradisinya lebih mementingkan kerja keras namun ramai menyatakan budaya korporat dan meluangkan masa panjang di pejabat menjadi faktor menyumbang kepada kadar kelahiran yang rendah di negara itu. Jumlah penduduk Jepun berkurangan tahun lalu masuk tahun kedua berturut-turut dan dijangkakan mengecut tahun ketiga dalam tempoh 50 tahun jika aliran terkini berterusan.

“Jepun memerlukan struktur sosial bagi memudahkan bapa kembali ke rumah dari tempat kerja lebih awal dan turut sama menyumbang dalam proses membesarkan anak mereka serta membantu isteri melakukan kerja rumah,” kata Ketua penyelidik Benesse, Noboru Kobayashi, dalam laporannya.

Sebanyak 45% bapa di Tokyo berkata mereka tidak pernah membuat sebarang kerjarumah manakala hanya 4.4% membantu membersihkan rumah setiap hari.
Selain itu, 52% bapa di Tokyo hanya meluangkan masa hujung minggu dengan menghabiskan 10 jam sehari bersama anak mereka berbanding 48% di Seoul manakala 34% di Beijing dan 31% di Shanghai.

Mengikut pengalaman saya bekerja dengan bos Jepun, mereka memang jenis yang selalu 'stayback' sehingga lewat malam. Paling awal, mereka akan pulang pada pukul ±8 malam. Selebihnya, mereka sering pulang dalam pukul 9~10 malam. Saya sering juga menerima email dan panggilan dari Jepun (di pejabat - atas urusan kerja) pada pukul 6 atau 7 malam, dan pada waktu itu negara Jepun sudahpun masuk pukul 7~8 (Jepun 1 jam awal dari Malaysia). Bermakna, jam 8 malam, mereka masih berada di pejabat dan ini perkara biasa bagi mereka. Jika pulangnya sudah lewat, masih adakah masa yang tersisa untuk bermesra bersama isteri dan anak? Jika inilah budayanya, tidak menghairankan jika dilaporkan cuma 4.4% membantu membersihkan rumah setiap hari. Syukurlah kita tidak berjodoh dengan orang Jepun. Kui.. kui.. kui...

Walaupun tiada angka yang dilaporkan untuk kaum bapa di Malaysia, saya percaya angkanya melebihi dari ketiga-tiga negara yang disebutkan di atas.

Syabas untuk kaum bapa di Malaysia kerana masih mementingkan keluarga daripada kerjaya.


0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails