“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Khamis, Jun 10, 2010

KDN kaji skim hukuman kemasyarakatan


Assalamualaikum warahmatullah,

Berita yang saya baca di utusan, berkenaan skim hukuman melakukan kerja kemasyarakatan amatlah dialu-alukan. Rasa-rasanya, inilah pertama kali saya mendengar si pak menteri yang suka-suka 'terkejut' ini memberi idea bernas... erk... itupun setelah sekian lama kerajaan menghabiskan beras dan lain-lain lagi, hanya untuk 'produk' yang tidak menguntungkan ini...

Semenjak kebelakangan ini, saya sering tertanya-tanya, bagaimanakah kita boleh memaksimumkan pengunaan tenaga tersimpan ini. Kira-kira setahun yang lalu [Fri Jun 26, 2009 7:12 am], saya pernah mengusulkan [rujuk : SiM e-group], mereka yang ditempatkan di pusat serenti, penjara dan sebagainya ini diberi latihan ketenteraan (ala-ala komando gitu) dan lepas itu boleh hantar mereka berjihad ke Palestin.

Iyalah, daripada mereka
makan tanggung berak cangkung duduk fee atau bila di luar penjara mereka dok menyusahkan ibubapa, keluarga, isteri, anak-anak dan masyarakat setempat, apa kata beri mereka peluang membuktikan kepada kita yang mereka sebenarnya bukan sampah masyarakat. Tak gitu?



KUALA LUMPUR 5 Jun – Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan sedang mengkaji kemungkinan mewujudkan skim hukuman melakukan kerja kemasyarakatan iaitu banduan akan bekerja di kem-kem tentera di bawah pengawasan ketat pegawai penjara dan anggota tentera.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kedua-dua kementerian telah mengadakan rundingan peringkat lanjutan bagi meneroka kemungkinan mengadakan kerjasama untuk mewujudkan skim hukuman melakukan kerja kemasyarakatan itu.

“Ini merupakan satu daripada inisiatif yang sedang dikaji oleh Kementerian Dalam Negeri dalam memerangi jenayah,” katanya dalam sesi soal jawab dengan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), transkrip temu bual itu dikeluarkan di sini hari ini [06/06].

Hishammuddin berkata, program itu akan dapat membantu mengurangkan kesesakan di penjara di samping boleh membantu tentera menjimatkan kos, menjana lebih banyak pendapatan bagi banduan dan membantu meningkatkan keberkesanan kerajaan dalam mencegah jenayah.

“Kerjasama bersifat menang-menang ini akan memberi kuasa pacuan kepada inisiatif yang kami lakukan,” katanya. Selain memberi fokus dan penekanan terhadap usaha menambah kehadiran dan jumlah anggota polis di kapangan, inisiatif lain seperti pendakwaan, hukuman dan pemulihan juga sedang dilakukan.

“Kami akan terus menggunakan penyelesaian bersifat kreatif dan inovatif bagi mencapai kesan dan hasil maksimum,” katanya. Beliau berkata polis juga telah mencadangkan inovasi baru dan kreatif untuk terus mara ke hadapan, yang bertumpu pada usaha mengenal pasti bidang khusus bagi setiap kontinjen negeri.

“Ini sejajar dengan usaha berterusan kami untuk memberi perkhidmatan keselamatan bertaraf dunia kepada rakyat,” katanya. Contohnya, ibu pejabat polis kontinjen Kuala Lumpur telah dikenal pasti untuk dijadikan sebuah organisasi kepolisan premier, sejajar dengan transformasi Kuala Lumpur dalam Model Baru Ekonomi; Selangor sebagai model kepolisan berasaskan masyarakat dan Pulau Pinang sebagai model kepolisan yang menggunakan teknologi tinggi.

“Akhir sekali, kami memerlukan penyertaan setiap orang, terutama anggota masyarakat, di mana terletaknya titik panas. Kami mahu orang ramai menjadi sebahagiaan daripada pasukan menentang jenayah di negara ini,” katanya.

Hishammuddin berkata, sejak tahun lepas, kementerian meletakkan pembabitan masyarakat sebagai agenda utama dalam usaha berterusan kami dan di sinilah pertubuhan seperti Rukun Tetangga dan persatuan penduduk boleh sama-sama memainkan peranan mereka dengan berkesan. – Bernama [Sumber : UM 06/06/2010]



Ini kisah banduan warganegara Malaysia. Bagaimana pula dengan banduan asing?

Menurut sumber yang saya baca [tranungkite], berdasarkan statistik pada tahun 2006, perbelanjaan yang ditanggung oleh kerajaan untuk mengurus banduan adalah sebanyak RM1,274,490 (RM1.27 juta). Berdasarkan jumlah banduan pada ketika itu yang seramai 42,483 ribu orang [Bernama 14/09/06], dari sini kita dapat mengira kos purata untuk setiap banduan iaitu 1,274,490 x 30 / 42,483 = RM900 sebulan seorang. Katakan seseorang dijatuhkan hukuman atas kesalahan mencuri besi paip bernilai RM300 dan dipenjarakan selama 3 tahun (mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan), maka selama tempoh hukuman di penjara, secara purata, kerajaan terpaksa mengeluarkan belanja sebanyak RM32,400 (RM900 x 12 x 3). Jika diukur dengan ‘nilai’, ini adalah tidak memadai kerana kerugian barangan sebanyak RM300 terpaksa ditanggung dengan kerugian wang rakyat sebanyak RM32,400, lebih kurang 100 kali ganda.

Daripada entry ini RM171 juta belanja tahanan warga asing pula [24 Mac 2010], menurut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, kerajaan membelanjakan kira-kira RM171 juta bagi menanggung perbelanjaan tahanan dan banduan warga asing bagi tahun 2009. Sepanjang tahun itu sahaja, banduan warga asing yang diuruskan di penjara adalah berjumlah 81,396 orang dan purata sehari tahanan adalah berjumlah 13,392 orang.

Ini JELAS menunjukkan kemasukan pekerja asing sebenarnya salah satu bebanan ekonomi yang meliputi implikasi kos yang ‘rela hati’ dan ‘sengaja’ ditanggung oleh kerajaan untuk perbelanjaan pengurusan melibatkan tahanan warga asing, ini termasuk peruntukan yang disalurkan untuk pengurusan pusat-pusat tahanan seperti lokap, penjara dan depoh tahanan Imigresen.

Tahanan warga asing yang diuruskan di 13 buah depoh tahanan pula adalah berjumlah 408,979 orang bagi tempoh tiga tahun sejak 2006 dan purata setahun tahanan adalah berjumlah 102,244 orang. Perbelanjaan yang ditanggung kerajaan bagi jumlah kos makan untuk sehari bagi tahanan warga asing di depoh tahun lalu sahaja adalah sebanyak RM341,881!

Program penghantaran pulang dan pengusiran warga asing yang diuruskan oleh Jabatan Imigresen dari tahun 2007 hingga tahun 2009 pula melibatkan kos kira-kira RM35 juta.

Banyaknya peruntukan kerajaan yang SENGAJA dibazirkan. Bak kata pepatah, tiada beban, batu dipikul! Mungkin lebih baik pihak kerajaan memikirkan cara-cara untuk memaksimumkan tenaga banduan asing ini pula. Aisey... susah-susah, hantar saja mereka ke tengah laut dan bekalkan mereka labu, seperti kisah si Luncai....


0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails