“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Isnin, Jun 21, 2010
Taka palma - flora saka
Susunan :
Bawang Goreng
pada
6/21/2010 10:45:00 PG
RUPA bunganya yang pelik dengan jambang terurai dan warna hitam gelap menyebabkan bunga kelawar sering dilabelkan sebagai bunga mistik dan membawa unsur jahat. Masyarakat dulu mengelak menanam pokok ini kerana dikatakan boleh merasuk anak dara dan kanak-kanak.
Bunga kelawar : Mendapat namanya kerana ia menyerupai mamalia terbang, kini menjadi rebutan pengumpul bunga eksotik.
DIKATEGORIKAN sebagai tanaman unik, pokok yang bunganya seakan-akan kelawar memang jarang ditemui dan kebanyakan orang tidak pernah melihatnya.
Baru-baru ini, pokok yang dikenali sebagai bunga kelawar atau bat lily atau nama saintifiknya Tacca chantrieri atau Tacca nivea ini dipamerkan di Taman Semangat Malaysia pada Pameran Bunga Persatuan Hortikultur Diraja Chelsea (RHS Chelsea), Britain.
Kehadiran bunga ini bukan saja melayakkan Malaysia menang pingat emas bagi kategori Laman Tercantik, malah menarik beribu pengunjung ke taman milik Malaysia itu. Bunga kelawar mendapat nama kerana rupanya seakan-akan haiwan mamalia terbang berkenaan dan mengeluarkan bunga yang sungguh istimewa kerana warna dan rupa bentuknya berbeza dengan bunga yang lazim ditemui.
Tergolong dalam famili Dioscoreaceae, bunga ini mempunyai lebih 10 spesies. Dikenali sebagai tumbuhan herba saka, ia lebih dikenali sebagai taka dan boleh ditemui di Asia Tenggara, Afrika Barat dan Amerika Selatan.
Sesuai namanya, bunga kelawar berjambak dan dikelilingi dua kelopak braktea berwarna hitam coklat terbentang lebar yang boleh mencapai ukuran sekitar 25 sentimeter. Seperti bunga calalily, bunga kelawar juga mempunyai unjuran halus panjang yang kelihatan seperti jambang atau surai. Rupa bentuknya itu seakan-akan seekor kelawar yang sedang terbang.
Pokok yang banyak ditemui hutan hujan tropika ini sukakan kawasan yang redup dan lembap sepanjang masa dan di Malaysia ia banyak ditemui di kawasan hutan tanah pamah, belukar di sekitar lereng bukit dan juga kebun getah.
Selain itu, ada juga yang memanggil pokok ini sebagai lili hitam, yang mana sekali imbas pokok ini seakan pokok kunyit dengan daun lebar berukuran kira-kira 35 sentimeter, bertangkai pendek dan berwarna hijau zaitun. Permukaan daun pokok ini berurat dalam dan berkedut sedikit seperti daun bayam.
Bagi masyarakat tempatan, bunga kelawar dengan pelbagai nama seperti taka hitam, taka laut, taka palma, bunga cenderawasih dan kecondong yang boleh membesar sehingga satu meter. Nama-nama berkenaan membezakan antara satu jenis pokok dengan yang lain.
Taka putih mempunyai braktea berwarna putih kelabu yang tumbuh menghala ke atas dan unjuran jambang yang lebih panjang. Spesies ini sangat popular dan dikenali sebagai bunga cenderawasih kerana strukturnya kelihatan seperti sayap dan ekor burung cenderawasih.
Taka putih juga banyak digunakan dalam perubatan tradisional dan penduduk tempatan memberikan pelbagai gelaran seperti janggut adam, janggut baung, keladi murai, sebiak, belimbing tanah, dan kelemoyang air. Spesies ini dikatakan boleh dijadikan ubat yang mana air rebusan diminum untuk merawat penyakit darah tinggi, buasir, kencing manis, batu karang dan mandian untuk wanita selepas bersalin.
Taka laut pula biasanya tumbuh di kawasan berpasir atau pesisir pantai dan daunnya lebih lebar serta berpelepah hijau muda manakala gugusan jambak bunga berbentuk seperti payung dengan 20 hingga 40 bunga kecil berwarna kehijauan tergantung di atas tangkai bunga sepanjang 30 sentimeter. Spesies ini ada buah yang berbentuk lonjong membulat.
Dalam perubatan tradisional, taka laut dijadikan minuman tonik menguatkan tenaga batin, manakala ubi dan daunnya mengandungi kanji dan dimakan sebagai sayur. Tangkai daun dan bunga pula mengandungi serat dan sesuai dalam kraftangan membuat topi.
Taka Palma pula dikatakan berasal dari negara ini dan kini dijumpai di Afrika Barat dan Kepulauan Pasifik. Spesies ini pokoknya lebih kecil juga dipanggil sebagai gadung tikus dan temu giling. Daun pokok ini seperti pokok mapel, manakala bunganya berwarna ungu keperangan dan dikelilingi braktea berwarna hijau.
Menariknya, taka palma akan mengeluarkan buah seperti beri merah menyala selepas bunganya kering. Bagi pencinta flora mereka lebih berminat menanam spesies ini kerana bentuknya menarik dan eksotik.
Masyarakat dulu percaya bunga kelawar mempunyai unsur mistik dan kuasa jahat kerana rupa bunganya yang berwarna gelap dan pelik. Oleh kerana rupanya berbeza dengan warna hitam legam, maka masyarakat zaman dulu jarang menanamnya sebagai hiasan kediaman.
Kini, bunga kelawar semakin mendapat tempat kerana keunikannya malah bagi pencinta flora mereka sentiasa mencari tanaman ini. Selain bunganya yang unik, daun bunga kelawar berwarna hijau kilat menjadikannya tanaman hiasan kediaman yang eksotik. Namun, bunga ini tidak sesuai dijadikan bunga keratan kerana cepat layu selepas dipotong.
Sumber : BHarian 2010/06/13
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 KOMEN:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...