Lelaki rogol anak dipenjara 20 tahun
SUNGAI PETANI: Mahkamah Sesyen di sini, semalam menjatuhi hukuman penjara maksimum 20 tahun dan 12 sebatan ke atas seorang bekas pengawal keselamatan berusia 49 tahun kerana didapati bersalah merogol anak perempuannya selama enam tahun sejak 2002.
Hakim Rusita Md Lazim ketika menjatuhkan hukuman itu, berkata perbuatan jijik tertuduh dari Kampung Bukit Kuang, Kupang, Baling itu tidak boleh dimaafkan kerana amat kejam disebabkan sanggup menjadikan anak kandungnya sendiri sebagai hamba seks sejak mangsa baru berusia tujuh tahun.
“Kamu umpama haruan makan anak dan diibaratkan harapkan pagar, pagar makan padi. Hukuman yang dijatuhkan ini adalah setimpal dengan perbuatan kamu kerana ia begitu kejam serta tidak berperikemanusiaan, apatah lagi mangsa ketika itu masih terlalu kecil dan tidak mengenal erti kehidupan.”
“Kamu sepatutnya menjadi pelindung kepada anak-anak, tetapi melakukan perbuatan yang keji dan kejam.”
“Saya harap hukuman ini dapat memberi keinsafan dan pengajaran kepada kamu serta orang lain kerana kesalahan dilakukan adalah berat dan mangsa pula anak kecil,” kata Rusita ketika menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh yang berpakaian seragam tahanan penjara berwarna hijau.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu bermula sejak 2002 hingga 2008 di rumahnya yang tidak bernombor di Kampung Bukit Kuang, Kupang, Baling.
Dia yang tidak diwakili peguam dituduh mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan.
Mengikut fakta kes, tertuduh ditahan polis pada 7 Mei 2008 selepas mangsa yang ketika itu berusia 13 tahun mengadu kepada ibunya yang kemudian bertindak membuat laporan polis.
Rusita berkata, selepas mendengar hujah dan fakta daripada pihak pendakwa, mahkamah mendapati pihak pendakwa berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Katanya, perbuatan tidak bertanggungjawab tertuduh itu merosakkan masa depan mangsa kerana masyarakat sekeliling sudah tahu sejarah silamnya yang hitam disebabkan kerakusan bapa kandungnya sendiri.
Tertuduh dalam rayuannya meminta mahkamah meringankan hukuman kerana sudah insaf dan bertaubat, selain usia yang sudah lanjut serta memberi peluang kepadanya untuk kembali ke pangkuan isteri dan anak.
Timbalan Pendakwa Raya, Zulfadliah Mahmud meminta hakim mengenakan hukuman berat dan setimpal ke atas tertuduh kerana sanggup menggunakan anak kandung sendiri yang masih kecil untuk memuaskan nafsu serakahnya.
“Mahkamah perlu mengambil kira kesan penderitaan yang dialami mangsa akibat perbuatan bapanya sendiri supaya ia menjadi pengajaran kepada masyarakat," katanya.
Malah, Zulfadliah berkata, tertuduh juga mempunyai rekod kesalahan lampau dan menjalani hukuman penjara selama 20 bulan di Penjara Pokok Sena kerana menganiaya anak lelakinya mengikut Seksyen 31(2) Akta Kanak-Kanak 2001.
Pada masa sama, tertuduh juga menghadapi satu lagi pertuduhan kes rogol ke atas seorang lagi anak perempuannya, iaitu adik mangsa pada 2008 di lokasi sama dan kesnya itu akan disebut semula pada 23 Ogos ini.
Sumber : BHarian 2010/06/23
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Rabu, Jun 23, 2010
Rogol anak : Bapa dipenjara 20 tahun 12 sebatan
Susunan :
Bawang Goreng
pada
6/23/2010 01:40:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 KOMEN:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...