“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Sabtu, Jun 19, 2010

Vuvuzela boleh sebabkan pekak


BUNYI bising daripada tiupan vuvuzela dikatakan mencetuskan pelbagai masalah termasuk mengganggu tumpuan pemain, pengadil dan ketidakselesaan orang awam.

BAGI peminat bola sepak Piala Dunia, pastinya sudah terbiasa dengan satu instrumen yang dibunyikan sama ada sebelum atau semasa perlawanan berlangsung. Bunyi yang datangnya daripada sebuah alat yang dikenali sebagai vuvuzela ini sebenarnya mencetuskan pelbagai ketidakselesaan.

Ia bukan saja mengganggu mutu perlawanan terutama dalam tugasan pengadil menjalankan amanah di sepanjang 90 minit waktu kritikal, bahkan turut menyebabkan kesan sampingan lain. Vuvuzela adalah sebuah instrumen berupa trumpet panjang yang saiznya boleh mencecah semeter.

Ia adalah alat bunyian yang begitu sinonim dengan bola sepak Afrika Selatan sehingga Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) terpaksa mengambil kira faktor ini sebelum memutuskan untuk tidak mengharamkan penggunaan vuvuzela dalam Piala Dunia 2010. Ia dianggap sebagai satu keunikan tradisi masyarakat Afrika Selatan menyambut dan meraikan Piala Dunia dan sebarang bentuk pengharaman instrumen terbabit boleh disalah anggap melenyapkan tradisi sebuah negara.

Bunyi yang sebegitu kuat menyebabkan gangguan langsung kepada perlawanan, sama ada secara teori atau apa yang sudah terjadi dalam perlawanan seperti diceritakan oleh pemain profesional Christiano Ronaldo dan banyak pemain lain sebagai amat menjejaskan tumpuan pemain. Bukan itu saja komunikasi antara pengadil dan pemain, pemain dengan pemain atau pemain dengan jurulatih, wartawan antarabangsa yang membuat liputan serta penonton termasuk orang kenamaan turut terjejas akibat bunyi yang begitu kuat dan berterusan.

Bukan saja gangguan yang boleh menjejaskan mutu perlawanan, malah kajian ilmiah yang diterbitkan dalam jurnal antarabangsa membuktikan bunyi yang kuat secara spesifik ketika perlawanan bola sepak boleh mengakibatkan seseorang itu pekak.

Salah satunya ialah kajian oleh penyelidik dari Universiti Texas yang diterbitkan dalam South African Medical Journal pada Mac 2010 menunjukkan bunyi kuat yang dihasilkan dalam satu perlawanan bola sepak latihan di Afrika Selatan menjelang Piala Dunia 2010 itu pun sudah menghasilkan kesan perubahan kepada keupayaan mendengar akibat kerosakan struktur pendengaran selepas terdedah kepada bunyi yang mengatasi paras dibenarkan.

Orang ramai dinasihatkan datang dengan alat pelindung telinga, namun itu adalah sesuatu yang mustahil bagi seseorang pemain yang selalu berkomunikasi antara satu sama lain mahupun dengan pengadil.

Kerosakan bunyi jenis ini yang berpunca daripada bunyi bising berterusan dalam jangka waktu yang lama boleh menyebabkan kerosakan saraf secara kekal. Ia samalah seperti mereka yang mengalami kepekakan akibat bekerja di tempat bising secara berterusan pada waktu lama. Apabila kerosakan jenis ini berlaku, maka ia tidak dapat diundur lagi.

Selain daripada kesan menyebabkan pekak, penggunaan alat tiupan ini juga boleh mendatangkan kesan seperti kesukaran membuat sebarang makluman penting contohnya ketika penonton perlu mengosongkan stadium akibat sesuatu kecemasan yang tidak dapat dielakkan.

Selain itu, ada juga dilaporkan agensi berita asing pada 10 Jun lalu yang menyatakan kemungkinan merebaknya penyakit berlaku lebih mudah dengan meluasnya penggunaan vuvuzela.

Dr Ruth McNerney dari London School of Hygiene and Tropical Medicine membuat kesimpulan berdasarkan kajiannya bahawa tahap perebakan penyakit seperti selesema bawaan virus lebih mudah tersebar berbanding dengan perebakan melalui batuk atau jeritan kerana banyak jumlah udara dihembuskan untuk meniupkan vuvuzela.

Selain itu, vuvuzela yang digunakan secara berkongsi juga boleh menambahkan lagi kadar perebakan penyakit terutama yang tersebar melalui air liur.

Jadi kepada rakyat Malaysia yang ingin ke Afrika Selatan bagi menonton perlawanan Piala Dunia dinasihatkan memakai pelindung telinga serta mengelakkan diri daripada turut sama meniup vuvuzela kerana lebih baik anda pekak sementara ketika menonton perlawanan kerana memakai penutup telinga, daripada anda pekak sepanjang hayat sebagai cenderahati daripada perlawanan bola sepak Piala Dunia yang ditonton secara langsung.

Penulis ialah Pensyarah Kanan ORL Pusat Pengajian Sains Perubatan USM, Kota Bharu
Sumber : Dr Irfan Mohamad di BHarian 19/06/2010


0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails