“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Rabu, Jun 02, 2010

Senaman menaikkan uri


Assalamualaikum warahmatullah,

Hari ini inbox saya dititipkan pertanyaan : “nak tanyer.. tau tak ayat-ayat quran untuk naikkan uri?”

Sudah agak lama juga saya simpan peram untuk menulis tentang uri di bawah ini. Pucuk dicita, ulam mendatang, terima kasih kepada Pn NurNatasha atas 'peringatan' ini. Saya pernah dikirimkan petua atau senaman yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu mengandung yang mengalami masalah uri di bawah. Tak rugi rasanya saya kongsikan di sini, satu email yang saya terima daripada Qis tina [qis_t@....], sahabat egrup iBU.

Rasa-rasanya, ibu-ibu hamil tidak perlu terlalu bimbang sangatlah, jika doktor mengatakan uri masih di bawah. Jika kedudukan uri di bawah pada waktu awal kehamilan, ia adalah perkara yang agak normal, sekiranya tidak ada tanda kesakitan atau kesan pendarahan. Kebiasaannya, uri akan naik menjelang minggu ke 27 kehamilan dan jika usia kandungan sudah mencecah 32 minggu tetapi uri masih juga tidak naik ke atas (tidak menyekat laluan bayi), anda memang patut membuat persediaan...

Selain daripada mengamalkan surah-surah lazim yang banyak terdapat dalam buku-buku kehamilan, anda juga boleh mencuba senaman menaikkan uri.

Senaman ini boleh dilakukan sebanyak dua kali sehari iaitu : sewaktu bangun pagi dan sebelum tidur (selepas isya’).

CARA : Baring atas katil dengan kaki diangkat ke atas, jika tidak mampu mengangkat kaki, cuba sandarkan ke dinding. Maksudnya kita baring dalam bentuk ‘L’ iaitu kaki disandarkan ke dinding agar tidak jatuh. Baring dalam keadaan begini selama mana yang mampu lakukan. Paling penting, jangan memaksa diri sendiri. Kebiasaannya, bagi ibu yang sudah hamil ‘tua’ (trimester ke-tiga), memang agak kurang selesa untuk kita berbaring dalam keadaan begini.

Teknik pernafasan : Tarik nafas perlahan-perlahan, sedalam yang mungkin mengikut kemampuan (waktu tarik nafas, pastikan kaki diangkat atas dan disandarkan ke dinding). [NB: Nafas ibu hamil tua memang pendek.. kuang.. kuang.. kuang… Takpe... chayok, chayok...]. Dengan menggunakan satu nafas, cuba tahan nafas anda selama yang mampu. Menurut Qis tina, “kalau mampu tahan 15 saat dah cukup bagus.”…. Hemm… ikut pengalaman saya, memang tak mampu menahan selama itu. Dulu, saya cuma lakukan selama 10 saat sahaja.

Cara menarik nafas juga penting, iatu dengan menggunakan perut dan bukan hidung. Maksudnya, bila kita menarik nafas menggunakan perut (of course ler sedut udara ikut hidung juga), kita rasa perut kita naik ke atas sedikit. Lepaskan nafas secara perlahan-lahan, dalam jangakamasa yang sama (lebih kurang sama ketika menahan nafas). Buat senaman dalam 10~15 kali untuk satu sesi senaman.

Ulang senaman selepas bangun pagi, sebelum menunaikan solat subuh atau sebelum matahari terbit.

Selain daripada senaman, cuba berinteraksi dengan bayi dalam kandungan. Pujuk bayi agak pusing ke bawah dan uri biasanya akan naik ke atas mengikut pergerakan bayi. Sujud yang agak lama juga dapat membantu menaikkan uri, kerana kedudukan sujud itu sendiri dapat memperbaiki kedudukan rahim ke tempat asal, insya Allah.

Semoga dipermudahkan Allah, amiin.



Capaian entry berkaitan :

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails